Ad

Friday, 11 October 2013

Amirulhadi kecewa.

Oleh Mohd Rafi Mamat
Kuantan: Pemain tengah Pahang, Amirulhadi Zainal hampir pasti tidak berpeluang beraksi pada Piala Malaysia musim ini selepas mengalami kecederaan buku lali kiri ketika sesi latihan di padang Taman Gelora, kelmarin.
“Saya terpijak kaki rakan ketika mendarat selepas melompat untuk mencabarnya dan dalam keadaan badan tidak seimbang itu saya terjatuh hingga menyebabkan kecederaan serius.

“Ini kecederaan buku lali kiri ketiga namun kali ini ia bengkak dan ada darah beku seterusnya memerlukan rehat yang panjang,” katanya.
Amirulhadi yang baru musim pertama beraksi bersama Tok Gajah berkata, dia tidak pasti kecederaan itu membabitkan bahagian tisu atau tulang hingga menyebabkan dia tidak boleh menggerakkan kakinya.

Menurutnya, hanya selepas membuat imbasan di klinik petang ini (semalam) bahagian cedera dapat diketahui seterusnya jenis rawatan dilakukan serta jangka masa pulih.

Katanya, kecederaan itu menutup terus peluang untuk membantu Pahang pada separuh akhir seterusnya perlawanan akhir Piala Malaysia sekiranya layak.
Foto
AMIRULHADI (kanan) kecewa tidak dapat bantu Pahang.
“Saya reda dengan apa yang berlaku tapi agak terkilan apabila tidak dapat bersama skuad Tok Gajah terutama pada saat genting memburu tempat di perlawanan akhir.

“Walaupun peluang beraksi tipis namun saya tetap menaruh harapan kecederaan ini cepat sembuh.” Amirulhadi yang membayangkan akan meninggalkan Pahang berkata, rakan sepasukan diharap dapat memberi sepenuh tumpuan mencatat kejayaan pada saingan separuh akhir bertemu Sarawak pada 19 Oktober ini. hm ONLINE 12.10.13

No comments:

Post a Comment