Ad

Wednesday, 4 March 2015

Tuah aksi laman sendiri

-ROSILAWATI ROSEDI
3 Mac 2015
 Pahang sekat JDT ke pusingan ketiga
Pahang sekat JDT ke pusingan ketiga Pemain Pahang meraikan kejayaan apabila berjaya menumpaskan Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan Piala FA di Stadium Darul Makmur, dekat sini, malam tadi. - Foto Bernama
KECEKAPAN penjaga gol Tok Gajah,Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid sekali gus muncul wira pasukan apabila membantu Pahang mara ke pusingan ketiga Piala FA selepas menyelamatkan dua cubaan sepakan penalti pelawat dalam aksi penuh dramatik pusingan kedua di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Selepas terikat seri 1-1 sehingga mengheret tambahan masa,  Khairul Azhan menepis bola cubaan Luciano Figueroa dan Junior Eldstal sekali gus meranapkan impian Johor Darul Ta’azim (JDT)dalam perlawanan tersebut sekali gus mara dengan kemenangan 4-2.

Pahang yang juga juara bertahan berjaya menyempurnakan empat sepakan penalti yang diambil Matias Ruben Conti, Damion Delano Stewart, Zesh Rehman dan Kapten pasukan,Mohd Razman Roslan dan dua sepakan penalti disempurnakan Safee Sali dan Hariss Harun.

Turut hadir menyaksikan perlawanan, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan nyaris mencemaskan gawang lawan pada m-6 menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti oleh Mohd Fauzi Rozlan namun bola tinggi melepasi palang.

Tuan rumah lebih banyak menguasai permainan dan peluang hadir untuk Pahang selepas penyerang importnya, Matias Ruben Conti dijatuhkan di luar kotak penalti pada m-14.

Sepakan percuma diambil pemain tengah, Mohd Hafiz Kamal namun berjaya ditampan pertahanan lawan.

Empat minit kemudian Hafiz mengambil sepakan sudut namun tandukan Damion Delano Stewart tersasar ke kiri gawang pelawat.

Stadium yang dipenuhi lebih 30,000 penyokong bergegar selepas Conti menanduk masuk ke dalam gawang menewaskan Farizal Marlias hasil gerakan solo rakan sepasukan, Dickson Nwakaeme.

Situasi semakin rancak dan penguasaan bola terus menjadi milik Tok Gajah dan lima minit seterusnya, tuan rumah nyaris mencemaskan gawang lawan sekali lagi hasil rembatan Hafiz dari luar kotak penalti, tetapi tinggi melepasi palang.

Bojan Hodak melakukan perubahan memasukkan Nazrin Nawi mengeluarkan S Canturu dan sekali lagi membuat penggantian mengeluarkan Jasazrin Jamaludin dengan memasukkan Junior pada m -31.

Pelawat mempunyai peluang pada m-38 hasil tandukan sepakan sudut pemain pertahanan Mohd Fadli Shas tetapi tersasar dari gawang Pahang.

Situasi terus bertahan dan pada m-44,Nwakaeme melakukan gerakan solo dari tengah padang dan melepas rembatan tetapi tepat ke dakapan Farizal.

Pahang sekali lagi mendapat peluang menerusi pakar sepakan percumanya, Hafiz selepas Fauzi dijatuhkan tetapi bola berjaya ditepis Farizal.

Kedudukan kekal dengan Pahang mendahului lawan 1-0 ke atas pelawat sebaik tamat separuh babak pertama perlawanan.

Hanya tiga minit babak kedua bermula, Nwakaeme melakukan gerakan solo dan melakukan hantaran ke arah pemain lincah, R.Gopinanthan tetapi tersasar dan rembatan Fauzi sekadar tepat ke dakapan Farizal pada m-49.

Pasukan pelawat mendapat kad kuning selepas Safee Sali sengaja menjatuhkan diri dalam kotak penalti pada m-53.

Gopinanthan memiliki peluang terbaik pada m-67 tetapi sekali lagi tersasar dari gawang lawan.

Pertukaran ketiga pasukan pelawat, penyerang import, Luciano Figueroa dimasukkan menggantikan Mahali Jasuli pada m-78.l

Pelawat akhirnya mendapat gol pertama mereka selepas pemain tengah,Hariss Harun melakukan rembatan dari dalam kotak penalti menewaskan Khairul Azhan Mohd Khalid hasil sepakan sudut kapten pasukan,Shafiq Rahim.

Zainal Abidin melakukan perubahan pertama memasukkan Azidan Sarudin untuk menggantikan Fauzi pada m-82.

Nwakaeme melakukan rembatan pada m-82 tetapi tersasar ke sudut kanan gawang pelawat dan peluang keemasan gagal dimanfaatkan pada m-85 selepas Pahang mendapat sepakan percumanya yang diambil Hafiz tetapi tersasar ke atas palang.

Hingga tamat permainan dan empat minit masa tambahan, keputusan kekal dengan kedudukan terikat 1-1.

Perlawanan berlarutan untuk 15 minit masa tambahan dan m-3 Gopinanthan mempunyai peluang tetapi cubaannya tersasar ke sudut kanan gawang lawan.

Kedua-dua pasukan masih buntu menambahkan jaringan sehingga tamat 15 minit masa tambahan pertama memaksa perlawanan diheret ke 15 minit masa tambahan kedua.

Zainal Abidin melakukan perubahan kedua mengeluarkan pemain tengah,Nor Azam Azih memasukkan Rizua Shafiqi Kamarulzaman.

Tiada sebarang perubahan keputusan dan penentuan dilakukan menerusi sepakan penalti dan keputusan berkesudahan Pahang melakar kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 4.3.2015

‘Saya tak mahu gaduh’-

Oleh Azlan Muhammad Zain
 azlanmz@hmetro.com.my
Kelana Jaya: Walaupun menggalas tugas penting, pengendali Bawah 23 Tahun (B-23) negara Datuk Ong Kim Swee (baju merah) bersikap profesional apabila memberikan keutamaan kepada jurulatih Bawah 22 Tahun (B-22) Razip Ismail untuk memilih barisan pemain terbaik bagi menggalas cabaran kelayakan Kumpulan I Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2016 hujung bulan ini.

Kim Swee yang turut berada dalam rangka persiapan menghadapi tugas getir meraih pingat emas Sukan SEA Singapura pada Jun, jelas tidak mahu ‘bergaduh’ walaupun pada masa sama turut mempunyai kem latihan pusat di Bangkok, Thailand dari 15 hingga 31 Mac ini dengan saingan kelayakan Piala AFC membabitkan B-22 berlangsung di Stadium Shah Alam pada 27 hingga 31 Mac.

“Pemain yang saya pilih untuk aksi persahabatan di Bangkok banyak bergantung kepada Razip kerana keutamaan sudah semestinya B-22. Terpulang kepada Razip sama ada mahu memanggil pemain yang menjalani latihan ketika ini atau sebaliknya.

“Saya akan panggil mereka yang tidak terpilih untuk digabungkan bersama pemain berusia 23 tahun,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM semalam.

Kim Swee memanggil 17 pelatih untuk kem latihan fasa pertama bermula Ahad lalu dengan semua pemain yang dipanggil masih layak menyertai skuad B-22 kendalian Razip.

“Bagi saya 17 pemain yang dipanggil penting untuk diberikan pendedahan di pentas antarabangsa. Tiga aksi persahabatan termasuk kemungkinan menentang B-22 Korea Utara bakal melonjakkan potensi sebenar mereka,” jelasnya.

Mengulas sesi latihan singkat berakhir semalam, Kim Swee berkata, semua pemain mempamerkan komitmen tinggi dan ada beberapa pemain mampu bersaing dengan pemain sedia ada.

“Saya tidak berhasrat mengumumkan pemain terpilih terlebih dulu. Ia akan dimaklumkan pada kem latihan fasa kedua 15 Mac, bergantung kepada senarai pemain dipilih Razip.”

