Ad

Friday 11 October 2013

Ops Cantas: Khalid nafi dakwaan PDRM bertindak `trigger happy

Yan: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, nafi dakwaan segelintir pihak yang mendakwa Ops Cantas Khas sebagai 'lesen' kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak 'trigger happy' terhadap penjenayah. 

Sebaliknya, beliau berkata setiap tindakan diambil termasuk yang menyebabkan kematian penjenayah dalam Ops Cantas Khas adalah berpandukan kepada maklumat dan risikan dijalankan. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat khas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau di IPD Yan, di sini, sebentar tadi. 


Sementara itu, beliau berkata PDRM kini bersiap sedia untuk berdepan PRK Sungai Limau baik dari segi kelengkapan atau logistik untuk memastikan proses itu berjalan lancar. 

PRK Sungai Limau yabg dijadual berlangsung 4 November ini diadakan susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat komplikasi jantung dan jangkitan diabetes. BH ONLINE 12.10.13

No comments:

Post a Comment