Ad

Monday, 6 June 2016

'Rumah Seperti Kubur'

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Janganlah kamu menjadikan rumahmu itu seperti kubur (tidak pernah kamu sembahyang sunat ataupun membaca al-Qur’an dan ibadat lain di dalamnya). Sesungguhnya syaitan akan lari dan menjauhkan diri daripada mana-mana rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah”.

(Hadith Riwayat Muslim)


Huraian Hadith:
Hadith ini menunjukkan kelebihan surah al-Baqarah dan membacanya dengan tadabbur dan mengamalkan kandungannya akan menjauhkan daripada syaitan.
Islam menuntut kepada setiap umatnya agar menghiasi rumah mereka dengan amal ibadat wajib dan juga sunat, kerana rumah-rumah yang tidak ada penghuninya yang sembahyang sunat dan membaca ayat suci al-Qur’an diibaratkan kubur yang sunyi dimana syaitan serta iblis akan menguasainya.
Syaitan dan iblis akan takut apabila mendengar ayat-ayat al-Qur’an dibaca oleh seseorang lebih-lebih lagi surah al-Baqarah.
Digalakkan supaya melakukan sembahyang sunat dirumah.

 Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
 Dicipta: 20 November 2015

SUMBER- http://www.islam.gov.my/e-hadith/325-rumah-seperti-kubur

Harimau Malaysia tetap waspada

06 Jun 2016 12:40 AM
Skuad negara menjalani latihan persediaan untuk perlawanan playoff
Skuad negara menjalani latihan persediaan untuk perlawanan playoff kelayakan Piala Asia 2019 menentang Timor Leste di Pasir Gudang semalam.
JOHOR BAHRU 5 Jun – Meskipun menang dalam pertemuan pertama, namun skuad Harimau Malaysia tetap berwaspada apabila melangkah ke padang untuk pertemuan kedua playoff kelayakan Piala Asia 2019 menentang Timor Leste esok.
Ketua jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee berkata, Timor Leste pastinya akan berusaha bangkit dan menggunakan taktikal baharu untuk mencipta kemenangan selepas tewas 0-3 dalam pertemuan pertama Khamis lalu.
Menurutnya, kemenangan ke atas pasukan kendalian Fabio Joaquim Maciel di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin itu sememangnya bekalan terbaik untuk memastikan skuad kebangsaan layak ke pusingan peringkat kumpulan.
“Kami harus bersiap sedia de­ngan segala perancangan kerana kami tidak pasti apa yang akan mereka lakukan. Kami harus bersedia jika mereka menggunakan corak yang pantas atau mengasak. Jadi kami harus tahu mengendalikan situasi tersebut,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Timor Leste akan menjadi tuan rumah playoff kedua di venue yang sama malam esok kerana padang di gelanggang mereka di Dili tidak sesuai untuk perlawanan antarabangsa.
Kim Swee berkata walaupun akan menggunakan corak permainan sama yang diterapkan pada perlawanan terdahulu, namun dia bersedia melakukan perubahan taktikal sekiranya keadaan memerlukan.
“Jika saya perlu menukar corak permainan ketika perlawanan tersebut, saya akan lakukan. Tidak semestinya kita mengekalkan langkah yang sama.
“Ini merupakan perlawanan timbal-balik dan kita kena faham pasukan Timor Leste sudah tentu inginkan gol. Jadi, mungkin situasi akan berubah ketika perlawanan,” katanya.
Dalam pada itu, Kim Swee turut lega apabila tiga pemain utama iaitu Brendan Gan, Muhammad Shahrom Abdul Kalam dan penjaga gol Mohd. Izham Tarmizi semakin pulih setelah mengalami kecederaan dalam perlawanan Khamis lalu.
“Kemungkinan mereka akan diturunkan esok, namun kami ada satu lagi sesi latihan petang ini untuk memastikan mereka benar-benar bersedia dan boleh beraksi,” katanya sambil yakin bahawa persembahan anak buahnya tidak terjejas walaupun bermain pada hari pertama Ramadan.
Sementara itu, pemain tengah skuad negara Baddrol Bakhtiar berkata keseluruhan pasukan tidak akan mengambil mudah perlawanan berkenaan walaupun berjaya menewaskan Timor Leste dengan jaringan 3-0 sebelum ini.
“Dalam perlawanan kedua ini kami akan lebih berwaspada. Bagi saya bahagian tengah Timor Leste begitu berbahaya,” kata ketua pasukan Kedah itu.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-malaysia-tetap-waspada-1.339175#sthash.lmvI9WLZ.dpuf

Sunday, 5 June 2016

PERLETAKAN BATU ASAS BANGUNAN IBU PEJABAT R.I.D.A.5.6.1965

Pada   hari   ini   dalam   tahun  1965,   Timbalan  Perdana   Menteri,  Dato’  Abdul  Razak  Hussein  telah   menyempurnakan   perletakan   batu   asas   bangunan   baru   RIDA  (Rural  Industrial  Development  Authority)  di   Jalan   Tunku   Abdul   Rahman.   Bangunan  yang   bernilai  $ 3 juta   ini   bakal   dijadikan   sebagai    pusat   pengendalian,   perancangan  dan   pentadbiran.  RIDA   yang   kemudiannya   ditukarkan   nama   kepada  MARA  (Majlis  Amanah   Rakyat )    telah   ditubuhkan   oleh  kerajaan  untuk   membantu   menjalankan   tugas  dan   usaha   bagi  meningkatkan   pendapatan   penduduk  terutamanya   bagi   kawasan   luar  bandar.   Ketika   berucap   pada   majlis   tersebut,   Datuk   Abdul  Razak   menyatakan   harapan  agar   RIDA   dapat   memainkan   peranan   untuk   terus   membantu  melatih   rakyat   dalam  bidang   iktisad   dan   perniagaan.   Beliau   juga   telah   menggariskan  tujuh  tugas  penting  yang  akan  dikendalikan  oleh   bahagian-bahagian  di   dalam   pentadbiran   RIDA  antaranya  ialah   bahagian   latihan   dan   juga   bahagian   kemudahan   modal   dan   pinjaman.  Dato’  Abdul   Razak   juga   telah   menyeru   agar   usaha   secara   bersama  diadakan  bagi  membantu  rakyat  memperluaskan  mata  pencarian   yang  sekaligus  meningkatkan  pendapatan  penduduk  terutamanya  kaum  bumiputera.  Sesungguhnya,  RIDA  telah  menyumbang  meningkatkan   kedudukan  taraf  ekonomi  kaum  bumiputera  dalam  usaha  kerajaan  membangunankan   negara   selepas   kemerdekaan  dicapai   pada   31   Ogos   1957.

http://www2.arkib.gov.my/hids/

2.Raja berperlembagaan di England

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Raja Charles II 1660-1685
Pemulihan sistem monarki di England dilakukan berasaskan kompromi dan persefahaman antara raja dengan parlimen. Raja Charles II ditabalkan sebagai raja England. Bagaimanapun parlimen memberi peringatan kepada Raja Charles II bahawa England akan mengamalkan sistem raja berperlembagaan bukannya sistem pemerintahan beraja yang berasaskan teori hak kesucian raja.

      Pada peringkat pemerintahannya, Raja Charles II cuba melaksanakan dasar yang tidak mencetuskan perasaan tidak puas hari parlimen. Sekali lagi soal agama menjadi punca pertelagahan antara parlimen dan raja. Kebanyakan rakyat England bermazhab protestan.Perkembangan di Eropah Barat menimbulkan kebimbangan mazhab Katolik akan berpengaruh semula di England. Kebimbangan ini semakin nyata apabila Raja Charles II mengadakan satu perjanjian sulit dengan Raja Louis XIV dari Perancis yang berperang dengan Belanda. Melalui perjanjian ini, Perancis berharap England kembali di bawah pengaruh Roman katolik.[1]

      Raja Charles II membuat penhistoharan Diraja yang dikenali sebagai Declaration of indulgence 1672 yang bertujuab memansuhkan undang-undang yang menyekat penganut Katolik melakukan amalan tradisi mazhab mereka. Golongan Katolik juga tidak disekat untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan. Pihak parlimen bertindak balas dengan meluluskan Test Act 1673 yang melarang orang Katolik memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.[2]

