Ad

Friday 11 October 2013

Shahrizat akhiri penggal Ketua Wanita 2009-2013


SHAHRIZAT (tengah) mengaminkan doa pada majlis membaca Yasin dan doa selamat di Pejabat UMNO Bahagian Kepong, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada hari terakhir menerajui sayap parti UMNO bagi penggal 2009-2013 semalam merakamkan jutaan terima kasih kepada kira-kira 1.3 juta ahli Wanita di atas kerjasama yang diberikan selama beliau memegang tampuk kepimpinan.
“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua, barisan kepimpinan Wanita UMNO, Exco dan ahli-ahli wanita kerana selama empat tahun saya menjalankan tugas selaku ketua, saya menerima kerjasama dan sokongan yang begitu baik sekali.
“Saya juga mengambil kesempatan menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika dalam masa empat tahun saya memimpin Wanita UMNO ada terkasar bahasa atau tindak tanduk saya kurang selesa, saya meminta maaf,” katanya kepada pemberita di Pejabat UMNO Bahagian Kepong di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo.12.10.13

No comments:

Post a Comment