Ad

Thursday, 1 July 2021

Pickford mahu bawa England julang trofi

AFP



SKUAD England pada sesi latihan di St George Park. FOTO AFP

London: Jordan Pickford berkata dia lebih gembira menukar pencapaian peribadi dengan pingat kejuaraan Euro 2020 ketika penjaga gol England itu berada dalam prestasi terbaik untuk melakarkan sejarah di suku akhir menentang Ukraine.

Pickford menjadi seorang daripada hero yang tidak dijangka buat skuad bimbingan Gareth Southgate ketika pasukan itu mara ke saingan lapan terakhir.

Selepas menempuh musim yang buruk bersama Everton, yang menyaksikan pemain berusia 27 tahun itu digugurkan kerana melakukan beberapa kesilapan, Pickford menebusnya di kejuaraan Eropah.

Aksi terbaiknya dipamerkan ketika mereka melakarkan kemenangan 2-0 ke atas seteru utama dalam pertempuran 16 terbaik menyelamatkan dua percubaan berbahaya sebelum England mendahului.

Pickford kini mencipta empat perlawanan tanpa bolos dan boleh mengatasi rekod Gordon Banks dan menjadi penjaga gol pertama England dengan lima rekod bersih di kejohanan utama jika berjaya mengawal gawang dari dibolosi ketika menentang Ukraine.

Dia yang menerima banyak pujian selepas menempuh musim yang sukar dalam saingan domestik, Pickford lebih gembira jika dapat memegang pingat kemenangan selepas perlawanan akhir 11 Julai ini.

"Tiada apa yang lebih baik bagi saya berbanding memenangi pingat bersama England," katanya ketika ditanya adakah dia memilih kejayaan pingat individu.

"Pencapaian peribadi akan berlaku sendiri. Tapi untuk menang trofi utama bersama England adalah kemuncaknya."

Peningkatan ditunjukkan Pickford hadir selepas dia diketepikan pengurus Everton, Carlo Ancelotti yang membawa masuk Robin Olsen bagi memberi cabaran terhadap posisi penjaga gol utama.

Lagi berita berkaitan Euro 2020

Disiarkan pada: Julai 2, 2021 @ 7:55am.1

___________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/725354/pickford-mahu-bawa-england-julang-trofi

No comments:

Post a Comment