Skuad Sukan SEA diletakkan sasaran merampas kembali pingat emas walaupun dijangka berdepan laluan sukar terutamanya daripada Thailand yang meraih pencapaian cemerlang sejak kebelakangan ini apabila melangkah ke separuh akhir Sukan Asia, memenangi emas Sukan SEA 2013 dan juara Piala AFF 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2015 @ 9:48 AM


- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/34588#sthash.cl2HX2FZ.dpuf

Tuesday, 3 March 2015

KEPUTUSAN PENUH PIALA FA PAHANG 1- 1 [penalti 4-2] JOHOR DT

OLEH- AHMAD YAAKOB
Pahang               1-1 Johor DT
m-20 Matias Conti     m-80 Harris Harun
PAHANG
01 Khairul Azhan Khalid
03 Saiful Nizam Miswan
04 Damion Stewart
06 Zeshan Rehman
09 Matias Conti
10 Dickson Nwakaeme
13 Razman Roslan
21 Hafiz Kamal
19 Fauzi Roslan
24 R.Gopinathan
33 Mohd Norazam Azih

PEMAIN GANTIAN

JOHOR DT
01 Mohd Farizal Marlias
04 Asrarudin Putra Omar
27 Fadhli Shas
06 Marcos Antonio
08 Safiq Rahim
12 S.Kunalan
14 Harris Harun
23 S. Chanturu
21 Jasazrin Jamaluddin
18 Mahali Jasuli
10 Safee Sali.
PEMAIN GANTIAN
19 Luciano Figuerua
25 Junior Eldstal

20 Nazrin Mohd Nawi

Harimau Selatan rebah di kaki Tok Gajah

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my
 
PENYERANG Pahang, Dickson Nwakaeme (jersi kuning) diasak barisan pertahanan Johor DT pada aksi Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

JUARA bertahan, Pahang mara ke pusingan ketiga kempen Piala FA 2015 selepas menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Penjaga gawang Tok Gajah, Khairul Azhan Mohd. Khalid layak diangkat sebagai wira apabila berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti yang diambil oleh Luciano Figueroa dan Junior Eldstal.

Perlawanan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas tamat perlawanan masa tambahan.

Pada perlawanan malam tadi, Pahang mendahului 1-0 menerusi jaringan Matias Conti pada minit ke-20.

Ketika perlawanan berbaki 10 minit, kealpaan barisan pertahanan Pahang dihukum apabila Johor berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Harris Harrun pada minit ke-80 dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat permainan, sekali gus mengheret perlawanan sehingga ke masa tambahan.

Kedua-dua pasukan terus tampil agresif untuk memburu gol kemenangan tetapi tindakan penyudah yang lemah menafikan peluang mereka menambah jaringan.

Akibatnya, ia terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang dipergunakan sepenuhnya oleh Pahang untuk meraih kemenangan 4-2.

Malang menimpa skuad Harimau Selatan pada perlawanan tersebut apabila dua pemain utamanya, S. Chanturu dan Jasazrin Jamaluddin terpaksa diusung keluar kerana mengalami kecederaan.

Dengan kemenangan tersebut, Pahang akan membuat perhitungan dengan pasukan kelab, MISC MIFA pada pusingan ketiga yang tarikhnya akan ditentukan kemudian.

SUMBNER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3TJpCGI8i Hakcipta terpelihara

Monday, 2 March 2015

KEPUTUSAN TERKINI PAHANG 1-0 JOHOR DT


Oleh –AHMAD BIN YAAKOB
PERLAWANAN PIALA FA 2 MAC 2015
Pahang              1-0 Johor DT

m-20 Matias Conti.

Usah sia-sia peluang di Kuantan

ROSILAWATI ROSEDI
2 Mac 2015
Usah sia-sia peluang di Kuantan
Usah sia-sia peluang di Kuantan Zainal percaya aksi berdepan JDT satu cabaran sukar bagi kedua-dua pasukan.
PENGENDALI Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan mahu anak-anak buahnya tidak mensia-siakan peluang beraksi di laman sendiri, sekali gus memastikan kemenangan apabila melayan kunjungan Harimau Selatan aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur di sini, malam ini.

