|
PETALING JAYA – Selepas kira-kira setahun lapan bulan menepis dakwaan kononnya hubungan antara mereka sekadar kawan biasa, pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya mengaku mereka merupakan pasangan suami isteri yang sudah lama bernikah secara sah.
Bukan sekali mereka bernikah sebaliknya dua kali. Kali pertama mereka bernikah pada 25 Februari 2012 dan kali kedua pada 4 Februari 2013.
Kedua-dua majlis pernikahan dilangsungkan di lokasi sama iaitu di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor.
Airel berkata, pernikahan pertama bertujuan untuk menghalalkan perhubungan daripada segi syarak.
Katanya, pernikahan kedua bertujuan untuk mendapatkan status yang sah kepada anak pasangan itu untuk didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara dan dibinkan atas nama sebenar Airel iaitu Suhairil Sunari.
“Ya, kami mengaku telah bernikah buat kali pertama pada 25 Februari 2012, namun ia untuk menghalalkan perhubungan daripada segi syarak.
“Pada 4 Februari 2013, kami sekali lagi bernikah di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, memandangkan kami perlu mendapatkan dokumen pendaftaran anak,” kata Aeril pada sidang akhbar tergempar di sebuah restoran di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo.12.10.13
No comments:
Post a Comment