      Baginda juga memansuhkan pemerintahan Komanwel dan meluluskan undang-undang mengikis fahaman Puritan dari England.Undang-undang Habeas Corpus Act padatahun 1679. Akta ini bertujuan mensyaratkan seseorang yang ditangkap mesti dibawa ke muka pengadilan dan diberi sebab mengapa dipenjarakan.Menyekat kuasa raja memenjarakan tahanan politik dengan sesuka hati bagi jangka masa yang panjang tanpa mendakwa si pesalah.[3]

Wujud perkembangan politik kepartian
Wujud, dua parti (Whig dan Torries) yang dikuasai golongan aristokrat, gentry dan boujuis. Parti Whig ditubuhkan untuk menentang pemulihan sistem pemerintahan beraja mutlak dan memperjuangkan kedudukan parlimen sebagai institusi pemerintahan tertinggi. Selain itu, parti ini  turut berjuang bagi menjamin hak rakyat mendapat perlindungan kehidupan dan harta-benda.

      Raja Charles II meniggal dunia pada tahun 1685 setelah memerintah England selama 25 tahun. Adinda Raja Charles II, Raja James II menaiki takhta. Baginda ingin memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Beliau melantik pengikutnya yang bermazhab Katolik menjawat jawatan dalam kerajaan dan memegang kedudukan di Universiti. Tindakan baginda bertentangan dengan Test Act.

      Pada peringkat awal, ahli parlimen tidak berhasrat menjatuhkan Raja James II kerana waris takhta akan jatuh kepada puterinya Mary II yang berkahwin dengan Raja William of Orange dari Belanda yang bermazhab Katolik. Apabila Raja James II mendapat seorang putera dengan isteri kedua dari Perancis yang bermazhab Katolik, Parti Whig dan Torries bimbang England akan diperintah oleh raja bermazhab Katolik. Raja james II disingkirkan daripada takhta, Mary II dan suaminya William of Orange ditabalkan sebagai Raja England.Peristiwa ini dikenali sebagai Glorioius Revolution.[4]

Mary II dan William of Orange menjadi Raja
England selepas berlakunya Revolusi Cemerlang
- Revolusi Cemerlang membawa pengisytiharan beberapa undang-undang oleh parlimen:
a) Pengisytiharan hak:
- Parlimen mesti mengadakan persidangan daripada masa ke semasa
- Parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat
- Parlimen mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif
- Rakyat mempunyai hak menghadap raja ke muka pengadilan
- Raja England mesti darimazhab Protestan
a) Toleration of Act 1699 (Undang-undang Toleransi)
- Beri kebebasan beragama bagi penganut Kristian Protestan
- Bill of Right pada 1699 kemukakan bidang kuasa raja
Raja diiktiraf sebagai ketua negara,Raja tiada lagi kuasa autokratik,Raja tidak boleh memansuhkan undang-undang yang diluluskan parlimen dan Raja tidak boleh campur tangan dalam urusan mahkamah.[5]

      Kesimpulannya, kemenangan parlimen dalam Revolusi Inggeris 1688 merupakan kemenangan demokrasi kelas berharta. Secara keseluruhannya, konflik pemerintahan beraja di England berkisar kepada dua isu, iatu raja yang membelakangkan parlimen dan isu keagamaan. 




[1]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,132.
[2]Ibid.
[3]“Raja Mutlakdan Raja Berperlembagaan”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,64.
[4]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,132.
[5]“Raja Mutlakdan Raja Berperlembagaan”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,65.

