Ad

Saturday, 12 October 2013

Permata hitam pilihan TRW?

  • NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
  • Permata hitam pilihan TRW?Dickson pemain import paling menyerlah bersama Kelantan sepanjang Liga Malaysia 2013.
 1 / 1 
KELANTAN bakal memilih pemain import berpengalaman dari Afrika bagi memperkuatkan skuad The Red Warriors (TRW) musim depan.

Difahamkan, pemain yang beraksi bersama skuad kebangsaan Afrika itu mempunyai rekod penjaring yang tinggi bersama pasukannya.

Ini diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang memberitahu bahawa proses rundingan antara pemain itu dengan Kafa kini berada di tahap terakhir dan sekiranya kedua-dua pihak bersetuju maka perjanjian kontrak akan dilakukan.

"Memandangkan musim depan dibenarkan untuk membawa masuk tiga pemain import, jadi saya mahu memperkuatkan lagi pasukan Kelantan lebih-lebih lagi ramai pemain saya yang kini dipancing pasukan lain. Persiapan teliti harus dilakukan untuk musim depan bagi memastikan TRW masih lagi pasukan yang mampu mencabar pasukan lain.

"Untuk kuota pemain import, Kafa kini sedang melalui proses terakhir untuk berunding dengan pasukan kebangsaan di sebuah negara Afrika yang mempunyai rekod penjaring terbaik untuk bersama TRW. Siapa dia nanti saya akan umumkan.

"Apa yang saya tahu,  Kafa kini sedang menyusun untuk memastikan Kelantan lebih kuat dari sekarang," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian kediamannya di Bukit Damansara semalam.

Ketika ditanya mengenai masa depan dua lagi pemain import Kelantan, Obinna Nwaneri dan Dickson Nwakaeme bersama TRW, Annuar berkata, beliau hanya akan memilih pemain yang terbaik untuk menyarung jersi TRW.

"Kita kena faham, objektif kita sekarang untuk memperkuatkan kesebelasan utama. Jadi untuk memastikan tahun depan lebih mantap proses pemilihan kena teliti dan terbuka. Saya tidak nafikan Dickson dan Obinna cukup bagus tetapi pada masa sama kita juga mesti ada opsyen dan pemain import mesti dilakukan dengan terbuka kerana ini sahaja ruang untuk kita memperbaiki kelemahan setiap kelompangan yang dilakukan pemain tempatan.

"Jadi, tiga pemain import ini saya kena pilih sampai ke peringkat terakhir, Namun saya tidak menolak kemungkinan Dickson dan Obinna akan kekal bersama Kelantan dan mungkin tidak apatah lagi kalau kita jumpa pemain lebih baik.

"Maka disebabkan itu saya nak opsyen terbuka sampai akhir sebab pemain import ada pilihan seluruh dunia berbanding pemain tempatan," katanya.SN 12.10.13

No comments:

Post a Comment