LONDON - Frank Lampard menyifatkan pertemuan berdepan Poland dalam aksi terakhir Kumpulan H kempen kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Wembley, awal pagi Rabu ini sebagai aksi hidup mati pasukan England.
Kira-kira lima tahun lalu, Lampard bersama Steven Gerrard pernah mengalami kekecewaan apabila ditewaskan Croatia 2-3 sekaligus gagal mara ke pentas Euro 2008 ketika itu.
Justeru, dia tidak mahu memori hitam itu kembali berulang jika berhasrat untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil tahun depan.
"Sehingga kini kekecewaan tersingkir pada kempen Euro 2008 masih terasa.
"Namun, saya enggan terlalu tertekan dan berharap dapat mengatasi Poland sekali gus layak ke Piala Dunia," kata Lampard.
Menurut Lampard, kehangatan bola sepak di Brazil tidak sewajarnya dilepaskan mereka kali ini.
"Sudah tentu kami mahu beraksi di Brazil. Mereka merupakan negara yang cukup terkenal dengan bola sepak.
"Jadi, pertemuan berdepan Poland diibaratkan aksi hidup dan mati jika kami mahu layak secara automatik," katanya. - Agensi
rujukan: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz2hgXF6oHP
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment