Ad

Thursday, 3 July 2014

PENJARING TERBANYAK PIALA DUNIA SEHINGGA 3.7.14

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

LIMA GOL
 
JAMES RODRIGUEZ-COLOMBIA
EMPAT GOL


Neymar-Brazil
Lionel Messi-ArgentinaThomas Mueller-Jerman
James Rodriguez- Colombia
TIGA GOL
Robin van Persie-Belanda
Karim Benzema-Perancis
Arjen Robben-Belanda
Enner Valncia-Ecuador
Xherdan Shaqiri-Switzeland

DUA GOL
Arjen Robben-Belanda
Memphis Depay-Belanda
Luiz Suarez-Uruguay
Gervinho- Ivory Coast
Wilfried Bony-Ivory Coast
Tim Cahill-Australia
Mario Mandzukic-Crotia
Andrew Ayew – Ghana
Clint Dempsey-Amerika Syarikat
Alexis Sanchez –Chile
Bryan Ruiz-Costa Rica
Ahmed Musa-Nigeria
Jackson Martinez-Colombia
Islam Slimani-Algeria
Asamoah Gyan-Ghana
Ivan Perisic-Croatia

SATU GOL
Oscar-Brazil
David Luiz-Brazil
Oribe Peralta-Mexico
Stefan de Vrij-Belanda
Xabi Alonso-Sepanyol
Jorge Valdivia- Chile
Vedad Ibisevic-Bosnia
Haris Seferovic-Switszerland
Admir Mehmedi- Switzerland
Enner Valencia- Ecuador
Mats Hummels-Jerman
Pablo Armero- Colombia
Teofilo Gutierrez - Colombia
Juan Quintero- Colombia
Wilfred Bonny –Ivory Coast
Kesiuke Honda-Jepun
André Ayew-Ghana
Clint Dempsey -USA
John Brooks Jr-USA
Julian Green-USA
Marouane Fellaini-Belgium
Dries Mertens-Belgium
Kevin De Bruyne-Belgium
Romelu Lukaku- Belgium
Sofiane Feghouli-Algeria
Alexander Kerzhakov-Russia
Lee Keunho-Korea
Wayne Rooney-England
Olivier Giroud-Perancis
 Blaise Matuidi-Perancis
Mathieu Valbuena-Perancis
 Moussa Sissoko -Perancis
Blerim Dzemaili-Switzerland
Granit Xhaka-Switzerland
Bryan Ruiz-Costa Rica 
Carlo Costly- Honduras
Enner Valencia- Ecuador
Odenwingie-Nigeria
Mario Goetze-Jerman
Miroslav Klose-Jerman
Angel Di Maria-Argentina


GOL SENDIRI
Marcelo-Brazil
Sead Kolasinac-Bosnia
Noel Valladares-Hoduras

BRAZIL LAYAK KE SUKU AKHIR PIALA DUNIA 2014

OLEH -AHMAD BIN YAAKOB
EMPAT GOL
Neymar- Brazil
SATU GOL
David Luiz
Fred
Fernando Luiz Roza
Oscar

Penjawat awam dapat bantuan khas RM500

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi gred 1 hingga gred 54.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bantuan khas itu juga akan turut dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa dan perkhidmatan mereka dengan jumlah bayaran sebanyak RM250."Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
SUMBER-KOSMO ONLINE 3.7.14

Kelantan tidak letak harapan

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak meletakkan sebarang harapan tinggi dalam saingan Piala Malaysia 2014 yang dijadualkan bermula Ogos ini.

Penasihatnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau lebih selesa The Red Warriors turun selaku pasukan 'underdog' dalam saingan Piala Malaysia itu nanti.

"Kekalahan dalam beberapa aksi terdahulu (Liga Super) memperlihatkan terdapatnya kelemahan dalam pasukan. Oleh itu, kita perlu realistik dengan kemampuan yang ada, dan saya tidak meletakan harapan tinggi untuk saingan Piala Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan majlis dialog terbuka bersama peminat setia The Red Warriors di sini kelmarin. Yang turut hadir, pemangku Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah.

Musim ini, Kelantan menamatkan saingan Liga Super dengan berada di kedudukan keenam selepas mengumpul 31 mata hasil sepuluh kemenangan, sekali seri, dan sebelas kekalahan.

Dalam perkembangan lain, Annuar memberitahu, pihaknya kini telah memulakan gerak kerja memperkasakan The Red Warriors untuk saingan musim hadapan.

Katanya, usaha mengenal pasti pemain yang bakal menyarung jersi The Red Warriors musim hadapan telah dilakukan oleh barisan panel kejurulatihan yang telah dilantik oleh KAFA.

