Ad

Wednesday, 20 May 2020

TUN FATIMAH HASHIM MENTERI KABINET WANITA PERTAMA


TERKINI COVID-19


Jersi Khalid Jamlus laris sepanjang Ramadan


MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
 Khalid (dua kiri) bersama koleksi jersinya yang dijual menerusi platform media sosial.
SETIAP individu berbeza cara dan usaha yang dilakukan ketika Ramadan terutama untuk menambah sumber pendapatan masing-masing yang kebanyakannya terjejas akibat pandemik Covid-19 sejak tiga bulan lalu.

Situasi berkenaan menyebabkan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Perak, Khalid Jamlus mengambil inisiatif menjual jersi edisi khas miliknya menerusi platform media sosial sepanjang Ramadan ini.

Namun, mengejutkan jersi jualannya mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat sukan bola sepak seluruh negara.

Beliau berkata, selain memperbanyakkan amalan dan ibadah sepanjang Ramadan ini, Khalid juga turut mahu mencari sumber pendapatan tambahan dengan menjual kuih raya atau barangan lain.

"Pada awalnya, saya memikirkan mungkin agak rugi jual pakaian pada bulan Ramadan tahun ini memandangkan situasi penularan pandemik Covid-19 sekali gus boleh menyebabkan kerugian.

"Namun, setiap individu pasti ada rezekinya apabila keputusan untuk berniaga jersi sebenarnya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang tidak putus-putus membuat tempahan menerusi atas talian.

"Jersi yang saya jual adalah keluaran khas ketika era kegemilangan sebagai pemain kebangsaan dan ia juga adalah antara usaha untuk menghargai peminat yang banyak menyokong saya sebelum ini," katanya.

Selain itu, bekas penyerang berbisa negara itu berkata, ketika ini beliau lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah dan membaca al-Quran.

"Sekarang ini semua aktiviti bola sepak terpaksa dihentikan seketika sekali gus saya mempunyai masa terluang bersama keluarga terutama dapat berbuka puasa bersama.

"Jika ada masa terluang, saya akan membuat rakaman video secara langsung menerusi platform Facebook untuk berkongsi pendapat dan idea berkaitan situasi terkini industri bola sepak negara," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2020 @ 8:53 PM

Monday, 11 May 2020

'Saya sedia dipanggil jika diberi peluang'


MyMetroArena
SAFEE mengakui keinginan beraksi bersama Harimau Malaya masih tinggi. FOTO Owee Ah Chun
BERNAMA
BEKAS penyerang prolifik kebangsaan dan pemenang kasut emas Piala AFF 2010, Safee Sali sesekali tidak pernah padam keinginannya untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

Penyerang pasukan PJ City FC itu menafikan beliau kini berada di penghujung kariernya dan menegaskan sedia dipanggil semula untuk membantu menguatkan jentera serangan pasukan negara yang kini dalam misi untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

"Saya pernah cakap mengenai perkara ini dan ia masih sama. Keinginan itu masih ada kerana saya masih lagi bermain dan saya masih aktif dalam karier.

"Saya juga tidak pernah menyatakan untuk memadam hasrat daripada bermain untuk skuad kebangsaan.

"Selagi saya bermain, selagi saya masih boleh menyumbangkan sesuatu dalam permainan bola sepak untuk negara, saya sedia untuk dipanggil jika diberi peluang," katanya.

Penampilan terakhir Safee bersama skuad kebangsaan adalah ketika Malaysia mencatat keputusan seri 0-0 berdepan Filipina dalam aksi persahabatan pada Mac 2017.

Safee yang pernah beraksi bersama beberapa kelab antaranya Selangor, Pelita Jaya FC (Indonesia), Johor Darul Ta'zim (JDT) dan PKNS FC sudah mencetak 23 gol sepanjang 79 penampilannya bersama skuad kebangsaan.

Dengan pengalaman luas dimiliki, beliau optimis mampu menyumbang sesuatu terutama di posisi penyerang utama skuad kebangsaan.

"Sumbangan itu mungkin dari segi pengalaman saya dan dari segi permainan di posisi yang saya bermain (penyerang utama). Saya tengok seperti ada kekosongan (dalam skuad kebangsaan), jadi kenapa tidak," katanya.

Sementara itu, beliau berkata tahap kecergasannya berada di tahap yang baik meskipun aksi Liga Malaysia (Liga-M) 2020 ditangguhkan sehingga September depan.

