Ad

Tuesday, 3 February 2015

Askar Jepun bersembunyi selama tiga dekad


MARLISSA MOHAMMAD KAMAL
3 Februari 2015
 Onoda
Onoda Onoda
BELIAU dikenali kerana sifat taat setianya berjuang untuk maharaja Jepun dan menjadi tentera terakhir yang bersembunyi di dalam sebuah hutan di Filipina walaupun Perang Dunia Kedua telah tamat. Hiroo Onoda bersama tiga lagi rakan seperjuangannya tetap mematuhi arahan pegawai atasannya selama hampir tiga dekad selepas dikerah ke Lubang pada 1944.
 
Kehidupan Awal

Onoda dilahirkan pada 19 Mac 1922 di perkampungan Kamekawa, daerah Kaiso di wilayah Wakayama, Jepun.

Beliau berasal daripada keturunan samurai dan bapanya pernah berkhidmat dalam unit tentera berkuda, namun terkorban dalam pertempuran di China pada 1943.

Ketika berusia 17 tahun, Onoda bekerja dengan syarikat perdagangan Tajima Yoko di Wuhan, China sebelum menyertai Tentera Infantri Imperial Jepun setahun kemudian.  

Dikerah ke Filipina

Onoda dilatih sebagai pegawai risikan di kelas komando Futamata sebelum dikerah ke Pulau Lubang di Filipina pada  26 Disember 1944.

Beliau diarahkan supaya menangkis serangan musuh termasuk memusnahkan landasan pesawat dan dermaga di pelabuhan di pulau tersebut.

Selain itu, beliau juga tidak dibenarkan menyerah diri dalam apa jua keadaan sekalipun.

Ketika tiba di pulau tersebut, Onoda menyertai sekumpulan tentera Jepun lain, namun beberapa pegawai dalam pasukan terbabit bertindak menghalang beliau daripada melaksanakan tugasnya.

Tindakan itu, bagaimanapun telah memudahkan misi Amerika Syarikat dan pasukan Komanwel Filipina untuk menawan pulau tersebut selepas mereka mendarat pada 28 Februari 1945.

Onoda yang telah dinaikkan pangkat sebagai leftenan bertindak mengarahkan anggotanya supaya lari bersembunyi.


Terus bersembunyi

Onoda bersama tiga anggotanya terus bersembunyi di kawasan hutan terbabit dan mereka melancarkan perang gerila selama beberapa tahun kerana masih tidak percaya peperangan telah tamat.

Kesemua mereka enggan menyerah diri walaupun telah diarahkan berbuat demikian menerusi beberapa risalah yang turut mengesahkan kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua pada 1945.

Pada Disember 1959, Tokyo akhirnya mengisytiharkan kesemua mereka sudah meninggal dunia selepas gagal mengesan Onoda bersama tiga anggotanya.

Bagaimanapun, pada 1972, beliau terlibat dalam insiden berbalas tembakan dengan tentera Filipina hingga menyebabkan rakan seperjuangannya maut, namun Onoda sekali lagi berjaya melarikan diri.

Serah diri selepas tiga dekad

Selepas bersembunyi selama tiga dekad, Onoda telah bertemu dengan seorang warga Jepun, Norio Suzuki yang berhasrat untuk menjejakinya pada Februari 1974.

Onoda masih enggan menyerah diri walaupun Suzuki sudah memujuknya dan menjelaskan bahawa peperangan sudah berakhir.

Beliau menegaskan hanya akan berbuat demikian jika menerima arahan daripada pegawai atasannya.

Suzuki kembali semula ke Jepun bersama beberapa keping gambar sebagai bukti dan kerajaan segera menjejaki bekas pegawainya, Mejar Yoshimi Taniguchi yang telah bersara dan menjadi penjual buku.

Taniguchi diterbangkan ke Lubang pada 9 Mac dan bertemu dengan Onoda untuk memenuhi janji yang telah dibuat pada 1944, ‘Walau apa jua berlaku, kami akan kembali mencari kamu’.

Onoda akhirnya menyerah diri dan beliau turut mendapat pengampunan daripada Presiden Filipina, Ferdinand Marcos.

