Ad

Wednesday, 12 September 2018

KAP PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA SELEPAS MELAWAN KEMBOJA 10.9.18


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
NO
NAMA PEMAIN
UMUR
KAPS
GOL
22
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
29
47
0
21
SYAZWAN ANDIK ISHAK
22
04
01
03
SHAHRUL SAAD
25
17
01
28
RAWILSON BATUIL
24
01
0
12
AKRAM MAHINAN
25
10
0
10
NAZMI FAIZ MANSOR
24
10
0
14
NASIR BASHARUDDIN
28
10
0
18
MAHALI JASULI
29
48
03
16
SYAZWAN ZAINON
28
13
02
07
AKHYAR RASHID
19
05
01
08
ZAQUAN ADHA RAZAK
31
37
09
20
AZZIZAN NORDIN
24
01
0
19
SYAHMI SAFARI
20
03
0
02
AMIRUL AZHAN ADNAN
25
03
0
15
FAZLY MAZLAN
24
12
0
06
NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT
19
02
0
13
SHAHREL FIKRI FAUZI
23
05
01

Jangan ambil mudah - Khairul Fahmi

Rabu, 12 September 2018 | 4:47pm
KHAIRUL Fahmi Che Mat - Foto ADZLAN SIDEK
Jangan ambil mudah - Khairul Fahmi
Oleh Aziman Rosdi
aziman@nstp.com.my
 
KUALA LUMPUR: Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat menegaskan kemenangan 3-1 ke atas Kemboja dalam aksi persahabatan antarabangsa kelmarin bukan jaminan laluan mudah buat Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF November ini.

Pemain berusia 29 tahun itu percaya, mereka seharusnya berwaspada dengan kebangkitan pasukan ‘underdog’ seperti Kemboja dan Laos yang mampu melakukan kejutan bagi saingan Kumpulan A.

“Pasukan Kemboja sangat berbeza di bawah Keisuke Honda (jurulatih baru). Saya pernah bermain menentang Kemboja sebelum ini tapi ini pasukan Kemboja yang terbaik,” kata pemain Melaka United itu.

“Saya percaya pada Piala AFF nanti, kita tak boleh ambil mudah pasukan ‘underdog’, kita kena bersedia kerana mereka boleh bangkit.”

Selain Kemboja dan Laos, skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe perlu berdepan pasukan pilihan Vietnam dan Myanmar untuk melepasi halangan Kumpulan A yang bakal bermula 8 November depan.

Dalam aksi persahabatan di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh kelmarin, Malaysia bangkit meledak gol pada babak kedua menerusi Shahrul Saad, Syazwan Andik dan Shahrel Fikri selepas Soeuy Visal membuka jaringan untuk tuan rumah.

Bagaimanapun, skuad kebangsaan seharusnya berterima kasih kepada Khairul Fahmi atau Apek yang menyelamatkan hampir lima percubaan bahaya Kemboja.

Biarpun mempamerkan aksi bertaraf wira itu, dia yang menjadi tonggak utama skuad juara Piala AFF 2010 mengakui belum ada jaminan untuknya memegang status penjaga gol nombor satu negara.

“Masih banyak yang perlu saya perbaiki, kena kerja kuat lagi untuk rebut tempat dalam skuad ke Piala AFF,” kata Khairul Fahmi.

Selain Khairul Fahmi, Cheng Hoe kini memiliki beberapa pilihan untuk posisi penjaga gol antaranya Farizal Marlias, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Haziq Nadzli, Izham Tarmizi dan Ifwat Akmal Chek Kassim.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE         Rabu, 12 September 2018 | 4:47pm

Kebangkitan bergaya Harimau Malaya


Muhd. Ardie Putra Suhaimi
11 September 2018 2:01 AM

PENYERANG Malaysia, Akhyar mengawal bola sambil dikejar dua pemain Kemboja, Bin Chanthacheary (kiri) dan Cheng Meng pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Phnom Penh malam tadi.

SKUAD bola sepak kebangsaan berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan ketiga di pentas antarabangsa tahun ini selepas menewaskan Kemboja 3-1 pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Phnom Penh malam tadi.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan skuad Harimau Malaya kembali di landasan kemenangan susulan kekalahan mengecewakan 0-2 pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Taiwan di Taipei City minggu lalu.


Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe (gambar kecil) membariskan kesebelasan terbaik apabila meletakkan gandingan pemain muda dan berpengalaman seperti Akhyar Rasyid, Khairul Fahmi Che Mat, Shahrul Saad dan Nazmi Faiz Mansor yang diketuai oleh Zaquan Adha Abd. Radzak untuk mengharungi perlawanan tersebut.

Pada separuh masa pertama, skuad negara berdepan tekanan hebat daripada pasukan Kemboja yang mengharungi perlawanan kompetitif pertama di bawah sentuhan pengurus baharu pasukan dari Jepun, Keisuke Honda.

Mereka meraih peluang seawal minit keempat tetapi sepakan percuma yang dilakukan oleh Keo Sokpheng sekadar terkena palang gol negara.

Namun, kubu skuad negara akhirnya dibolosi oleh pasukan yang berada di ranking ke-166 dunia itu selepas rembatan kencang Soeuy Visal bijak memperdayakan barisan pertahanan negara pada minit ke-18.

Bersambung babak kedua, Cheng Hoe merombak kesebelasan utama dengan memasukkan penyerang, Shahrel Fikri Md. Fauzi serta Nik Akif Syahiran Nik Mat dan percaturan itu dilihat berbaloi apabila skuad negara mula menguasai sebahagian besar perlawanan.

Gol penyamaan Malaysia hasil tandukan Shahrul pada minit ke-62 berjaya memastikan lebih 40,000 penyokong tuan rumah di Stadium Nasional tergamam.

Rentak skuad negara terus bergaya apabila pemain pertahanan muda, Syazwan Andik Ishak bijak menyudahkan peluang hasil hantaran Shahrel untuk menambah tekanan pasukan tuan rumah pada minit ke-74.

Shahrel yang kini mewakili pasukan Liga Thailand, Nakhon Ratchasima melebarkan kelebihan dengan meledak gol ketiga buat skuad negara hasil gerakan cantik pada masa kecederaan.

Kejayaan malam tadi merupakan kemenangan ketiga buat skuad negara tahun ini selepas menewaskan Fiji dan Bhutan sebelum ini.

Mereka dijadualkan bertemu dengan Sri Lanka dan Kyrgyzstan pada aksi persahabatan antarabangsa bulan depan sebagai persediaan mengharungi kejohanan Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung November nanti.
SUMBER-KOSMO ONLINE 11 September 2018 2:01 AM

Tuesday, 11 September 2018

SISTEM SOSIAL DI INDONESIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran :menjelaskan konsep dan susun lapis masyarakat di Indonesia pada abad ke-19.
KONSEP SISTEM SOSIAL DI INDONESIA
Negara Indonesia mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem feudal. Sistem sosial terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Susun lapis masyarakat di Indonesia.
1.Sultan/Raja
2.Kerabat Diraja.
3.Pembesar/Uleebalang/ Golongan Bangsawan/ Ulamak
4.Rakyat.[1]
       Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa.Masyarakat di kerajaan-kerajaan tersebut mempunyai susun lapis tersendiri tetapi secara keseluruhannya terdapat hierarki atau susun lapis berbentuk piramid.

       Di Jawa Tengah, terdapat dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Lapisan teratas terdiri daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan. Golongan diperintah menduduki lapisan bawah yang terdiri daripada rakyat biasa, iaitu petani, pekerja, pedagang, dan hamba.

       Raja dan kerabatnya mentadbir kawasan yang selalunya terdiri daripada kumpulan etnik mereka sendiri. Kerabat diraja membantu raja dalam pentadbiran di peringkat pusat dan mendiami kawasan ibu kota. Selain menjalankan tugas pentadbiran, mereka juga melaksanakan upacara keagamaan dan ritual di wilayah atau kerajaan mereka. Golongan pemerintah ini menguasai tanah dan perdagangan maritim. Raja dipandang sebagai pusat kosmos.