"Musim hadapan kita meletakan untuk kembali memberikan saingan kepada pasukan bertanding, dan termasuklah mencabar kejuaraan. Kita akan memperkemaskan lagi benteng pertahanan, sayap, serta serangan dalam usaha memantapkan lagi pasukan termasuklah membawa pemain import berkelas dunia," ujarnya.
RUJUKAN-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140628/su_03/Kelantan-tidak-letak-harapan#ixzz36Ozol1TD © Utusan Melayu (M) Bhd

PDRM masih buntu


 


Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
Dollah Salleh
KUALA LUMPUR - Hampir seminggu, status jurulatih baharu Harimau Malaya, Dollah Salleh masih berada dalam keadaan samar apabila masih tiada sebarang perbincangan serius melibatkan penaung Persatuan Bola Sepak PDRM, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi, dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga hari ini.

Bertambah rumit, bukan sahaja pertemuan antara Zahid Hamidi, dan pengurusan PDRM masih belum diketahui bila akan dilakukan, namun juara Liga Perdana itu masih belum menemui pengganti Dollah bagi mengharungi cabaran Piala Malaysia.

Situasi itu dijangka akan merumitkan lagi drama pelantikan Dollah, dan berdasarkan apa yang diperjelaskan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak PDRM, Datuk Muhammad Fuad Abu Zarin, satu jangka masa panjang mungkin diperlukan bagi mencari pengganti bersesuaian.

“Surat daripada FAM sudah diterima oleh saya pada Isnin lalu, dan memang secara dasarnya kami akan melepaskan Dollah demi kepentingan negara cuma kami berdepan masalah mendapatkan pengganti dalam tempoh yang singkat.

“Pada mulanya kami jangkakan khidmat Dollah hanya akan digunakan selepas Piala Malaysia, itu tidak menjadi satu masalah, namun rupa-rupanya dalam tempoh terdekat.

“Bukan mudah mendapatkan jurulatih setanding Dollah, siapa lagi yang kami boleh dapatkan pada masa sekarang, dan itu yang membuatkan kami sedikit pening kepala tambahan mood menjuarai Liga Perdana masih lagi dirasai dalam kalangan pemain serta pegawai.

“Kalau boleh kami hendak berikan saingan sengit kepada semua pasukan, dan bukan sekadar menjadi pelengkap dalam kejohanan Piala Malaysia tambahan PDRM membawa status juara Liga Perdana, " katanya ketika dihubungi, semalam.

Ditanya bila satu perbincangan antara Zahid, Dollah, dan FAM akan dilakukan, Muhammad Fuad berkata, perkara itu masih belum diketahui, dan semuanya terpulang kepada budi bicara Menteri Dalam Negeri itu untuk mengadakan pertemuan.

“Kami masih belum menetapkan tarikh tertentu untuk mengadakan perbincangan dengan Zahid Hamidi, dan saya sendiri tidak pasti bila kami dapat mencapai kata putus dalam soal ini.

“Mungkin dalam masa beberapa hari Zahid akan beritahu namun dalam masa ini, tiada apa yang saya boleh perkatakan, dan Dollah tidak tahu bila boleh memulakan tugasannya bersama Harimau Malaya," katanya.

Dalam laporan Utusan Malaysia semalam, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, tiada sebarang perkara yang perlu dirisaukan dalam urusan pengambilan Dollah kerana semuanya mengikut prosedur ditetapkan.

Beliau juga melahirkan perasaan optimis hubungan baik dengan Zahid semasa menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan memudahkan lagi proses berkenaan.

Sementara itu, Dollah berharap pihak PDRM, dan FAM mengadakan perbincangan kerana berasakan tidak sesuai dia sendiri berjumpa Zahid untuk dilepaskan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140703/su_01/PDRM-masih-buntu#ixzz36OoJKBnF © Utusan Melayu (M) Bhd

Manfaatkan peluang sebaik mungkin - Messi

 
PEMAIN Switzerland, Valon Behrami cuba menghalang pergerakan Lionel Messi sewaktu perlawanan Piala Dunia 16 pasukan akhir di Corinthians Arena, Sao Paulo, Brazil, semalam. - REUTERS
SAO PAULO - Bintang Argentina, Lionel Messi berkata, dia turut gugup sebelum pasukannya 'bernasib baik' mampu menewaskan Switzerland 1-0 pada pusingan kedua Piala Dunia semalam, namun menyeru rakan-rakan sepasukannya agar memanfaatkan peluang yang dimiliki mereka untuk mencatat keputusan terbaik pada pertandingan itu.

Messi yang merupakan kapten, dan tonggak Argentina akhirnya berjaya melepasi sekatan benteng Switzerland di penghujung masa tambahan (minit ke-118) untuk melakukan hantaran kepada Angel Di Maria yang berjaya meledakkan gol tunggal perlawanan.

Selepas tamat permainan, Messi yang berdiri teguh dihadapan ribuan penyokong Argentina amat yakin bahawa pasukannya itu mampu pergi jauh pada Piala Dunia kali ini.

