Ad

Saturday 12 October 2013

Maniam masih setia dengan Selangor



PENGENDALI sementara Selangor, P. Maniam (gambar) menegaskan beliau masih berminat meneruskan khidmat bersama pasukan The Red Giants pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Maniam sememangnya terkenal sebagai ‘watak penyelamat’ kepada pasukan Selangor selepas beliau dua kali menggalas jawatan pemangku ketua jurulatih sebelum ini.
Kali pertama, bekas jurulatih, K. Devan meletak jawatan secara mengejut pada bulan September 2011 dan tugasan jurulatih terpaksa dipikul oleh Maniam yang merupakan penolong jurulatih ketika itu.
Kemudiaan, pada penghujung Ogos lalu, Irfan Bakti Abu Salim turut menjejak langkah Devan dengan ‘meninggalkan’ pasukan The Red Giant ketika kempen Piala Malaysia sedang rancak bermula.
Bagaimanapun, Maniam yang mengambil alih skuad Selangor selaku jurulatih sementara pada pusingan kedua peringkat kumpulan itu dilihat sudah terlambat untuk membuat kebangkitan dan akhirnya Selangor terkandas pada peringkat Kumpulan A bagi memberi laluan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Sime Darby ke suku akhir.
Menurut Maniam, hatinya masih sayangkan pasukan Selangor namun segalanya bergantung kepada pihak pengurusan yang akan bermesyuarat minggu depan untuk memutuskan kedudukan seluruh anggota skuad itu bagi saingan musim depan.
“Ya, saya masih berminat untuk bersama Selangor pada musim depan tetapi segalanya bergantung kepada keputusan pihak pengurusan yang akan mesyuarat minggu depan.”


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/13.10.13

No comments:

Post a Comment