Ad

Friday 11 October 2013

Selayang atau Shah Alam?

Wan Fakhrul Bakar | wanfakhrul@bh.com.my
FAM buat keputusan hari ini gelanggang separuh akhir Tentera lawan TRW 

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka memberi kata putus, hari ini mengenai gelanggang sebenar perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Tentera dan Kelantan, Jumaat ini sama ada di Stadium Selayang atau pun Stadium Shah Alam. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah berkata, pihak sekretariat FAM sudah menerima surat daripada Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) mengenai permohonan pertukaran semula gelanggang ke Stadium Selayang, semalam. 
Keputusan hari ini 



“Apa yang saya boleh sahkan, memang FAM sudah menerima permohonan itu daripada pihak PBAT hari ini (semalam). Tapi pihak kami perlu berbincang terlebih dulu serta meneliti beberapa aspek penting termasuk hal keselamatan sebelum membuat keputusan akhir. 

“Selepas mencapai kata sepakat nanti, kami akan memaklumkan kepada umum keputusannya sama ada perlawanan itu kekal di Stadium Shah Alam atau kembali ke Stadium Selayang... dalam masa terdekat, mungkin esok (hari ini),” kata Afandi ketika dihubungi, malam tadi. 

Pertahan kelebihan 
Stadium Selayang berkapasiti 16,000 tempat duduk adalah gelanggang tuan rumah skuad Tentera kendalian B Sathianathan bagi saingan Piala Malaysia musim ini tetapi mengambil kira mereka bakal berdepan Kelantan yang mempunyai ramai penyokong pada separuh akhir pertama nanti, PBAT membuat permohonan kepada FAM untuk menukar gelanggang tuan rumah mereka ke Stadium Shah Alam. 

Namun sejurus FAM meluluskan permohonan PBAT itu, Isnin lalu, pemain Tentera yang diketuai kapten mereka, Hairuddin Omar berkeras mahu aksi tempat sendiri mereka tetap dimainkan di Stadium Selayang bagi mempertahankan kelebihan tempat sendiri, sekali gus menyaksikan PBAT membuat ‘pusingan U’ memohon semula gelanggang ditukar ke Stadium Selayang, semalam.
BH ONLINE 12.10.13

No comments:

Post a Comment