Ad

Friday, 24 July 2020

Abang Jalal tenang di padang


MyMetroArena
AZAMUDDIN mengakui Jalaluddin sebagai sumber inspirasi. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my


BEKAS pemain Pahang, Jalaluddin Jaafar, sentiasa akan dikenang oleh Azamuddin Akil sebagai pemain yang paling tenang pernah ditemuinya namun selalu menjadi pemangkin kekuatan pasukan di sebalik era kebangkitan Pahang dari musim 2013-2015.

Azamuddin yang kini bersama pasukan Kedah, tidak menafikan tonik di sebalik kecemerlangan skuad Tok Gajah yang berjaya naik dari saingan Liga Perdana pada musim 2012 ialah adanya pemain seperti Jalaluddin di dalam pasukan.

Lebih mesra disapa dengan panggilan Abang Jalal, Azamuddin mengakui bekas ketua pasukan Pahang itu adalah sumber inspirasi kepada pemain-pemain muda dalam pasukan.

"Abang Jalal ini kalau kita tak berapa kenal, dia memang nampak pendiam dan tidak banyak cakap tetapi hakikatnya dia seorang kelakar sebenarnya jika kita rapat.

"Kenangan bersamanya semasa bersama-sama menaikkan kembali Pahang (selepas tersingkir 2011 dari Liga Super) dengan majoriti pemain muda kekal sebagai memori paling manis dalam kerjaya.

"Dia tidak pernah marah kepada rakan sepasukan jika ada buat kesilapan di dalam padang namun sebaliknya dia akan berikan tips atau nasihat serta cuba berikan motivasi terutama kepada pemain muda, dia bukan seorang yang pemarah.

"Abang Jalal memang seorang yang tenang dan kehadirannya cukup berpengaruh kepada Pahang pada waktu itu malah antara pertahanan kanan terbaik yang saya kenal, " katanya.

Azamuddin memilih Jalaluddin menjadi salah seorang pemain pilihan Best XI, selain Farizal Marlias selaku penjaga gol manakala Rosdi Talib, Aidil Zafuan Radzak dan Razman Roslan membarisi barisan pertahanan.

Melalui formasi 4-4-2, bahagian tengah dipelopori Gopi Rizqi, Safiq Rahim, Nor Azam Azih dan Safawi Rasid sementara di jentera serangan, gandingan yang membawa kepada tiga kejuaraan Piala Malaysia buat Pahang pada 2014, Dickson Nwakaeme dan Matias Conti menjadi pilihan Azamuddin.

Selain itu, Azamuddin turut meletakkan Safiq sebagai antara pemain paling berpengaruh dan penting jika beraksi bersama dalam sesuatu pasukan.

"Saya pernah bersama Safiq di JDT (Johor Darul Ta'zim) selain di pasukan kebangsaan dan apa yang saya boleh katakan dia memang seorang pemain semula jadi di bahagian tengah.

"Tanpanya, memang susah untuk pasukan menguasai bahagian tengah dan kehadiran Safiq cukup penting kerana dia seorang perancang yang hebat, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2020 @ 12:46 AM

Tuesday, 7 July 2020

Luqman dapat pelepasan KV Kortrijk



MyMetroArena
Luqman Hakim Shamsudin
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my


PENYERANG muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin akan diberikan pelepasan oleh kelabnya KV Kortrijk untuk menyertai Kejuaraan Bawah 19 (B-19) AFC 2020 di Uzbekistan, Oktober depan.

Pengendali skuad B-19 negara Brad Maloney berkata, Luqman dijangka akan ke kelab yang berpangkalan di Belgium dalam masa terdekat ini seterusnya kemungkinan terlepas sesi latihan pada peringkat awal.

Beliau berkata, perkara terbabit tidak menimbulkan sebarang masalah apabila Luqman mungkin tampil lebih meyakinkan selain dapat meningkatkan kebolehannya sebagai persiapan menjelang kejuaraan B-19 itu.

"Saya dimaklumkan Luqman akan ke KV Kortrijk dalam masa terdekat ini seterusnya bagus untuk pembangunan pemain terbabit.

"Namun, saya difahamkan dia akan dilepaskan untuk menyertai kejohanan terbabit dan dia mungkin akan sertai pasukan pada persiapan terakhir nanti," katanya.

Sebelum itu, impian penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin untuk berkelana ke luar negara tercapai selepas sah akan menyertai kelab dari Belgium, K V Kortrijk.

Perkembangan itu diumumkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Dalam kenyataan terbabit, FAS mengesahkan persetujuan sudah dicapai antara persatuan itu dengan KV Kortrijk untuk perpindahan bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu.

Sementara itu, Maloney berkata, skuad B-19 tidak perlu bimbang jika sekiranya Luqman tidak boleh menyertai pasukan kerana ada ramai lagi pemain lain berbakat boleh mengisi kekosongan itu.

