Biarpun Sime Darby terlebih dulu membuka tirai jaringan melalui Mohd Yusof Zainal Abidin seawal minit ke-3 , namun berbekalkan sokongan lebih 23,000 penonton, Salibasic membalas impian menggunung mereka apabila menjaringkan gol masing-masing pada minit 26, 55 dan 84.
Asak dari kanan
Gol pertama pasukan tuan rumah terhasil apabila Salibasic bijak melarikan bola dari sebelah kanan padang sebelum merembat kencang dari luar kotak penalti membolosi gawang dikawal penjaga gol lawan, Mohd Suffian Ab Rahman.
Babak kedua bersambung dengan kedua-dua pasukan menggandakan asakan menyaksikan gandingan mantap dua pemain tengah skuad Bujang Senang, Guy Bwele dan Putera Nadher Amarhan mudah mematahkan pergerakan Sime Darby.
Salibasic dijatuhkan kira-kira 30 meter dari gawang, dan kesilapan itu dihukum pemain dari Bosnia Herzegovina berkenaan yang bijak melencongkan bola hasil sepakan percuma yang terbias mengenai benteng lawan untuk gol kedua Sarawak.
Hilang fokus
Sisa-sisa perjuangan Sime Darby untuk merapatkan kedudukan lebur selepas Salibasic bijak memperdaya penjaga gawang lawan sebelum merembat kencang ke arah pintu gol yang sedia terbuka.
Sime Darby yang bagaikan hilang fokus selepas ketinggalan tiga gol berterusan diasak tuan rumah yang mendapat sokongan padu ribu penyokong Ngap Sayot yang berulang kali melaungkan nama wira mereka, Salibasic. SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE 6.10.13
No comments:
Post a Comment