Ad

Saturday, 5 October 2013

Bunyamin belum pasti

  • MOHD FAHMI ISMAIL.
    5 Oktober 2013
  • Bunyamin UmarBunyamin Umar
BEK kental Selangor, Bunyamin Umar belum pasti masa depannya bersama pasukan Merah Kuning selepas pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) belum membuat kata putus sehingga kini.

Menurutnya, semuanya akan diketahui pada minggu depan sama ada khidmat diperlukan atau tidak selepas ini.

"Kontrak saya masih ada hingga 2014. Cuma saya tidak tahu lagi perkembangan terkini menjelang saingan Liga Malaysia musim depan," katanya.

Sementara itu, Bunyamin ketika diminta mengulas kemungkinan dirinya beralih angin jika mendapat tawaran baik daripada pasukan luar yang inginkan perkhidmatannya, hanya sekadar berdiam diri.

"Itu pun saya tak boleh ulas lanjut," katanya mewakili Selangor sejak 2009.

Selain Bunyamin, Ramzul Zahini Adenan, V Kavichelvan, Wan Hoesne Wan Hussain dan Fairul Azwan Shahrullai juga dikhabarkan masih belum menerima tawaran terbaru daripada FAS.

No comments:

Post a Comment