Ad

Monday, 6 June 2016

PENUBUHAN PERSATUAN PEKEBUN-PEKEBUN KECIL GETAH NEGARA 6.6.1975

Berorganisasi memainkan peranan yang penting bagi menyalurkan pendapat dan pandangan. Selain daripada menjaga kepentingan sesuatu kelompok. Bagi para pekebun-pekebun kecil getah di negara ini, usaha-usaha telah dijalankan bagi mewujudkan persatuan pekebun-pekebun kecil getah di negara ini. Pada hari ini 6 Jun 1975, Tun Abd. Razak telah merasmikan penubuhan Persatuan Pekebun-pekebun Kecil Getah Negara yang merupakan gandingan kepada dua persatuan pekebun getah yang selama ini bergerak secara berasingan. Dengan adanya badan tunggal di peringkat kebangsaan ini akan mempermudahkan lagi usaha-usaha kerajaan memaju sektor pekebun kecil akan dapat dijalankan dengan lebih sempurna dan berkesan lagi. Selain itu akan mempermudahkan bagi pihak kerajaan dan RISDA khususnya menyalurkan bantuan dan kemudahan. Usaha-usaha telah dijalankan bagi menyatukan pekebun-pekebun kecil getah di bawah satu payung terutamanya melalui Kementerian Perusahaan Utama. Di atas kerja keras menterinya Datuk Musa Hitam akhirnya usaha-usaha ini berjaya dilaksanakan pada hari ini. Berucap dalam Majlis tersebut, Tun Abdul Razak berkata, pihak kerajaan sentiasa memberi keutamaan bagi membaiki dan membela nasib para pekebun-pekebun kecil getah, salah satu usaha utama yang dijalankan ialah penubuhan RISDA iaitu badan khusus bertanggungjawab memajukan semua aspek pekebun kecil dalam perusahaan getah. Diharap dengan adanya badan tunggal di peringkat kebangsaan akan memperjuangkan nasib para pekebun kecil getah terutama berkaitan meninggikan pendapatan mereka.
http://www2.arkib.gov.my/hids/


KEPUTUSAN MASA PERTAMA TIMOR LESTE 0-1 MALAYSIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Timor Leste 0-1 Malaysia
m-16 Khair Jefri

PEMAIN MALAYSIA
23 IZHAM TARMIZI
03 BRENDAN GAN
20 AZRIF NASRUL HAQ
05 SHAHROM KALAM
06 FAZLY MAZLAN
07 AIDIL ZAFUAN
21 AMIRUL HADI ZAINAL
11 BADDROL BAKTHIAR
12 HAZWAN BAKRI
16 S.KUNALAN

24 KHAIR JEFRI

TERKINI TIMOR LESTE 0-1 MALAYSIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Timor Leste 0-1 Malaysia
m-16 Khair Jefri

PEMAIN MALAYSIA
23 IZHAM TARMIZI
03 BRENDAN GAN
20 AZRIF NASRUL HAQ
05 SHAHROM KALAM
06 FAZLY MAZLAN
07 AIDIL ZAFUAN
21 AMIRUL HADI ZAINAL
11 BADDROL BAKTHIAR
12 HAZWAN BAKRI
16 S.KUNALAN
24 KHAIR JEFRI


TERKINI TIMOR LESTE 0-0 MALAYSIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Timor Leste 0-0 Malaysia
PEMAIN MALAYSIA
23 IZHAM TARMIZI
03 BRENDAN GAN
20 AZRIF NASRUL HAQ
05 SHAHROM KALAM
06 FAZLY MAZLAN
07 AIDIL ZAFUAN
21 AMIRUL HADI ZAINAL
11 BADDROL BAKTHIAR
12 HAZWAN BAKRI
16 S.KUNALAN
24 KHAIR JEFRI

JADUAL PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2019

PLAYOFF KEDUA
ISNIN 6.6.2016
TIMOR LESTE LAWAN MALAYSIA
STADIUM TAN SRI HASSAN UNOS, LARKIN
JAM 10.00 MALAM
SIARAN LANGSUNG ASTO ARENA 801



Malaysia akan tampil berbeza

KIM SWEE (dua dari kanan) bersalaman dengan rakan sejawatannya dari Timor Leste, Fabio Magrao selepas selesai sidang akhbar di Hotel Double Tree, Johor Bahru semalam yang turut dihadiri Baddrol (kanan) dan pemain Timor Leste, Diogo Santos.

MALAYSIA akan tampil berbeza apabila turun membuat perhitungan dengan Timor Leste pada aksi playoff kedua kempen kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Jurulatih Datuk Ong Kim Swee bakal menerap­kan corak permainan yang lebih mudah dalam misi untuk memerangkap pergerakan pemain pasukan lawan yang dilihat memiliki kelebihan dari segi saiz fizikal.