       Terdapat juga raja dan kerabat diraja yang memerintah negeri yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik, contohnya Jawa, Sumatera dan Kalimantan. Di kawasan Jawa, Sunda, Sulawesi Selatan, Maluku, dan Kalimantan, susun lapis masyarakat peribumi agak jelas.Golongan pemerintah dapat mengumpul harta dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

       Di Jawa, raja, kerabat diraja, dan golongan bangsawan agak terasing daripada masyarakat disebabkan pengaruh agama dan tradisi. Golongan keturunan diraja dibahagikan mengikut darjat keturunan yang masingmasing mempunyai status dan prestij sendiri dalam masyarakat.Dalam masyarakat, status Priyayi dianggap lebih tinggi dan dihormati daripada status golongan lain. Priyayi merupakan golongan berkedudukan di Jawa seperti pegawai tinggi dalam kerajaan.

       Rakyat yang kebanyakannya petani membayar cukai dan amat setia kepada golongan pemerintah. Petani merupakan majoriti daripada masyarakat dan menjadi tunjang kegiatan ekonomi bagi seluruh kawasan. Indonesia merupakan sebuah negara agraria, maka kegiatan pertanian adalah lebih penting berbanding bidang lain.

       Hamba menduduki lapisan paling bawah. Kehidupan mereka bergantung kepada tuan mereka. Golongan ini biasanya dibebani dengan hutang-piutang.Di Jawa, lapisan masyarakatnya dipisahkan mengikut tahap bahasa yang berbeza, gelaran, dan peraturan perkahwinan.Pada akhir abad ke-19, susun lapis masyarakat di fawa agak kompleks apabila muncul satu golongan pegawai kerajaan dan profesional kesan daripada perkembangan pendidikan. Terdapat keperluan untuk melatih rakyatnya bagi memenuhi bidang perkhidmatan dalam kerajaan dan bidang perdagangan.
Kesimpulan
      Masyarakat peribumi di  Indonesia terpengaruh dengan unsur agama dan kepercayaan. Keadaaan tersebut menyebabkan mereka terlalu mentaati raja lmaharaja mereka.Selepas penjajahan Barat, susun lapis masyarakat  Indonesia mula melalui perubahan. Kedudukan dan kuasa tradisi golongan Bupati (Indonesia) dan Mandarin (Vietnam) merosot kerana mereka digantikan oleh pegawai Eropah atau golongan yang berpendidikan Barat.

4. BINCANGKAN SUSUN LAPIS MASYARAKAT DI INDONESIA SEBELUM KEDATANGAN KUASA BARAT.

A. Pengenalan.
- Sebelum kedatangan Belanda masyarakat di Indonesia boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri dari raja/sultan, anak-anak raja, bangsawan, pembesar, priyayi dan pemimpin agama.
- Manakala golongan diperintah ialah rakyat biasa kebanyakannya adalah petani serta hamba merupakan lapisan yang paling bawah. Setiap golongan ini mempunyai peranan dan tanggung jawabnya yang tersendiri.
B. Isi-isi.
Golongan Pemerintah.
1. Raja/Sultan.
- Raja/Sultan berada pada kedudukan teratas dalam hierarki sosial  masyarakat Indonesia. Contohnya di Acheh dan Pulau Jawa. Sultan Acheh merupakan ketua agama Islam dan menjadi pelindung masyarakatnya.
- Sultan juga berkuasa mutlak dalam pemerintahan di wilayah jajahan takluknya. Baginda juga dianggap istimewa mempunyai sifat luar biasa dan berdaulat. Sultan dianggap Khalifah Allah dan pemimpin bagi umat Islam.
2. Kerabat Diraja.
- Kerabat diraja membantu raja/sultan dalam pentadbiran di peringkat pusat dan mendiami kawasan ibu kota. Selain menjalankan tugas pentadbiran, mereka juga melaksanakan upacara keagamaan dan ritual di wilayah atau kerajaan mereka. Golongan pemerintah ini menguasai tanah dan perdagangan maritim. Terdapat juga raja dan kerabat diraja yang memerintah negeri yang terdiri daripada beberapa kumpulan etnik, contohnya Jawa, Sumatera dan Kalimantan.
- Golongan ini dapat mengumpul harta dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Di Jawa, raja, kerabat diraja dan golongan bangsawan agak terasing daripada masyarakat disebabkan pengaruh agama dan tradisi. Golongan keturunan diraja dibahagi mengikut darjat keturunan masing-masing yang mempunyai status dan prestij tersendiri dalam masyarakat.
3. Pembesar/Uleebalang/Priyayi.
- Lapisan seterusnya diikuti oleh golongan bangsawan yang terdiri daripada kerabat diraja dan bukan kerabat diraja. Di Jawa, golongan priyayi atau bangsawan menjadi penghubung antara sultan dan rakyat. Hubungan antara keduanya amat rapat.
- Mereka juga merupakan pemimpin kerohanian atau agama dalam masyarakat Jawa. Priyayi kebiasaannya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan atau kerabat diraja. Golongan ini juga berkuasa ke atas masyarakat peribumi dan ketua tempatan (bupati). Sementara di Acheh, kerabat diraja merupakan keturunan bekas sultan yang pernah memerintah Acheh.
- Pembesar atau Uleebalang juga mempunyai kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial di Indonesia terutamanya di Acheh. Mereka menggunakan gelaran Teuku dan merupakan tulang belakang pemerintahan dan pertahanan.
4. Ulama
- Di Acheh, ulama menjadi penasihat agama Islam kepada sultan. Mempunyai kedudukan tertinggi dan dihormati kerana ketinggian ilmu agamanya serta sering menjadi rujukan masyarakat. Ulama diberi gelaran Tengku sesuai dengan kedudukannya dalam masyarakat.

