Ad

Saturday 12 October 2013

Pegawai, pemain bersih, kes sabotaj ditutup

  • RAZIF ROSLI
  • Pegawai, pemain bersih, kes sabotaj ditutup
IPOH – Tanda tanya mengenai nasib pegawai dan pemain skuad Seladang yang dipanggil Jawatankuasa Disiplin Pafa menjalani siasatan dalaman akhirnya terungkai apabila mereka dibebaskan daripada tuduhan sabotaj.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengesahkan perkara itu berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti atau elemen yang menunjukkan wujud unsur sabotaj dalam tiga perlawanan terakhir Perak dalam aksi Piala Malaysia.

Menurutnya, sepanjang siasatan dijalankan, jawatankuasa berkenaan telah memanggil 17 individu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Hasil daripada laporan yang dibentangkan jawatankuasa khas itu mendapati tiada unsur sabotaj yang berlaku dalam pasukan dan kekalahan Perak dalam tiga perlawanan terakhir bukan disebabkan sabotaj tetapi unsur-unsur lain.

“Jadi hasil siasatan itu juga mendapati dalam perlawanan bola sepak tiada yang mustahil malah pasukan Johor Darul Takzim (JDT) sendiri pun turut mengalami kekalahan 1-6, tiada yang mustahil,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Pafa, hari ini.

No comments:

Post a Comment