KUALA NERANG - Kegembiraan empat keluarga dari Pokok Sena, Alor Setar menghabiskan cuti hujung minggu di Tasik Pengkalan Balak, Pedu di sini berakhir dengan tragedi apabila empat daripada mereka lemas semalam.
Setakat pukul 7 malam tadi, tiga mayat termasuk dua adik-beradik iaitu Siti Nor Hasliza, 16, dan Siti Nor Afliana Yahya, 13, serta Siti Hajar Azmi, 12, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Mayat Nor Afliana ditemui terapung pada 10.30 pagi kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa terjatuh manakala mayat Siti Hajar dan Nor Hasliza dijumpai pada pukul 6.30 petang.
Seorang lagi mangsa yang dilaporkan masih hilang ialah Karim Taufik, 36.
Menurut bapa Siti Hajar, Azmi Bakar, 52, berkata, seramai 23 orang terdiri daripada empat keluarga tiba di tasik tersebut pada pukul 5 petang kelmarin untuk berkhemah.
"Kami terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer dari jalan utama untuk sampai ke tapak perkhemahan.
"Semasa kejadian pada pukul 9.30 pagi (semalam) itu, saya sedang membaiki khemah manakala mereka (mangsa) sedang bermain di gigi air," katanya di sini semalam.
RUJUKAN: http://www.kosmo.com.my/kosmo.6.10.13
No comments:
Post a Comment