Ad

Monday, 14 October 2013

Bumi Anbiya yang musnah

  • NURULFATIHA MUAH
    14 Oktober 2013
  • Bumi Anbiya yang musnahBanyak bangunan di Syria runtuh dibedil bom.
SUATU ketika dulu Aleppo antara bandar raya terbesar di Syria. Kota itu kini sudah jadi padang jarak, padang tekukur. Lenyap angkara sengketa, perang sesama warga.

Kota yang pernah diiktiraf sebagai ‘Ibu kota Kebudayaan Islam 2006’ itu kini sudah jadi bandar berhantu. Bangunan yang sebelum ini gah berdiri sudah ranap, rebah menyembah bumi.

Keadaan sama juga dapat disaksikan hampir di seluruh kawasan di Syria selepas berlakunya kebangkitan rakyat di negara itu pada Mac 2011 akibat kekejaman kerajaan pemerintah dari parti Ba'ath. Hampir 80 peratus Syria telah musnah malah ada sesetengah kawasan yang dahulunya meriah dengan manusia, kini sudah tidak layak untuk didiami lagi.

Begitulah gambaran keadaan Syria yang dilihat penerbit rancangan dokumentari TV, Ahmad Faisal Hamdi, 26, ketika mengunjungi negara itu sebanyak dua kali menerusi misi kemanusiaan Malaysia Lifeline for Syria (MLL4S) tahun ini. Minggu lalu, Faisal ke Syria lagi untuk kali ketiga.

“Sebenarnya bukan setakat Homs, Aleppo dan Damsyik saja yang hancur, tapi hampir keseluruhan Syria seperti Azaz, Idlib dan Hamah juga sudah musnah. Homs dan Damsyik antara bandar mempunyai kesan serangan paling teruk.

“Aleppo ini merupakan bandar agak moden seperti Kuala Lumpur dengan adanya pasar raya besar seperti Carrefour, Tesco dan Ikea. Ketika kami melalui kawasan perindustrian itu, semuanya tiada, hancur dibom,” katanya.

Apabila diaju pertanyaan mengenai punca kehancuran Syria kepada penduduk dan pemimpin tempatan negara itu,  kata Faisal, mereka menjawab: " (Presiden) Bashar al-Assad sedang mengamuk!"

“Kata mereka, Bashar tidak yakin dia akan terus dapat menguasai Syria jika pilihan raya dibuat secara gentleman. Jadi dia akan cuba buat apa saja, guna apa saja cara untuk berusaha mengekalkan kuasa. Jika sekalipun dia tidak dapat (kekal berkuasa), tidak akan ada sesiapa lagi memerintah Syria (yang sudah musnah) ini selepas aku," kata Faisal.

Rakyat dibunuh kejam

Lebih dua tahun kebangkitan rakyat di Syria, ramai penduduk ditahan dan dipaksa menyembah Bashar. Itu antara cerita sedih yang didengari Faisal daripada penduduk Syria sendiri, mengesahkan video yang selama ini tersebar di laman sosial, Youtube berhubung perkara itu.

“Mereka dipaksa menyembah gambar-gambar Bashar, ditangkap, dibunuh, disembelih, dirogol, dan ada yang ditimbus hidup-hidup dan ada juga yang dicampak dari bangunan tinggi ke bawah.

Kejahatan dilakukan oleh tentera rejim Bashar amat melampau dan menjangkau pemikiran manusia waras, seolah-olah mereka langsung tidak ada jiwa, perasaan, hati perut atau berperikemanusiaan,” katanya.

Bukan itu sahaja, Faisal dimaklumkan bahawa doktor yang bertugas di Syria turut menjadi buruan rejim Bashar.

“Kebanyakan doktor tidak menyokong mana-mana pihak dan sanggup menerima pesakit. Untuk memberi tekanan kepada kebangkitan rakyat, rejim Bashar tangkap doktor, siksa hingga ada yang mati.

“Mayat doktor malang ini ditinggalkan di hadapan hospital untuk menakutkan doktor lain supaya mereka tidak ada lagi yang berani bantu mujahidin," katanya.

Namun, masih ramai lagi doktor yang sanggup bertahan merawat rakyat Syria yang dizalimi walaupun mereka sudah tidak dibayar gaji lagi. Kesanggupan untuk berkorban adalah semata-mata atas nama kemanusiaan!

“Masih wujud hospital di sana dan ia hanya beroperasi menggunakan generator dengan bekalan ubat yang terhad dan telah tamat tarikh luput kerana bekalan ubat-ubatan daripada kerajaan sememangnya sudah lama terputus.

“Ada sebuah hospital di Syria pernah dibom ketika pesakit menerima rawatan di hospital itu. Ada hospital yang kami lawati basah dengan darah syuhada pada lantainya walaupun sudah dimop berkali-kali. Darah itu tetap mengalir sebab mangsa serangan tidak putus-putus,” katanya.

Paling menyayat hati, semasa kunjungan MLL4S, seorang rakan Faisal tidak sihat dan cuba mendapatkan ubat di farmasi di salah sebuah hospital. Namun dia diberitahu, ubat-ubatan itu semuanya sudah tamat tempoh dan tidak layak digunakan.

“Ubat-ubatan ini hanya layak kepada kami rakyat Syria, tidak layak bagi kamu (rakan Faisal) sebab ia sudah tamat tempoh. Kami tidak ada pilihan lain. Ini saja yang ada dan layak bagi kami. Jika kamu ambil ubat ini, kamu akan bertambah sakit. Lebih baik kamu balik ke negara kamu mendapatkan ubat yang betul,” ceritanya mengulang kata-kata ahli farmasi itu.

Di sana, Faisal berpeluang mengenali seorang doktor dari Yaman, Dr Tariq yang menjadi inspirasi kepada doktor lain dan delegasi misi kemanusiaan kerana sanggup meninggalkan negaranya dan hospital miliknya sendiri, semata-mata untuk membantu rakyat Syria.

“Dr Tariq juga pensyarah perubatan di sebuah kolej perubatan di London, namun dia sanggup tinggalkan segala kemewahan dan berhadapan dengan risiko nyawa yang sangat tinggi di Syria.

“Semangatnya turut dikagumi doktor tempatan Syria. Seorang daripada mereka (doktor Syria),  Dr Abdul Aziz mengakui kepada saya, dia sendiri tidak sanggup ke Yaman jika berlaku sesuatu di negara itu seperti apa yang berlaku di Syria sekarang. Malah kata Dr Aziz, ke mana-mana negara pun dia tidak sanggup sebagaimana Dr Tariq,” katanya.
rujukan;SH 14.10.13

No comments:

Post a Comment