Wan Zack (kiri) dan Nazirul Naim menjadi pemain pertama negara beraksi buat FC Ryukyu. - Foto: Zulfadhli Zaki
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kini boleh tersenyum lebar apabila dua lagi pemain muda negara yang bermain bagi Harimau Muda A dan B bakal dipancing kelab divisyen tiga Jepun FC Ryukyu, lapor MOHD FIRDAUS HASHIM.
Buat pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee, ini merupakan saat paling baik bagi pemain muda negara mendapatkan pengalaman bermain di liga lebih mencabar.
“Bagi saya peluang yang terhidang ini datangnya dari usaha para pemain itu sendiri. Ini menunjukkan pemain-pemain muda kita mempunyai keupayaan dan bakat yang setanding dengan pemain-pemain luar.
“Ianya satu pengiktirafan buat negara. Terbukti usaha FAM di peringkat akar umbi menunjukkan hasil yang diharapkan. Apa yang kita harus lakukan ialah, untuk terus tingkatkan program pembangunan di peringkat awal bagi melahirkan lebih ramai lagi pemain-pemain berbakat,” katanya.
Menurut Kim Swee, rombongan pegawai dari FC Ryukyu akan hadir ke tanah air bagi menilai dan memilih pemain dari skuad Harimau Muda.
“Inilah peluang bagi pemain-pemain lain mempamerkan permainan terbaik dan mampu mengikut jejak dua wakil negara yang kini bersama kelab tersebut iaitu Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim Che Hashim,” katanya.
Sebelum ini, kelab berpangkalan di Okinawa, Jepun, menawarkan kontrak dua tahun buat Wan Zack dan setahun buat Nazirul.SH ONLINE 18.10.13

No comments:
Post a Comment