Hidup mati Rajagobal
Safiq (8) bersama rakan sepasukan menjalani latihan di Stadium Shah Alam, petang semalam.Oleh Wan Fakhrul Bakar
Kelana Jaya: Pertembungan ketiga Kelayakan Piala Asia 2015 menentang pendahulu Kumpulan D, Bahrain di Stadium Shah Alam, malam ini bakal menjadi detik hidup mati terpenting buat skuad Harimau Malaya.
Jika menang, peluang Malaysia untuk layak ke pusingan akhir di Australia kembali cerah dengan menyamai jumlah enam mata dikutip Bahrain dan Qatar selepas tamat separuh jalan saingan Kumpulan D itu.
Namun, andai seri atau tewas, peluang skuad kebangsaan tampak semakin tertutup dan pada masa sama pengendalinya, Datuk K Rajagobal sudah boleh ditunjuk jalan keluar meskipun kontraknya hanya akan tamat, 31 Disember ini.
“Sudah tentu apabila bermain di tempat sendiri, kami cuba buat yang terbaik untuk menang. Itulah yang diharapkan pihak pengurusan dan saya beritahu pemain supaya turun dengan persembahan terbaik bagi mencapai sasaran itu. BH ONLINE 15.10.13
No comments:
Post a Comment