"Sengsara, memang cukup sengsara, inilah yang saya rasakan ketika ini, tetapi kini kami tahu yang pasukan kami mampu memperoleh kejayaan menerusi situasi sebegini. Kami bernasib baik, tuah menyebelahi Argentina, dan kami perlu mengambil segala peluang yang ada untuk maju ke hadapan," katanya.

Argentina akan berdepan Belgium di peringkat suku akhir pada Ahad ini dengan misi menjulang trofi Piala Dunia buat kali ketiga di laman musuh ketat mereka iaitu Brazil.

"Sama seperti orang lain, saya juga mempunyai imaginasi saya sendiri, kadangkala saya berasa gugup kerana kami masih tidak mampu menjaringkan gol, dan sebarang kesilapan mampu membuat kami tersingkir daripada Piala Dunia.

"Kalau boleh kami tidak mahu berdepan dengan situasi penentuan penalti, dan ini menyemarakkan lagi semangat untuk menang pada masa tambahan. Untuk gol yang kami jaringkan, saya fikir mungkin saya boleh memanfaatkan peluang yang terbuka. Tetapi saya lihat Angel berada di kanan, dan saya melakukan hantaran kepadanya, mujur dia berjaya menjaringkan gol," kata Messi.

Bintang Barcelona itu juga dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan untuk kali keempat berturut-turut oleh pengundi dalam talian, menewaskan Di Maria yang menghasilkan 10 percubaan tepat, melebihi keseluruhan percubaan tepat Switzerland dalam perlawanan tersebut.


"Saya tidak tahu sama ada saya berhak menerima ini (pemain terbaik perlawanan) atau tidak, tetapi apa yang penting adalah kami berjaya layak ke peringkat suku akhir iaitu sasaran yang kami telah letakkan sebelum ini," kata Messi. - AFP

Di mana penguat kuasa?

 
SEBAHAGIAN daripada pelanggan yang berada dalam sebuah premis yang diserbu pihak berkuasa di Sungai Petani, Kedah, semalam.
KUALA LUMPUR 2 Julai - Walaupun pendedahan sudah dibuat sejak Ahad lalu mengenai ancaman mesin judi haram dan disusuli pula dengan komitmen pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu pihak berkuasa namun setakat ini belum ada kesungguhan pihak berkenaan untuk membanteras kegiatan itu habis-habisan.

Sikap agensi penguat kuasa yang 'bertindak seperti biasa' sekaligus menyebabkan orang ramai tertanya-tanya apakah benar wujudnya amalan rasuah dalam kalangan anggota pasukan tersebut.

Ini memandangkan tinjauan Utusan Malaysia di beberapa negeri mendapati, premis kegiatan haram itu terus beroperasi seperti biasa walaupun memberi ancaman sosial yang serius kepada masyarakat setempat.

Di Sungai Besi, sebuah premis mesin judi haram menjadi tumpuan anggota tentara yang bertugas di kem berdekatan.

Mereka memasuki premis itu tanpa rasa takut biar pun mengetahui isu mesin tersebut sedang hangat diperkatakan.

"Premis itu sudah lama beroperasi tetapi sehingga kini tiada tindakan oleh agensi penguat kuasa dan ia sememangnya menjadi 'port' untuk anggota tentera melepaskan gian mereka bermain judi,'' kata satu sumber ketika dihubungi.

Malah tinjauan juga mendapati, di sesetengah kawasan, anggota penguat kuasa diberi layanan istimewa oleh pengusaha-pengusaha mesin judi haram.

"Layanan ini diberikan bagi mempengaruhi agensi penguat kuasa supaya tidak mengambil tindakan ke atas premis yang menjalankan kegiatan itu,'' kata sumber tersebut

Sumber itu turut mempersoalkan, di manakah maruah agensi-agensi penguat kuasa apabila operator mesin judi haram menjalankan operasi mereka tanpa rasa takut atau bimbang.

"Mereka tidak berasa takut kerana tahu agensi penguat kuasa sudah semakin lemah untuk bertindak berikutan amalan rasuah yang berlaku," dakwanya.

Mungkin atas faktor ini juga Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bersedia menggerakkan ahlinya bagi membantu pihak polis membendung kegiatan mesin judi haram yang berleluasa di negara ini.

Timbalan Presidennya, Omar Saleh berkata, ia bagi membantu pihak berkuasa mendapatkan maklumat, data serta bukti untuk bertindak memandangkan kaedah penguatkuasaan sedia ada kurang berkesan.

Semalam, Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) menyatakan, telah melakukan risikan di lebih 500 pusat judi haram di seluruh negara dan membuat lebih laporan polis berhubung kegiatan berkenaan.

Bagaimanapun kesediaan kedua-dua NGO itu tidak akan bermakna, jika agensi penguat kuasa masih terus bersikap 'buat tidak tahu' dengan gejala yang sudah parah ini.
RUJUKAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140703/je_05/Di-mana-penguat-kuasa#ixzz36OLZlGzI

© Utusan Melayu (M) Bhd