Ad

Sunday, 6 October 2013

Misbun Ramdan tumpas mudah kepada Wei Feng

Kuala Lumpur: Juara GP Final Kebangsaan tahun lalu, Misbun Ramdan Misbun dilihat masih ketinggalan untuk mengatasi kehebatan pemain kebangsaan, Chong Wei Feng yang juga pemain pilihan utama kejohanan badminton Terbuka Kuala Lumpur. 

Pemain bebas yang kini menjalani latihan di bawah bimbingan bapanya, Datuk Misbun Sidek dan diletakkan sebagai pemain pilihan ketiga itu tumpas mudah kepada Wei Feng, 21-16, 21-9 dalam perlawanan separuh akhir yang mengambil masa 31 minit itu. 
“Berbanding Wei Feng yang sudah menyertai banyak kejohanan besar, saya masih kurang pengalaman. Saya akui kecewa kerana perlawanan tadi memberi tekanan lebih tinggi kerana saya terlalu inginkan kemenangan,” kata Misbun Ramdan yang tidak ditemani bapanya, semalam. 


Wei Feng pula berkata dia merasakan saingan sengit yang diberikan lawannya pada set pertama ditambah lagi dengan keadaan angin yang tidak menentu. 

Wei Feng, dijadual menentang Chong Yee Han pada final hari ini selepas pemain itu menewaskan Tan Kian Meng 21-18, 15-21, 21-10 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Badminton Kuala Lumpur, semalam. - Oleh Jumiati Rosly 

No comments:

Post a Comment