Kejutan terbesar Ali adalah memeluk Islam

05 Jun 2016 12:25 AM

MUHAMMAD ALI

MUHAMMAD Ali mungkin telah melakar banyak kejutan sepanjang kariernya yang hebat, namun kejutan sebenar yang dilakukan legenda tinju dunia itu adalah apabila dia memilik untuk memeluk Islam pada 1964, hanya dua hari selepas bergelar juara dunia buat kali pertama.
Menggunakan nama Cassius Marcellus Clay Jr., yang mewa­kili penentangan terhadap penghambaan di Amerika Syarikat, Ali bagaimanapun menukar kepada nama Islam selepas menjalin kerjasama dengan Nation of Islam sebuah pertubuhan yang membantu membaiki gaya hidup masyarakat kulit hitam.
Pada mulanya, pengumuman mengejut Ali untuk memeluk Islam sukar diterima masyarakat barat, malah dalam kalangan media mereka tetap menggunakan nama Cassius dan enggan menyebut nama Muhammad Ali dalam artikel mereka.
Ali pernah mendedahkan tentang hasrat menggunakan populariti yang ditempa untuk mendedikasikan diri kepada Allah dan melakukan kebaikan selain menyatukan manusia selepas menamatkan karier dalam sukan itu.
Perkara itu didedahkan menerusi satu wawancara televi­syen di Newcastle, England pada 1977, kira-kira empat tahun sebelum bersara, apabila Ali diajukan soalan oleh seorang peminat cilik yang menyentuh tentang ­perancangannya selepas bersara daripada dunia tinju.
“Bersedia untuk bertemu Allah,” jawab petinju itu dengan penuh ketenangan dan keyakinan.
Sambil menyentuh tentang soal kepercayaan agama dalam kalangan penonton, Ali tidak teragak-agak menolak peluang kekayaan yang boleh diperolehi daripada bidang pelaburan dalam bidang hartanah, perniagaan atau mengajar tinju kerana baginya kemewahan tidak akan membawanya ke syurga.
Tambahnya, dia akan sedaya upaya untuk membantu orang lain kerana Allah sentiasa memerhati setiap tindak-tanduknya.
“Allah tidak kisah tentang saya menewaskan Joe Frazier.
“Begitu juga England atau Amerika Syarikat (AS) seperti yang dibimbangi kita, sebaliknya Allah hanya menilai bagaimana kita membantu satu sama lain.
“Saya mahu mendedikasikan seluruh kehidupan saya membantu pusat kebajikan, membantu orang lain, menyatukan masyarakat dan menjadikan dunia ini lebih aman.
“Jika saya mati, dan masuk ke syurga, saya mahu melihat hasilnya,” katanya.
Ternyata Ali menetapi janjinya apabila menggunakan kemashyuran tersebut menerusi anak perempuannya, Hana Ali untuk mempromosikan keamanan, toleransi dan nilai kemanusiaan di seluruh dunia.– AGENSI
• Nama : Mohammad Ali (sebelum masuk Islam pada 1964, dikenali sebagai Cassius Marcellus Clay Jr.)
• Gelaran : The Greatest (Yang Terhebat)
• Tarikh Lahir : 17 Januari 1942
• Tempat Lahir : Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat
• Isteri : Yolanda Williams
• Anak: Laila Ali, Rasheda Ali, Hana Ali, Asaad Amin (anak angkat), Maryum Ali, Jamillah Ali, Khaliah Ali, Muhammad Ali Jr., Miya Ali
• Kerjaya : Peninju (bersara pada 1981)
• Rekod Kerjaya : 56 kemenangan, 37 daripadanya menerusi knock-out dan hanya tewas lima kali
• Pencapaian Terbaik : Juara tiga kali Kejohanan Heavyweight Dunia.
• Anugerah Terbaik : Atlet Lelaki Terbaik Abad ke-20

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/kejutan-terbesar-ali-adalah-memeluk-islam-1.338672#sthash.9SbIpOn4.dpuf



KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA U21 1-2 THAILAND U21

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia U21    1-2 Thailand U 21
m-Syamie Iszuan  m- 3 Worawut
                              m- 79 Chenrop

PEMAIN MALAYSIA
22 AMIERUL HAKIMI
03 ARIF FARHAN
04 FARIS SHAH
06 KHAIRIL ANUAR
07 SYAMIE ISZUAN
10 JAFRI FIRDAUS
11 SAFAWI RASID
13 IRFAN ZAKARIA
16 ARIF ANWAR
18 ADIB  ZAINUDIN
27 SYAZWAN ANDIK
PEMAIN GANTIAN
12 ZULASYRAF ZULKEPLY
25 FAIZAL HALIM

17 SYAFIQ AHMAD

TERKINI MALAYSIA U21 1-2 THAILAND U21


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia U21    1-2 Thailand U 21
m-Syamie Iszuan  m- 3 Worawut