Menurutnya, kemenangan menjadi buruan Tok Gajah untuk melangkah ke pusingan seterusnya dan pertemuan menentang Johor Darul Ta’aim (JDT) itu pastinya mengundang aksi sengit daripada kedua-dua pasukan.

“Aksi di laman sendiri perlu digunakan sebaik mungkin dan walaupun memang kita mengakui ada sedikit kepenatan, namun ia bukan menjadi alasan untuk cepat mengalah.

“Malah dengan kejayaan pasukan melakar kemenangan ke atas Yadarnabon FC pada Rabu lalu, memang menyuntik lagi semangat pemain untuk perlawanan esok (hari ini),” katanya mengakui semua pemain tidak sabar untuk berdepan lawan.

Mengakui para pemain sudah sedar dan semakin mendapat rentak, Zainal Abidin turut menggesa pemain supaya menggandakan usaha dan mengekalkan disiplin baik hingga ke wisel penamat.

Ditanya keadaan penyerang kebangsaan, Azamuddin Mohd Akil ataupun mesra dipanggil Alex itu, dia memberitahu, pemain itu masih tidak dapat turun beraksi kerana mahu memberikan peluang buat pemain kelahiran Lipis itu bersedia sepenuhnya selepas mengalami kecederaan lutut kanan sejak penghujung Disember tahun lalu.

“Tetapi saya yakin dengan semangat juang, pemain lain akan berusaha sehabis mungkin untuk tidak menghampakan harapan penyokong Pahang yang mahukan kemenangan buat kita malam esok (ini).

“Kami mohon doa dan sokongan peminat Pahang untuk kejayaan pasukan kesayangan mereka,” katanya.

Pada musim lalu, Pahang menghampakan skuad kendalian Bojan Hodak itu di pusingan separuh akhir dengan agregat 2-1.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 3.2.2015

Sunday, 1 March 2015

PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH KHALIFAH UTHMANIAH ABAD KE-16-17M

OLEH-AHMAD BIN YAAAKOB
LATAR BELAKANG KERAJAAN UTHMANIAH
Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun l28l hingga 1924. Pada tahun 1453, pemerintahannya berpusat di Istanbul. Kerajaan ini ditubuhkan selepas tentera Mongol berjaya menakluk kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul. Setelah itu, pemerintahan kerajaan ini diteruskan oleh 38 orang khalifah lagi. Antara pemerintah Uthmaniyah yang terkenal ialah Urkhan, Muhammad II dan Sulaiman II.[1]

STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN PUSAT
Sultan merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi. Pada peringkat awal, sultan terdiri daripada para amir yang menjadi tuan tanah dalam kerajaan Saljuk. Umpamanya, ialah Murad II, yang menggunakan gelaran Sultan al-Baraiun wa al-Bahrain. Sultan memegang kuasa tertinggi dalam bidang agama,politik, pentadbiran dan kewangan.

Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan. Dalam Kanunname, bidang kuasa Wazir Agung dinyatakan amat luas. Beliau merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran. Beliau juga memiliki cop mohor sebagai simbol wakil sultan.
Wazir Agung dibantu pula oleh:
(a) tiga orang hakim tentera.
(b) dua orang Beylerbey (ketua turus tentera sultan).
(c) dua orang Defterdar (bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran kewangan).
(d) seorang Agha (waktl tentera darat).
(e) seorang Laksamana.
(f) seorang Nishanji bagi monogram sultan.[2]
Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti (Shaykh al-Islam) telah diwujudkan. Tugas utamanya ialah mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama termasuk keputusan
berperang sesama orang Islam. Mufti juga diberikan hak melantik pegawai-pegawai istana di ibu kota Istanbul.

