Ad

Friday 11 October 2013

Januzaj tolak panggilan Belgium

  • Adnan JanuzajAdnan Januzaj
PEMAIN muda Manchester United, Adnan Januzaj menolak panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan Belgium.

Ketika ini, pemain berusia 18 tahun itu masih belum memutuskan pasukan senior manakah yang bakal disertainya.

Ini kerana, Januzaj mempunyai pilihan mewakili Albania, Kosovo dan Turki berdasarkan latar belakang keluarganya.

Dia juga berpeluang mewakili England andai memenuhi syarat tempoh tinggal di negara berkenaan.

Minggu lalu, Januzaj menjadi topik utama selepas membantu kemenangan United.

Malah pengurus The Red Devils, David Moyes tanpa berselindung memberitahu pihak FA Inggeris sedang menjejak pemain itu.

"Kami sudah memanggilnya, tapi dia memberitahu belum bersedia. Tapi, pintunya masih terbuka luas," kata Jurulatih Belgium, Marc Wilmots. SH ONLINE 9.10.13

No comments:

Post a Comment