Manchester: Dua gol jaringan Sergio Aguero dan dari Alvaro Negredo membantu Manchester City menamatkan rekod tanpa kalah Everton dalam Liga Perdana dengan kemenangan 3-1 di Stadium Etihad malam tadi.
City bagaimanapun terlebih dulu ketinggalan selepas Romelu Lukaku yang melepasi perangkap ofsaid tuan rumah, membuka jaringan pada minit ke-16 tetapi hanya sempat bertahan dua minit sebelum Negredo menyamakan kedudukan.
Umpanan Silva
Sebelum rehat, Aguero meletak City di depan selepas menerima umpanan David Silva dan menambah jaringan pada minit ke-69 menerusi sepakan penalti yang berjaya ditepis Tim Howard tetapi terkena tiang dan melantun ke dalam gawang.
Everton, satu-satunya pasukan yang belum tewas sebelum perlawanan malam tadi, berjaya menyaingi rentak City di awal babak tetapi mula merosot selepas rehat.
City yang turun dengan tekad memadamkan kekecewaan selepas tewas di tangan Aston Villa dan Bayern Munich, memperoleh peluang membuka jaringan pada minit ketujuh menerusi sepakan percuma Aleksander Kolarov, tetapi percubaannya tersasar sedikit.
Kolarov sekali lagi berpeluang merobek gawang Everton beberapa minit kemudian tetapi tandukannya melepasi palang. Everton sebaliknya hampir menghukum benteng tuan rumah menerusi Lukaku tetapi percubaannya diselamatkan penjaga gol City, Joe Hart. AP RUJUKAN BH ONLINE 6.10.13

No comments:
Post a Comment