Kadangkala sultan turut campurtangan daram soal fatwa, misalnya ketika menentang ajaran Syiah bagi tujuan menjaga keamanan negara.Mufti juga diberikan hak merantik pegawai-pegawai istana di ibu kota Istanbul.
Penubuhan kerajaan Uthmaniyah telah diasaskan mengikut sistem feudal yang ditiru daripada kerajaanByzantine. Sistem pemerintahannya juga turut dibantu oleh golongan tentera yang dikenali sebagai fief. Fief merupakan tentera asasi kerajaan Uthmaniyah.
 Fief yang berjasa dikurniakan tanah. Tanah-tanah tersebut dikendalikan oleh para petani. Tanah kurniaan ini telah menghasilkan antara 3000-20 000 asper. Asper ialah mata wang perak.[3]
      Fief yang berkhidmat secara peribadi dengan sultan diberikan tanah yang lebih luas (ziamet) dan hasilnya mencapai 100 000 asper. Tanah kurniaan  yang lebih luas (khass) diberikan kepada gabenor wilayah. Tanah kurniaan di Eropah menyediakan sebanyak 80 000
ekor kuda, sementara di Asia 50 000 ekor kuda.
      Senjata yang.digunakan oleh fief ialah tombak, pedang, panah dan perisai. Pakaian mereka ialah baju dan serban serta menunggang kuda.Mereka ini dikelompokkan di bawah beberapa orang ketua yang membawa bendera (Sanjak atau Liwa,). Ketua ini dilanggil bey.
      Antara bey ada beberapa orang beylerbey; terbesar iaiah beylerbey Anatolia dan kedua ialah Beylerbey Rumali di Eropah.Beybey ini juga memakai gelaran Pasha.Beylerbey merujuk kepada ketua turus tentera sultan yang mempunyai kuasa yang sangat luas, malah putera mahkota terpaksa tunduk kepadanya.
      Sistem feudal runtuh setelah kerajaan Uthmaniyah bertambah luas dan sultan terpaksa menyerahkan kuasa tanah fief kepada Belerbey. Pihak Belerbey telah menyalahgunakan kuasa dengan bertindak memberikan tanah fief kepada mereka yang  menyokongnya dan merampas fief daripada orang yang melakulan kesalahan kecil.
     Penyalahgunaan kuasa ini telah dihapuskan semasa pemerintahan sulaiman al-Qanuni menerusi Kaiunname (1530 M). Walau bagaimanapun, sistem tanah fief ini diteruskan tetapi syarat syaratnya diketatkan.
Lama-kelamaan tentera feudal telah digantikan dengan tentera upahan yang menggunakan senjata yang lebih canggih termasuk menggunakan  meriam besar bermula pada akhir abad ke-16 M. Tentera thmaniyah di peringkat awarnya terdiri daripada empat pasukan (skuadron menyamai 120-200 orang) yang diasaskan oleh Orkhan sendiri. Bilangannya kemudian bertambah  sehingga 11500 orang bagi setiap skuadron (1534 M).[5].

STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN WILAYAH.
Pemerintahan  wilayah  Khalifah Uthmaniyyah  :
Memandangkan sistem pemeritahan dan pentadbiran Uthmaniyahn mirip pentadbiran Byzantine, setiap wilayah ditadbir  oleh gabenor wilayah  yang bertanggungjawab  mentadbir tanah kurniaan yang luas yang akan dikendalikan  oleh para petani.

Kadi merupakan  ketua agama bagi setiap wilayah di mana tugas utama pegawai  berkenaan  ialah mengendalikan hukum  jenayah dan sivil berdasarkan hukum al-Quran dan Hadis

Multezim  bertanggungjawab  untuk mengutip  semua cukai dari kawasan-kawasan  tertentu dan sebahagian daripada kutipan  itu diserahkan  kepada perbendaharaan. Pada masa yang sama, pegawai kerajaan  diberi  kuasa  untuk mengutip bayaran yang dikenali sebagai balkshish untuk perkhidmatan yang diberikan  kepada orang awam.

Golongan intelektual  Muslim bertanggungjawab dalam pentadbiran keadilan, menguruskan  wakaf untuk menyokong perkembangan  sekolah dan hospital  serta pendidikan  belia Muslim.[v]Ada kalanya golongan ini berperanan sebagai orang tengah antararakyat dan cabang-cabang lain kelas pemerintahan.[6]



[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,61
[2] ibid
[3] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,62.
[4] Ibid,63.
[5]“Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,22.
[6] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,63.