FAM kaji gol Safawi ke Anugerah Puskas
MyMetroArena

Firdaus
Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
IMPIAN
tonggak Harimau Malaya dan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid
untuk melihat gol lencongan cantiknya dicalonkan ke Anugerah Puskas,
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) hampir menjadi kenyataan
apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia mempertimbangkannya.
Bagaimanapun,
ia perlu melalui proses penilaian di peringkat dalaman oleh bahagian
teknikal FAM sebelum mencalonkan gol lencongan terbaik dalam saingan
Liga Juara-Juara Asia (ACL) itu ke peringkat dunia.
Timbalan
Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, badan induk itu tiada
sebarang masalah untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Fifa
namun langkah itu haruslah dilakukan bersandarkan kepada merit.
Katanya,
beliau dan seluruh keluarga FAM cukup berbangga dengan pencapaian
bintang JDT apabila berjaya dinobatkan sebagai pemenang gol lencongan
terbaik ACL terutama dengan mengenepikan bekas pemain hebat Brazil
dan Chelsea, Oscar.
Timbalan
Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi. FOTO File NSTP
Timbalan
Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi. FOTO File NSTP
"Berita
kemenangan Safawi menunjukkan bahawa sebenarnya pemain Malaysia juga
mampu melakukan perkara sama yang dibuat oleh pemain luar negara.
"Tiada
apa yang mustahil dalam bola sepak, bahkan Faiz Subri juga pernah
membuktikan kepada dunia apabila muncul pemenang anugerah Puskas Fifa
sebelum ini.
"Kita
tahu bukan senang nak bertanding dalam anugerah Puskas itu kerana ia
membabitkan ribuan gol-gol tercantik di seluruh dunia.
"Sekarang
muncul Safawi pula dengan gol lencongan menarik yang berjaya
memenangi di peringkat Asia.
"Mungkin
kita (FAM) akan pertimbangkan untuk mencalonkan golnya ke Fifa dalam
anugerah Puskas nanti.
Apapun,
kita akan kaji dan lihat keistimewaan gol itu terlebih dulu dan jika
ia menepati standard saya kira tak ada masalah untuk kita hantar
golnya itu," katanya ketika dihubungi, semalam.
Arena
Metro melaporkan Safawi bersedia sekiranya gol lencongan cantik yang
dilakukan ketika menentang kelab dari China, Shandong Luneng itu di
bawa ke anugerah lebih berprestij seperti anugerah Puskas Fifa.
Jelas
Safawi, gol yang terhasil itu dilakukan cukup sukar dan bukan mudah
untuk mana-mana pemain melepaskan rembatan lencong sambil diberi
tekanan hingga menyebabkan dia hilang keseimbangan untuk melakukan
sepakan itu.
Berdasarkan
undian peminat di laman web AFC, pemain kelahiran Dungun, Terengganu
itu meraih 50 peratus daripada undian keseluruhan untuk mengumpul
sebanyak 159,502 undi sekali gus mengatasi empat pencabar lain
termasuk bekas bintang Chelsea, Oscar yang hanya menerima 1 peratus.
Impian
untuk melihat Safawi memenangi anugerah Puskas bukan sesuatu yang
mustahil apabila sebelum ini pada 2017 menyaksikan Faiz Subri
mengejutkan dunia dengan dinobatkan pemenang anugerah itu yang
berlangsung di ibu pejabat Fifa di Zurich, Switzerland.
"Sama
ada menang atau tidak di peringkat Fifa nanti itu soal kedua, yang
penting adalah dengan kejayaan Safawi itu sekurang-kurangnya
menaikkan semangat dan motivasi pemain muda lain untuk jadi
sepertinya.
"Malah,
ia juga baik buat Safawi dan saya harap dia akan terus meningkat
bukan saja bersama kelab diwakili bahkan ketika menyarung jersi
negara," kata Yusoff yang juga pengurus skuad Harimau Malaya.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2020 @ 7:03 PM
Gol
Safawi terbaik ACL tewaskan Oscar
MyMetroArena
Firdaus
Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
MENERIMA
jumlah undian sebanyak 159,502 menyaksikan penyerang Johor Darul
Ta'zim (JDT), Safawi Rasid dinobatkan sebagai penjaring gol lencongan
terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019.
Lebih
mengejutkan apabila Safawi yang juga ayam tambatan skuad Harimau
Malaya itu berjaya mengenepikan bekas bintang Chelsea yang pernah
mencipta nama di Liga Perdana Inggeris (EPL), Oscar.
Gol
'emas' dihasilkan daripada luar kotak penalti ketika menentang kelab
China, Shandong Luneng pada 9 April tahun lalu itu berjaya
mengenepikan Oscar dan tiga pencabar lain.
Berdasarkan
undian peminat di laman web Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang
ditutup lewat petang hari ini, Safawi meraih 50 peratus daripada
undian itu sekali gus muncul pemain tempatan pertama memahat nama di
saingan tertinggi itu.
Dia
yang dijulang sebagai pemain paling bernilai dalam Anugerah Bolasepak
Kebangsaan (ABK) tahun lalu, berjaya mengatasi saingan sengit pemain
pasukan Esteghlal, Mame Thiam yang menerima 48 peratus daripada
jumlah keseluruhan undian.
Manakala,
Oscar yang kini beraksi bersama Shanghai SIPG sekadar meraih satu
peratus diikuti Nam Tae-hee dari pasukan Lekhwiya dan Serginho yang
mewakili Kashima Antlers.
Kejayaan
itu sekali gus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa
selepas pada 2017 menyaksikan Faiz Subri mengejutkan dunia apabila
dinobatkan pemenang anugerah PUSKAS 2016 anjuran FIFA.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2020 @ 10:32 PM