KUALA LUMPUR 9 Okt. - Seorang lagi pelumba negara, Zaqhwan Zaidi akan beraksi pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini dalam kategori Moto2, sekali gus menjadikan enam pelumba negara bersaing pada perlumbaan tersebut.
Perkara itu diumumkan oleh pengurus pelumba tersebut, Shahrol Yuzy.
Zaqhwan dipilih untuk menggantikan pelumba Switzerland, Randy Krummenacher dari pasukan Technomag-Carxpert.
Sebelum ini lima pelumba negara bakal beraksi dalam kategori Moto2 dan Moto3 pada perlumbaan yang akan berlangsung Ahad ini.
Mereka ialah Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Raceline Malaysia) dan Azlan Shah Kamaruzaman (Musashi Boon Siew Honda) yang akan bersaing bersama Zaqhwan dalam Moto2.
Manakala Zulfahmi Khairuddin (Red Bull KTM Ajo), Husni Aizat Abdul Malik (Touchline SIC Ajo) dan Amirul Hafiq Mohd. Azmi (Touchline SIC Ajo) beraksi dalam Moto3. - UTUSAN ONLINE
RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131009/su_07/Zaqhwan-ganti-Krummenacher-di-MotoGP-Malaysia#ixzz2hDUzrBWl
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment