Kelantan membara hadapi ATM
Hodak (dua,kanan) serius memberi arahan kepada anak buahnya pada sesi latihan terakhir skuad Kelantan di Kota Bharu, malam kelmarin.
PENGALAMAN dan motivasi tinggi memberi sedikit kelebihan kepada juara bertahan, Kelantan apabila bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.
Meski pun sedar The Gladiators ditunjangi ramai pemain berkualiti, namun pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak menegaskan anak buahnya juga mempunyai karakter yang sama mengharungi perlawanan berprofil tinggi apabila berdepan finalis Piala Malaysia musim lalu itu.
“Dalam tempoh dua tahun, tak kurang enam kali kami bertemu mereka dan semuanya berakhir dengan aksi sengit. Kelantan dan ATM merupakan dua pasukan terbaik di negara ini, jadi saya boleh ramalkan dua perlawanan ini (timbal balas separuh akhir) tak kurang hebatnya.
“Pemain kami mempunyai semangat membara untuk menewaskan ATM. Tidak ramai memberi harapan selepas Kelantan tewas 2-4 kepada Johor Darul Takzim (Johor DT) pada suku akhir pertama namun kami membuktikan sebaliknya apabila membelasah mereka 6-1,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Hodak bagaimanapun mengingatkan barisan pemainnya, pertemuan malam ini bakal menjanjikan aksi sukar memandangkan skuad kendalian B Satiananthan jauh lebih bagus daripada Johor DT, lawan yang disingkir pasukan juara tiga piala musim lalu itu pada saingan suku akhir.
“Pemain ATM lebih yakin bermain di gelanggang sendiri (Selayang) berbanding di Shah Alam. Bagi ATM, duit kutipan tiket tidak lagi perkara penting dan mereka sanggup buat apa sahaja asalkan dapat masuk perlawanan akhir.
“Jadi kami perlu fokus pertemuan ini dan melupakan keputusan perlawanan lalu. Jika saya dapat menurunkan barisan terkuat, saya percaya Kelantan boleh mendapatkan keputusan positif di sana,” katanya.
Pengendali berusia 42 tahun itu dijangka mengekalkan hampir keseluruhan pemain diturunkan ketika menundukkan Johor DT pada aksi suku akhir lalu, kecuali tonggak pertahanan, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim yang belum cergas sepenuhnya menjelang perlawanan ini.
Dalam pada itu, jurulatih kelahiran Croatia itu nyata tidak gentar dengan ketajaman penyerang berbisa ATM, Marlon Alex James, kerana pasukan bimbingannya juga mempunyai penggempur utama, Dickson Nwakaeme bagi merobek gawang ATM pada pertemuan ini.
“Sebagai penyerang, amat wajarlah tugas Alex James menjaringkan gol. Saya akui dia cukup berbahaya dan benteng pertahanan kami pasti berdepan tugas berat untuk mengekang kelincahannya.
“Tetapi kami ada Nwakaeme ketika ATM sendiri terpaksa meratapi kehilangan Amiridzwan Taj Tajudin di benteng pertahanan. Saya fikir perkara ini adil bagi kedua-dua pasukan, dan anda akan dapat lihat aksi menarik dua penyerang ini,” katanya. RUJUKAN : SINAR HARIAN ONLINE 18.10.13

No comments:
Post a Comment