Golongan Diperintah.
1. Rakyat.
- Rakyat terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Mereka menjalankan aktiviti pertanian dan perikanan contohnya menjadi petani, nelayan, pelaut dan pedagang. Golongan rakyat khususnya petani tidak memiliki tanah tetapi menyewa tanah daripada golongan bangsawan.
- Mereka bercucuk tanam sebagai aktiviti harian seperti menanam padi. Rakyat memberi khidmat dengan mengerjakan tanah milik bangsawan, melaksanakan tugas yang diberikan dan menjadi askar dalam peperangan apabila raja/tuan tanah terlibat dalam peperangan.
- Rakyat yang kebanyakan petani membayar cukai dan amat setia kepada golongan pemerintah. Petani merupakan majoriti dalam masyarakat menjadi tunjang kegiatan ekonomi di Indonesia yang merupakan sebuah negara agraria.
2. Hamba.
Hamba menduduki lapisan paling bawah. Kehidupan mereka bergantung kepada tuan tanah. Golongan ini biasanya dibebani dengan hutang- piutang.
C. Kesimpulan.
- Masyarakat peribumi di Indonesia terpengaruh dengan unsur agama dan kepercayaan. Keadaan tersebut menyebabkan mereka terlalu mentaati raja mereka. Selepas penjajahan Belanda, susun lapis masyarakat di Indonesia mulai berubah.
- Kedudukan dan kuasa tradisi golongan bupati mulai merosot kerana mereka digantikan oleh pegawai Eropah atau golongan yang berpendidikan barat. Golongan priyayi dan pembesar tempatan dibayar gaji. Sultan juga kehilangan kuasa memerintah.
SUMBER-

JPN PAHANG SKEMA PERCUBAAN STPM P3 940/3




Friday, 7 September 2018

TAIWAN 1-0 MALAYSIA


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PEMAIN MALAYSIA
1-Farizal Marlias
18-Mahalli Jasuli,
17-Irfan Zakaria,
3-Shahrul Saad,
5-Fazly Mazlan
6-Nik Akif Syahiran Nik Mat
12-Akram Mahinan
19-Syahmi Safari,
10-Nazmi Faiz Mansor,
16-Syazwan Zainon
8-Zaquan Adha Abd Radzak (C).

