Ad

Saturday 12 October 2013

Koo Kien Keat tamatkan zaman bujang

Beregu badminton negara, Koo Kien Keat mengakhiri zaman bujang apabila melangsungkan majlis resepsi bersama gadis pilihannya, Audrey Tan Su Yen, di Hotel One World, semalam.
Sebelum ini mereka telah melangsungkan perkahwinan mengikut adat tradisional masyarakat Cina Rabu lalu.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka belum sempat untuk berbulan madu apabila Kien Keat mempunyai misi penting bersama rakan sepejuangannya Tan Boon Heong dalam saingan Siri Super Premier Terbuka Denmark minggu depan.
Apa yang berbeza bagi saingan kali ini Kien Keat akan mendapat suntikan semangat kerana Tan Su Yen turut terbang ke Odense, Denmark.


RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131013/su_08/Koo-Kien-Keat-tamatkan-zaman-bujang#ixzz2hZLuMayu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment