PENSWASTAAN Liga Malaysia (Liga-M) kini kembali meniti di bibir pemerhati dan peminat sukan bola sepak tanah air, lapor MOHD FIRDAUS HASHIM.
Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pernah menubuhkan Malaysia Super League Sdn Bhd untuk memberi nafas baru kepada Liga-M tetapi ianya seolah-olah tidak berfungsi seperti yang diharapkan.
Namun kelmarin, Penolong Setiausaha Agung, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Windsor Paul John menyarankan agar FAM mengambil langkah segera dengan menswastakan Liga-M jika mahu melihat wakil negara beraksi di Liga Juara-Juara AFC.
Rata-rata pasukan yang bertanding di Liga M baik pasukan negeri mahupun kelab melihat cadangan dari AFC itu sebagai satu usaha positif dan disambut baik demi kemajuan bola sepak negara.
Bagi Pengurus pasukan PKNS FC, Azmi Adnan beliau menyokong sepenuhnya cadangan tersebut demi kebaikan pembangunan liga bola sepak di Malaysia.
“Sebenarnya penswastaan Liga-M telah bermula sejak empat tahun lalu, jadi saya mengharapkan kali ini FAM dengan kerjasama AFC mampu memperkasakan lagi Liga-M.
“Lihat sahaja seperti Jepun, dahulu liga di negara mereka agak mundur tetapi setelah mengalami perubahan besar dengan menswastakan liga di sana, kini Jepun merupakan kuasa utama bola sepak di benua ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya lagi, tidak timbul isu bebanan kewangan jika Liga-M diswastakan kerana setiap pasukan negeri mahupun kelab haruslah berusaha untuk mencari dana dan penajaan dengan lebih serius lagi.
“Secara tidak langsung setiap pasukan harus mempamerkan mutu permainan yang terbaik dan konsisten dalam saingan liga untuk menarik lebih banyak penaja untuk menaja mereka.
“Di PKNS sendiri, kami telah memulakan langkah lebih awal untuk ke arah penswastaan bagi pasukan kami. Kami sudah bermula dari tahun lepas dan hanya menanti kelulusan dari pihak pengurusan tertinggi PKNS,” katanya.
Nada sama disuarakan Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim yang melihat cadangan ini sebagai usaha baik.SINAR HARIAN ONLINE

No comments:
Post a Comment