- SUBKHI SUDARJI & NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
- Zulfahmi abai kesakitan untuk beraksi di SIC, esok.
PELUMBA Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin berdepan masalah baru menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia, esok.
Zulfahmi yang baru pulih daripada keretakan kecil pergelangan tangan kanan kini mengalami bengkak pada bahagian pinggang.

Situasi itu menjejaskan aksinya dalam sesi latihan bebas di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.
"Sebenarnya, pinggang saya membengkak selepas kemalangan di Barcelona minggu lalu dan doktor telah keluarkan sedikit darah tapi kesan kesakitan masih lagi dirasai.
"Bila tunduk laluan lurus, kesakitan makin terasa menyebabkan saya hanya mampu lakukan tujuh pusingan. Sesi pagi tadi (semalam) lebih kepada penyesuaian dengan jentera," katanya.
Namun, Zulfahmi optimis mampu beraksi esok sambil berharap kesakitan di pinggangnya tidak berpanjangan.
"Boleh katakan hampir 70 peratus saya bersedia dari semua aspek, masalah kesakitan di belakang memerlukan masa lama untuk pulih jadi suntikan penahan sakit terpaksa digunakan.
"Doktor telah melihat bengkak di pinggang ini, mereka tidak boleh buat banyak cuma boleh letak ubat penahan sakit, kita tengoklah nanti bagaimana keputusan lanjut namun bagi saya sudah semestinya ingin beraksi Ahad (esok) ini," katanya.
Sementara itu, Amirul Hafiq Azmi yang turun kali pertama beraksi di SIC melihat masih banyak perlu diperbaiki seandainya mahu mencatat keputusan masa terbaik.
Katanya, selekoh dan keserasian dengan jentera antara perkara utama ingin diperbaiki kerana ini yang dapat dikesan selepas beraksi dalam ujian masa semalam.
"Perlu perbaiki cara tunggangan terutamanya selekoh selain keserasian dengan jentera, insya-ALLAH saya akan lakukan terbaik dan pada perlumbaan nanti," katanya.

No comments:
Post a Comment