"Saya cuba untuk kekalkan tahap kecergasan sebelum latihan sebenar bermula nanti dan sebagai pemain kami memang ikut program latihan disediakan jurulatih. Tetapi sentuhan bola di rumput padang memang saya sebagai pemain sangat rindukan sekarang," katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2020 @ 5:29 PM

Wednesday, 6 May 2020

PERANG BADAR TAHUN 2H

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Perang Badar belaku pada hari Jumaat 17 Ramadhan, tahun 2H iaitu19 bulan setelah Nabi Muhammad SAW hijrah ke Madinah. Rasulullah ketika itu hanya bersama 313 orang sahabat dengan membawa 70 ekor unta.[1] Perang Badar  hanya berlangsung dalam masa dua jam. Tentera Islam yang hanya 313 orang itu dapat mengalahkan tentera Quraisy yang hampir 1000.[2]


[1]Rusydi Ramli Al-Jauhari, Biografi Agung Rasulullah Sallallahhu Alayhi Wasallam, (Batu Caves: Must Read Sdn. Bhd, 2012), 276.
[2] Zulkifli Mohd. Yusoff  dan Noor Naemah Abd. Rahman, Biogrfai Muhammad bin Abdullah ( Batu Caves : PTS Islamika Sdn Bhd,2015), 158.

Friday, 1 May 2020

Zainal mahu pemain MU terus kekal cergas

SUKAN»Bola
Jumaat, 1 Mei 2020 | 5:35pm
Jurulatih pasukan Melaka United (MU). - NSTP/Rasul Azli Samad
Zainal mahu pemain MU terus kekal cergas
Oleh Nazri Abu Bakar
sukanteam@bh.com.my
 Jurulatih pasukan Melaka United (MU). - NSTP/Rasul Azli Samad
MELAKA: Jurulatih pasukan Melaka United (MU), Zainal Abidin Hassan mahu anak buahnya terus mengekalkan kecergasan masing-masing walaupun Liga Malaysia (Liga M) tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Baginya perancangan yang disusun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dengan mengambil kira keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mendorongnya untuk memastikan kecergasan pemain masih berada pada tahap terbaik jika ianya disambung September kelak.

Menurutnya, sebagai pemain profesional, sudah pasti mereka memiliki keazaman tinggi untuk memastikan mental dan fizikal berada di landasan sebenar walaupun terpaksa berehat panjang susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara ini.

Katanya, situasi seperti ini sebenarnya amat mencabar bukan sahaja kepada pegawai pasukan dan pemain, malah peminat yang mahu menyaksikan saingan liga.

"Namun,semuanya perlu dilalui dengan tabah dan tenang terutama dalam memastikan rantaian wabak berkenaan mampu di putuskan segera.

"Malah semua langkah yang disusun kerajaan termasuk Kementerian Kesihatan untuk kebaikan bersama. Kita akur untuk membolehkan tiada yang menjadi mangsa wabak berkenaan," katanya.

Apapun, Zainal Abidin mengharapkan jika liga berlangsung pada September ada ruang buat pasukan menjalani latihan awal bagi membolehkan semua skuad bertanding memantapkan persembahan masing masing.

Berdasarkan situasi semasa dia juga akan membentuk jadual latihan baharu sesuai dalam tempoh bertenang sekali gus menyediakan barisan pemain yang bersedia sepenuhnya untuk bersaing kelak.

Hari ini hasrat untuk melihat Liga M kembali membuka tirai lebih awal tidak menjadi kenyataan berikutan beberapa jenis sukan termasuk bola sepak masih lagi tertakluk PKP.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas memaklumkan semua aktiviti sukan yang membabitkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dalam lain-lain risiko jangkitan tidak dibenarkan.

MFL dalam kenyataannya pula memaklumkan permohonan untuk menyambung semula saingan Liga M musim ini pada Ogos ini dengan sesi latihan pasukan bermula pada Julai tidak diluluskan.

Susulan itu, MFL merancang meneruskan pertandingan Liga Super dan Liga Perdana pada 1 dan 2 September sehingga 26 dan 27 September manakala Piala Malaysia pada 17 hingga18 Oktober 2020 dan berakhir pada 7 November. Piala FA dan Piala Cabaran pula dibatalkan.[1]



[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/05/684063/zainal-mahu-pemain-mu-terus-kekal-cergas