Berhijrah ke Brazil

Beliau mendapat tumpuan banyak pihak dan namanya terus menjadi sebutan selepas Onoda kembali ke Jepun.

Pada April 1975, beliau memutuskan untuk mengikut jejak langkah abangnya yang berhijrah ke Brazil.

Onoda melangsungkan perkahwinan kira-kira setahun selepas itu dan menjadi pemimpin masyarakat Jepun di Terenos, Mato Grosso do Sul.

Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Jepun pada 1984 susulan kes seorang remaja yang bertindak membunuh ibu bapanya dengan kejam pada 1980.

Susulan daripada kejadian menggemparkan itu, Onodoa menubuhkan kem pendidikan Onoda Shizen Juku yang dikhaskan untuk golongan remaja di beberapa lokasi di seluruh negara.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 3.2.15

Monday, 2 February 2015

PENJARING TERBANYAK PIALA FA 2015


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

DUA GOL
Farderin Kadir- PKNS FC

SATU GOL
Kalle Sone- Kuala Lumpur
Martin Ekoule- Kuala Lumpur


Johor DT lerai badi

 rizar@hmetro.com.my
 Johor Bahru: Misi Johor Darul Ta’zim (Johor DT) untuk meleraikan badi tanpa kemenangan ke atas Pahang akhirnya membuahkan hasil selepas menang 2-0 pada aksi Piala Sumbangsih di Stadium Larkin, kelmarin.

Dua gol pada babak pertama dan kedua menerusi tandukan dua pemain import Johor DT, Marcos Antonio pada minit ke-37 dan Luciano Figueroa pada minit ke-58 memastikan skuad Harimau Selatan memulakan kempen Liga Malaysia (Liga M) dengan langkah kanan.

Malah, pengendali Johor DT Bojan Hodak puas hati dengan kualiti permainan kesebelasan utama skuad itu yang berjaya menguasai perlawanan tanpa memberi ruang kepada Pahang untuk cuba mendekati gawang.

“Amat lega dengan kemenangan itu, malah saya berasa bangga dengan kesungguhan pemain Johor DT walaupun masih ada kelemahan apabila gagal mencipta jaringan ketika memiliki peluang terhidang.

“Mahali Jasuli beraksi dengan baik, tapi dia agak gopoh untuk melakukan sentuhan terakhir dan saya akan memperkemaskan lagi corak permainannya selepas ini dan yakin dia akan lebih mantap.

“Kombinasi di posisi tengah gandingan Safiq Rahim, Hariss Harun dan Shakir Shaari memainkan peranan untuk menguasai perlawanan dan mereka berjaya menyekat penguasaan barisan tengah Pahang,” katanya.

Pada aksi itu, Hodak terpaksa membuat rombakan saat akhir dengan membentuk formasi 4-3-3 selepas Aidil Zafuan Abd Radzak tidak dapat diturunkan akibat kecederaan lutut dan tempatnya diganti S Kunanlan.

Persembahan Kunanlan yang berjaya mengekang pergerakan R Gopinanthan dipuji Hodak dan pemain kebangsaan itu beraksi konsisten sepanjang 90 minit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 5:54 AM
 
ANTONIO (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Pahang pada aksi Piala Sumbangsih.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/27894#sthash.R9MUb8sN.dpuf

Kombinasi mantap

Johor Bahru: Gandingan trio Safiq Rahim-Hariss Harun-Shakir Shaari berjaya membentuk persefahaman mantap buat Johor Darul Ta’zim (Johor DT) apabila mendominasi posisi tengah pada aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga M) untuk merebut Piala Sumbangsih di Stadium Larkin, kelmarin.


Ternyata kelibat Safiq menjadi watak penting menjana gerakan di kawasan tengah sambil Hariss dan Shakir membentuk corak permainan bertahan di posisi itu menyebabkan barisan tengah skuad Tok Gajah gagal bergerak.

Bagi Safiq, kemenangan 2-0 ke atas skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan dijadikan pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan pada saingan Liga Super dan ia juga menebus kehampaan musim lalu selepas Harimau Selatan gagal menewaskan juara Piala Malaysia dan Piala FA itu.

