Ad

Wednesday 9 October 2013

Nicol rangkul kejuaraan kedua 2013

nicol (kanan) bersama Camille Serme selepas menjuarai skuasy Terbuka Carol Weymuller di New York, semalam. - AGENSI
KUALA LUMPUR - Jaguh No. 1 dunia, Datuk Nicol David merangkul kejuaraan kedua berturut-turut tahun ini, apabila menundukkan pencabar dari Perancis, Camille Serme untuk menjuarai Terbuka Carol Weymuller di New York, semalam.
Nicol, 30, merampas kembali kejuaraan yang kali terakhir dimenangi lapan tahun lalu selepas menewaskan Serme 12-10, 11-2, 11-5. Nicol kini memegang rekod sembilan kemenangan berturut-turut ke atas pemain No. 10 dunia itu dalam Jelajah Persatuan Skuasy Wanita (WSA).
"Saya amat gembira dengan kemenangan ini selepas sekian lama.
"Persekitaran di sini juga begitu menakjubkan, ia membuatkan saya mahu bermain dengan lebih baik lagi setiap hari.
"Camille beraksi dengan sangat bagus di set pertama dan saingan begitu sengit sepanjang perlawanan. Di set kedua dan ketiga, saya mempelbagaikan corak permainan, itu menjejaskan sedikit rentak permainannya," kata Nicol.
Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut buat Nicol tahun ini selepas muncul juara Terbuka Malaysia CIMBC bulan lalu, di mana dia menewaskan Serme di separuh akhir, sebelum menumpaskan Raneem El Weleily dari Mesir dalam penentuan juara.
Menurut Nicol, pemilik tujuh kejuaraan dunia, selepas cemerlang merampas kejuaraan Terbuka Carol Weymuller, fokusnya kini beralih kepada usaha mempertahankan gelaran pada Terbuka Amerika Syarikat di Philadelphia dari 9-18 Oktober ini.
"Saya sudah tidak sabar untuk mengharungi kejohanan minggu depan," katanya.
Dalam perlawanan semalam, Nicol, yang melangkah ke perlawanan akhir tanpa melepaskan sebarang set sepanjang kejohanan diberi tentangan hebat oleh Serme, yang tampak tidak tertekan sekalipun kalah dalam semua lapan pertemuan terdahulu kepada ratu skuasy Malaysia itu.
Pertarungan berlangsung sengit dengan Nicol mendahului 9-7 dan 10-8, tetapi Serme berjaya mengikat kedudukan 10-10.


RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131008/su_02/Nicol-rangkul-kejuaraan-kedua-2013#ixzz2hDYvJ8to
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment