Sepang: Meskipun gagal mengulangi kejayaan penamat keempat musim lalu, pelumba wildcard Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah tetap berasakan pencapaian tempat ke-16 satu keputusan yang baik.
Meletakkan sasaran untuk mengutip mata, masalah tayar menghalang hasrat pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu yang sekadar bertahan di kelompok pertengahan hingga tamat perlumbaan.
Perlumbaan semalam dihentikan seawal pusingan pertama selepas berlaku insiden pelanggaran membabitkan lima pelumba.
Antara yang terbabit pelumba wildcard dari Thailand Decha Kraisat, serta pelumba Malaysia Zaqhwan Zaidi.
Antara yang terbabit pelumba wildcard dari Thailand Decha Kraisat, serta pelumba Malaysia Zaqhwan Zaidi.
HAFIZH (No 55) akhiri perlumbaan di tempat ke-16.
Perlumbaan bersambung semula kira-kira setengah jam selepas itu dengan dipendekkan daripada 19 kepada 12 pusingan.
“Ketika perlumbaan dihentikan seketika, kami ambil keputusan untuk melakukan pelarasan yang berbeza ke atas jentera saya. Tapi bila berlumba semula, saya mengalami masalah tayar.
“Ia tidak terlalu mencengkam terutama ketika mengambil selekoh. Jadi saya sekadar bertahan semampu mungkin dan akhirnya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16,” kata Hafizh.
Meskipun mengaku sedikit kecewa gagal memenuhi sasaran untuk meraih mata, Hafizh tetap gembira kerana sekurang-kurangnya dapat menghiburkan penyokong yang datang ke Sepang.
“Selepas Zulfahmi (Khairuddin) tak dapat berlumba, saya rasa sedikit tertekan. Saya tekad untuk memberikan yang terbaik kepada peminat,” katanya.
No comments:
Post a Comment