LIONEL Messi yang tidak terikat kontrak dengan mana-mana kelab mulai hari ini memberi tumpuan untuk beraski bersama pasukan negaranya pada saingan Copa America. - AFP
Oleh Media Mulia
1 Julai 2021, 8:12 pm
BERCELONA: Bintang sepak bola Argentina, Lionel Messi kini dikatakan sedang menikmati saat-saat kemerdekaan.
Ini ekoran dia ketika ini tidak terikat dengan mana-mana kontrak dengan mana-mana kelab.
Hari ini adalah hari pertama Messi tidak terikat kontrak dengan sebarang kelab.
Malah, Messi tidak kelihatan terburu-buru untuk mendapatkan kelab baharu sebaliknya dia masih menikmati saat-saat merdeka. Tidak terikat dengan kontrak mana-mana kelab.
Messi pada masa ini menumpukan tugas untuk berkhidmat kepada negaranya, Argentina pada pertandingan Copa America.
Saat Messi fokus menjalani tugas sebagai pemain pasukan kebangsaan Argentina yang kini melayakkan diri ke suku akhir Copa America.
Namun nama Messi kini trending di media sosial bersama dengan foto-fotonya yang diedit memakai jersi pasukan tertentu termasuk Manchester City.1
________________________________________
1https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/lionel-messi-menikmati-saat-merdeka-tidak-terikat-dengan-mana-mana-kelab/
No comments:
Post a Comment