Menurut Kim Swee, beliau akan cuba mengamalkan corak hantaran pendek serta serangan balas yang pantas berbanding taktikal yang lebih terbuka pada perlawanan pertama, 2 Jun lalu.

Setakat ini katanya, para pemain nampak selesa dengan corak tersebut dan ia telah menjadi ke­utamaan mereka dalam setiap sesi latihan selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Timor Leste pada aksi pertama, Khamis lalu.

Walaupun selesa dengan agregat 3-0 tetapi para pemain skuad Harimau Malaysia tidak boleh leka kerana pasukan lawan pasti bangkit untuk me­madam kelebihan tersebut.

Jelas Kim Swee lagi, beliau percaya skuad kendalian Fabio Magrao itu akan tampil dengan corak permainan yang berbeza pada aksi kedua nanti dan atas sebab itulah mereka perlu mempelbagai taktikal permainan dalam misi menyekat kemaraan pasukan lawan.

“Kita mungkin akan tampil dengan corak hantaran pendek dan pada masa yang sama akan bermain secara berhati-hati serta waspada. Yang pasti, pasukan lawan akan tampil dengan corak berbeza untuk mencari gol bagi mengatasi kelebihan agregat yang kita pegang ketika ini.

“Saya berharap setiap pemain dapat menggalas tugas dengan baik serta mengikut arahan yang telah dirancang. Kita akan bermain dengan taktikal hantaran pendek serta serangan balas yang pantas dalam usaha mencari peluang membolosi pintu gol pasukan lawan,” kata Kim Swee pada sidang akhbar di Hotel Double Tree, Johor Bahru semalam.

Timor Leste akan menjadi tuan rumah pada aksi playoff kedua ini di venue yang sama.

Dalam perkembangan lain, Kim Swee turut melahirkan rasa lega terhadap tahap kece­deraan yang dialami tiga pemain utamanya iaitu Brendan Gan, Shahrom Kalam dan penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi yang dilaporkan semakin pulih.

“Kemungkinan mereka akan diturunkan pada perlawanan kedua nanti, namun saya perlu menilai prestasi mereka kerana kami akan menjalani satu lagi sesi latihan petang ini (petang semalam) untuk memastikan mereka benar-benar bersedia dan boleh beraksi,” katanya.

Ketiga-tiga tersebut me­ngalami kecederaan ketika turun pada perlawanan pertama, 2 Jun lalu.

Sementara itu, pemain tengah, Baddrol Baktiar turut berharap agar Brendan dan Shahrom dapat turun beraksi memandangkan mereka antara pemain yang memegang watak penting dalam skuad negara.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0606&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4AnEsw3Fe Hakcipta terpelihara



Fazly aset skuad negara

Rizar Mohd Noor -rizar@hmetro.com.my
Pasir Gudang: Prestasi konsisten Muhd Fazly Mazlan yang beraksi di posisi bek kiri bakal menjadi aset berharga Harimau Malaysia apabila berdepan Timor Leste pada aksi kedua play-off Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Larkin, malam esok.

Dia yang menjadi pencetus gerakan bagi menghasilkan dua jaringan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu pada perlawanan pertama lalu tidak menafikan betapa pergerakannya pada aksi kedua akan lebih sukar kerana benteng pertahanan Timor Leste yang dibimbing Fabio Maciel pasti akan memberi lebih tumpuan kepadanya.

“Saya dapat rasa kemungkinan tugas untuk membantu sayap kanan tampak agak terbatas apabila pemain pertahanan Timor Leste pasti lebih berwaspada dan cuba untuk menyekat larian saya nanti.

“Namun saya akan mengikut apa juga arahan taktikal ketua jurulatih apabila turun beraksi nanti kerana kita mahukan kemenangan kedua dan bukan sekadar berpuas hati dengan keputusan 3-0 ketika menang Khamis lalu.

“Sasaran tetap diletakkan walaupun kali ini kita turun selaku pasukan pelawat namun Stadium Larkin sudah menjadi kebiasaan buat saya dan rakan sepasukan dan kami tetap akan turun beraksi dengan semangat ini rumah kami dan ini tanah tumpah darah kami’,” katanya, semalam.

Fazly juga menegaskan walaupun sebelah kaki sudah layak ke pusingan kelayakan kumpulan namun dia tidak mahu terlalu selesa sebaliknya tetap ingin memberi sepenuh komitmen dengan mempamerkan aksi konsisten bagi menidakkan penguasaan Timor Leste.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2016 @ 5:08 AM

FAZLY