PELUMBA Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin menetapkan sasaran untuk menduduki kelompok sepuluh pelumba terbaik apabila turun beraksi pada Kejuaraan Motosikal Grand Prix Malaysia 2013 di Litar Sepang hari ini.
Zulfahmi, 22, akan bermula di petak ke-14 pada perlumbaan kelas Moto3 hari ini selepas mencatat masa 2 minit 15.474 saat pada sesi kelayakan masa semalam.
Meskipun masih merasai kesakitan di bahagian belakangnya ekoran kemalangan di GP Aragon bulan lalu, pelumba Red Bull KTM Ajo itu enggan menjadikannya sebagai alasan, sebaliknya bertekad untuk mencatat kedudukan terbaik di hadapan peminat sendiri.
"Saya masih lagi bertarung dengan kesakitan pada sesi kelayakan masa tadi," kata Zulfahmi semalam.
"Saya juga bergelut mengawal jentera apabila memecut dan belakang saya agak sakit apabila mengambil selekoh.
"Bagaimana pun saya akan tetap cuba sedaya upaya untuk menamatkan perlumbaan dan kalau dapat menduduki kelompok sepuluh pelumba terbaik pun sudah dikira sangat baik.
"Cuma saya berharap agar kesakitan belakang saya berkurangan esok (hari ini) dan dapat memulakan perlunbaan dengan baik," jelasnya.
Rakan sepasukan Zulfahmi, Luis Salom memenangi petak pertama dengan catatan 2:13.867s diikuti pelumba Ongetta-Rivacold, Alexis Masbou (2:13.985s) di petak kedua dan Nicolo Antonelli dari pasukan GO&FUN Gresini (2:14.006s) di petak ketiga.
Meskipun bakal memulakan saingan hari ini di petak ke-14, pelumba kelahiran Banting, Selangor itu tetap gembira dengan pencapaiannya itu jika dilihat daripada segi peningkatan prestasinya.
"Catatan masa hari ini (semalam) boleh dikira lebih bagus kalau dibandingkan dengan (tempat ke-20) sesi latihan semalam.
"Hujan turun pada awal sesi kelayakan tadi, jadi saya dan mekanik telah berbincang dan besetuju untuk menanti di paddock selama 20 minit bagi memastikan litar benar-benar telah kering.
"Keseluruhannya, catatan masa yang dilakukan ini dikira agak konsisten. Bagaimanapun masih ada beberapa perkara lagi perlu diperbaiki
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/13.10.13
No comments:
Post a Comment