Ad

Friday, 11 October 2013

Shah Rukh dedah punca filem Bollywood laris


GAMBAR fail menunjukkan beberapa orang berdiri di tepi poster filem Chennai Express di sebuah pawagam di Kaherah pada 3 Oktober lalu.


SYDNEY - Bintang filem terkenal India, Shah Rukh Khan menganggap filem-filem Bolyywood menjadi popular disebabkan terdapat semangat kekeluargaan yang ditampilkan di dalam filem tersebut, lapor agensi berita AFP semalam.
Shah Rukh turut menyatakan selain semangat kekeluargaan itu, tarian dan lakonan yang serius telah menyebabkan filem-filem Bollywood menjadi popular dalam kalangan penonton.
"India mempunyai kepelbagaian penduduk yang berjumlah 1.2 bilion dan terdapat golongan yang tidak terlalu kaya di beberapa tempat.
"Apabila seseorang itu menonton televisyen, mereka akan berfikir ia merupakan satu majlis untuk seisi keluarga untuk sepanjang tahun.
"Justeru, nenek dan cicit juga menonton filem di pawagam," katanya kepada Perbadanan Penyiaran Australia di sini.
Dia menyatakan demikian sebelum menamatkan lawatannya ke Sydney untuk menghadiri festival seni Parramasala.
Menurut Shah Rukh, ekoran tabiat menonton penduduk India itu, seseorang itu perlu menghasilkan filem yang menampilkan aksi-aksi menarik untuk setiap orang.
Antara aksi itu adalah seperti terdapat adegan pergaduhan, menyanyi, menangis, kegembiraan, lagak ngeri dan kemuncak kepada jalan cerita yang dipertontonkan kepada orang ramai.
Shah Rukh pernah berlakon dalam filem Chennai Express yang mencipta kutipan pecah panggung di India.
Menurutnya, semangat kekeluargaan dalam filem-filem Bollywood itu telah menjadi daya tarikan untuk penonton dari negara lain menonton filem-filem Bollywood.
"Beberapa peminat di Jerman menyatakan, filem-filem India menyediakan elemen itu yang menyebabkan anda berasa tersentuh (dengan unsur-unsur kekeluargaan)," katanya.
"Ia menyebabkan anda terasa kembali kepada budaya dan tempat asal anda. Orang ramai mahu mengimbas kenangan lama dan semua perkara yang baik-baik," katanya. - Agensi


RUJUKAN: http://www.kosmo.com.my/kosmo/12.10.13

No comments:

Post a Comment