“Alhamdulillah, apa yang kami hajati akhirnya terlaksana dan tiga mata diraih meleraikan badi tanpa kemenangan ke atas Pahang musim lalu dan ia tercapai hasil semangat satu pasukan.

“Kombinasi saya, Hariss dan Shakir sudah dibentuk sejak musim lalu dan kami sudah memahami corak permainan masing-masing sekali gus memudahkan lagi tugas di padang.

“Taktik digunakan jurulatih, Bojan Hodak memberi ruang kepada saya bergerak bebas untuk melaksanakan tugas mengumpan bola kepada Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz,” jelasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 5:53 AM
- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/27892#sthash.rVmaK63Q.dpuf

KL singkir Harimau Muda C


Kuala Lumpur: Kuala Lumpur memastikan sambutan Hari Wilayah Persekutuan semalam lebih bermakna apabila menafikan saingan sengit Harimau Muda C untuk melangkah ke pusingan kedua Piala FA.

Skuad Liga Perdana itu bangkit selepas ketinggalan kepada lawan apabila Danial Ashraf Abdullah meledak dua gol.

Dua pemain import Kuala Lumpur, Kalle Sone meledak jaringan pada minit ke-61 disusuli Martin Ekoule pada minit ke-66 sekali gus perlawanan di Stadium Maybank, Bangi berlanjutan ke masa tambahan dengan keputusan terikat 2-2.

Kuala Lumpur akhirnya menang penentuan sepakan penalti 5-3 bagi bertemu Ministry of Finance (MOF) FC pada 27 Februari ini.

Turut mengiringi Kuala Lumpur ke pusingan kedua Piala FA adalah PKNS FC yang cemerlang menewaskan DRB-Hicom 2-0 menerusi dua jaringan Farderin Kadir dalam tempoh lima minit pada babak kedua di Stadium Proton, Tanjung Malim.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 6:01 AM
 
PEMAIN Kuala Lumpur, Mohamad Lukhman Noor Hakim (tengah) dihalang dua pemain Harimau Muda C.

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/27900#sthash.uB2hurMZ.dpuf

Harimau Malaya jemput Ivory Coast


Oleh Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my
Putrajaya: Skuad Harimau Malaya kendalian Dollah Salleh merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa dengan skuad Piala Dunia Ivory Coast pada 28 Mac ini.Menurut Dollah, setakat ini masih belum ada kata putus diberikan pasukan gergasi Afrika itu sama ada bersetuju untuk mengadakan pertemuan itu di Kuala Lumpur.

Jika berjaya, ia bakal menjadi ujian pertama untuk Harimau Malaya tahun ini selepas muncul naib juara Piala AFF 2014 Disember lalu.

Ivory Coast yang beraksi di Piala Dunia Brazil tahun lalu dibarisi bintang seperti Didier Drogba, Yaya Toure dan Gervinho.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 6:01 PM

SUMBER-HARIAN METRO 2.2.2015

Sunday, 1 February 2015

SEJARAH FELDA JENGKA 1

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
 Foto 1- Kawasan perkampungan Felda Jengka 1
Foto 2- Sekolah Agama Rakyat Felda Jengka 1 (Foto sumbangan Ani Nurul Asmira Abdullah)
Tanah Rancangan Felda Jengka 1 terletak dalam daerah Maran dan rancangan pembangunan wilayah ini telah dibangunkan pada tahun 1966. Seramai 545 keluarga peneroka yang terdiri daripada 538 keluarga Melayu dan 7 India telah ditempatkan  di tanah rancangan ini bermula dari bulan Mei 1970.[1]Bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak peneroka peringkat rendah, maka Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 1 ditubuhkan pada 5 Ogos 1970. Sekolah rendah ini merupakan sekolah rendah pertama dibuka di tanah rancangan Felda Jengka. Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka 1 atau nama ringkasnya SK (Felda) Jengka 1, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Felda Jengka 1.Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka 1 memiliki 141 pelajar lelaki dan 139 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 280 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.[2]




[1] Nordin Hussin, Jengka 1966, (Kuala Lumpur: Federal Land Development Authority FELDA, 2001),43.
[2] Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 1, http://ms.wikipedia.org/wiki, (diakses pada 1 Februari, 2015).