Thursday, 6 September 2018

Institusi Pembesar di Vietnam

oleh- AHMAD BIN YAAKOB
HPMemerihalkan konsep, hierarki dan peranan pembesar di Vietnam
Pembesar
Sistem pembesar di vietnam  diwujudkan untuk membantu  maharaja dalam meraksanakan tugas dan melicinkan pentadbiran. Pembesar memainkan peranan penting daram sistem politik  Vietnam. Mereka menduduki lapisan kedua dalam struktur sosial masyarakat iaitu selepas maharaja sebagai golongan pemerintah.

maharaja mengagihkan tugasnya kepada golongan pembesar di peringkat pusat, daerah, dan kampung.Ini tidak bermakna bahawa kuasa mutlak maharaja terjejas. Maharaja masih memegang kuasa mutlak dan segala keputusan dari aspek pentadbiran, sosial, dan ekonomi dalam tangan maharaja.
       Pembesar di pelbagai peringkaf mempunyai tanggungjawab tertentu dari segi politik, ekonomi, dan sosial.

Vietnam pada abad ke-19 di bawah Maharaja Gia Long merupakan sebuah kerajaan pusat. Segala urusan pentadbiran kerajaan berpusat di Hue.  Vietnam tidak mempunyai pembesar yang  terdiri daripada golongan bangsawan. Kedudukan dan kuasa  golongan bangsawan sebagai pembesar di peringkat pusat, daerah, mahupun di kampung telah dihapuskan oleh Maharaja Gia Long.

       Kedudukan dan kuasa pembesar vietnam terletak pada golongan Mandarin (Quan) yang merupakan golongan sarjana yarg berpendidik Confucius. Golongan ini mempunyai kedudukan istimewa dalam pentadbiran kerajaan. Golongan Mandarin mengetuai setiap birokrasi dalam kerajaan vietnam. Golongan Mandarin ini dipengaruhi oreh sistem pentadbiran Tanah Besar China.

       Di vietnam, setiap lapisan masyarakat berpeluang menjadi Mandarin (Quan)dengan syarat mereka mendapat pendidiian tinggi berasaskan pendidikan  confucius. Mereka akan dipilih meralui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan china. Mereka jua perlu Mendapat sokongan daripada seorang Mandarin.Quan dibahagikan berdasarkan peringkat atau greduan yang mempunyai taraf yang paling tinggi ialah Quan Awam. Taraf Quan Awam lebih tinggi daripada taraf Quan Tentera. Quan Awam perlu mengetuai tentera atau membuat keputusan yang berkaitan dengan ketenteraan di peringkat daerah walaupun mereka tidak pernah mendapat apa-apa latihan ketenteraan.

       Pentadbiran pusat yang terletak di Hue bertanggungiawab kepada pentadbiran negara, pelaksanaan undang-undang, dan sistem pendidikan. Dalam hal ini, pentadbiran pusat dibantu oleh enam Kementerian (Quan), iaitu:
(a) Kewangan.
(b) Peperangan.
(c) Kehakiman.
(d) Istiadat (Upacara) yang bertanggungjawab terhadap pendidikan dan perhubungan luar serta takurim bulan.
(e) Perkhidmatan awam yang bertanggungjawab menentukan pelantikan, tugas, kenaikan, dan penurunan pangkat.
(f) Kerja raya yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tali air seperti di Lembah Sungai Merah di Tongking.
       Dasar kerajaan ditetapkan oleh Majlis Sulit (co-mat-vien) yarrg dipengerusikan oleh Maharaja. Majlis Sulit ini dianggotai oleh empat orang Menteri Kanan yang bertindak sebagai Ketua Jabatan dan beberapa orang pegawai istana. Majlis bertanggungjawab meluluskan atau memberikan pandangan kepada Maharaja dalam hal ehwal pentadbiran negara dan membantu menyelesaikan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Kementerian (Quan).
       Pembesar di peringkat daerah menjalankan tugas seperti mengutip cukai,menguruskan hal kehakiman, merekrut dan melatih anggota tentera, serta menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat.Dalam sistem pemerintahan Vietnam, desa atau raan merupakan unit pentadbiran yang paling bawah. Masyarakat desa merupakan suku-suku keluarga dan ketua desa (Iy xuan).Iy xuan mempunyai tanggungjawab moral terhadap ahli masyarakat.
       Pembesar desa menjalankan tugas seperti:
(a) Menyelia projek awam untuk memperbaiki keadaan desa.
(b) Membahagikan tanah dan air untuk pertanian. (c) Membahagikan tanah desa kepada petani.
(d) Menentukan individu yang akan terlibat dalam memenuhi kerahan kerajaan.