Ad

Sunday, 6 October 2013

‘Koo-Tan perlu buktikan kemampuan’

Kuala Lumpur: Beregu nombor satu negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong perlu membuktikan kemampuan mereka pada dua kejohanan Siri Super pada bulan ini bagi meningkatkan peluang layak ke Kejohanan Super Siri Masters Akhir di sini dari 11 hingga 15 Disember ini.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff, berkata peluang ke Siri Super Masters Akhir itu banyak bergantung kepada pencapaian beregu itu pada Terbuka Denmark dari 15 hingga 20 Oktober ini dan Terbuka Perancis dari 22 hingga 27 Oktober. 
Dalam setiap kategori, hanya lapan pemain terbaik dalam ranking Siri Super layak secara automatik ke Masters Akhir. 


"Beregu negara ini kini menghuni tangga kelapan dalam ranking Siri Super dan kedudukan ini tidak selamat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis BAM di sini, semalam.

Mengenai sasaran Sukan SEA 2013 di Myanmar Disember ini, Tengku Mahaleel berkata pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran berikutan beberapa pemain utama negara menarik diri daripada temasya itu bagi memberi tumpuan kepada kejohanan utama tahun depan.
BERNAMA. RUJUKAN:BERITA HARIAN ONLINE 6.10.13

No comments:

Post a Comment