Oleh Aziman Rosdi-aziman@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kapten Kedah
Khairul Helmi Johari mengingatkan rakan sepasukan kedudukan mereka untuk
membawa pasukan ke final Piala Malaysia selepas tujuh tahun belum selamat.
Jelasnya baki 90 minit
permainan separuh akhir kedua dengan FELDA United di Stadium Darul Aman Ahad
ini pasti menjanjikan satu lagi drama selepas seri 2-2 pada aksi pertama di
Selayang kelmarin.
“Bagi perlawanan seterusnya
kami akan buat persiapan lebih baik, sebab hari ini kami bolos dua gol. Tapi ia
masih dianggap keputusan baik untuk bekalan apabila beraksi di gelanggang
sendiri nanti.
“Dengan keputusan seri hari ini
(kelmarin) memang kami ada sedikit kelebihan tapi masih belum selamat,” kata
bek tengah itu ketika ditemui Arena Metro semalam.
Kedah, juara Liga Perdana musim
ini membuktikan mereka sukar untuk ditewaskan apabila bangkit dua kali menerusi
penyerang import Sandro Da Silva dan Chidi Edeh bagi memadam jaringan ayam
tambatan FELDA United Thiago Augusto Fernandes.
Artikel ini disiarkan pada :
Jumaat, 4 Disember 2015 @ 5:22 AM
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/97739#sthash.SsRcXv9j.dpuf
No comments:
Post a Comment