"Kita akan melihat pemain lain yang boleh mengisi posisi Luqman jika dia tidak boleh bermain nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2020 @ 9:23 PM,[1]


[1]https://www.hmetro.com.my/arena/2020/07/597259/luqman-dapat-pelepasan-kv-kortrijk

Tuesday, 30 June 2020

SMK JENGKA 2 TAHUN 1982


Bilangan pelajar tahun 1982 ialah 1500 orang yang terdiri dari tujuh kelas Tingkatan 5 empat Kelas Tingkatan 4, lapan kelas Tingkatan 3, lapan kelas Tingkatan 2 dan sepuluh Kelas Tingkatn 1.Tahun i i buat kali pertama calon SPM Jurusan Sains Pertanian mengambil Peperiksaan SPM. Kelas Tingkatan Empat Perdagangan juga dibuka pada ini..Jumlah guru pula ialah seramai 57 orang.[1]         


[1] Majalah Jaya 1982, 14

Harimau Malaya asah kuku di Bahrain

MyMetroArena
CHENG Hoe (tengah) mengakui bertemu Bahrain dapat menguji kemampuan pemainnya dengan corak permainan agresif. FOTO AIZUDDIN SAAD
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my


PASUKAN ranking ke-99 dunia, Bahrain bakal menguji skuad Harimau Malaya yang berada pada ranking 154 dunia dalam aksi persahabatan di Manama, Bahrain, 2 Oktober ini.

Perancangan itu sekali gus sebagai persediaan terbaik pasukan menjelang aksi getir menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 8 Oktober dalam aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 nanti.

Pengendali negara, Tan Cheng Hoe berkata, berdasarkan jadual yang sedang disusun oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), anak buahnya bakal mengharungi perlawanan pemanas badan dengan pasukan dari negara teluk itu.

Katanya, aksi itu bagus kerana ia dapat menguji kemampuan pemainnya dengan corak permainan agresif ala 'Pak Arab' dari pasukan Bahrain.

"Kalau ikut perancangan kita akan lawan Bahrain di tempat mereka sebelum ke UAE.

"Saya sambut baik perlawanan ini sebab kita bukan saja boleh membiasakan pemain dengan suasana dan cuaca tetapi juga membiasakan pemain dengan permainan pasukan dari sana (Arab).

"Apapun, kita kena fokus dan buat persiapan sebaik mungkin dan harap semua perancangan berjalan lancar," katanya.

Sebelum ini, aksi persahabatan dengan Bahrain dibatalkan pada Mac lalu ekoran penularan pandemik Covid-19.

Selain aksi menentang UAE dalam kempen kelayakan nanti, skuad kebangsaan turut dijadual berdepan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 13 Oktober sebelum bertemu Thailand pada aksi terakhir Kumpulan G di Bangkok, 17 November depan.

Malaysia kini menduduki tempat kedua Kumpulan G dengan kutipan sembilan mata selepas lima perlawanan dan mereka berpeluang cerah ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China sekiranya mencatat keputusan positif dalam baki tiga perlawanan.

Kali terakhir Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Asia adalah pada edisi 2007 selaku tuan rumah bersama tiga negara ASEAN yang lain, iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam.[i]


[i] https://www.hmetro.com.my/arena/2020/06/594904/harimau-malaya-asah-kuku-di-bahrain

Friday, 26 June 2020

Selangor buka pintu kepada Luqman


MyMetroArenaLUQMAN berpeluang diserapkan ke dalam pasukan utama Selangor. FOTO Agensi

BERNAMA
BARISAN pemain muda Selangor 2 termasuk penyerang sensasi skuad Bawah 18 Tahun (B-18) kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin berpeluang diserapkan ke dalam pasukan utama Selangor musim ini.

Ketua jurulatih Selangor, B Sathianathan tidak menafikan perkara itu yang juga menjadi harapan sebahagian penyokong skuad Gergasi Merah untuk melihat lebih ramai pemain muda terutama Luqman Hakim diberikan tempoh permainan dalam skuad utama.

Sathianathan berkata beliau mengamalkan sifat keterbukaan dalam memberi peluang kepada pemain muda membuktikan kemampuan di peringkat tertinggi, namun seseorang pemain itu harus 'membeli' kepercayaannya terlebih dahulu.

"Saya sudah pernah beri peluang kepada Indra (Indra Putra Mahayuddin), Shukor (Muhammad Shukor Adan) dan Hairuddin (Hairuddin Omar) dan ramai lagi pemain muda. Saya tidak kisah tetapi atas nama saja saya tidak boleh bagi.

"Pada saya, persembahan enam hingga lapan bulan lepas yang baik ditampilkan itu sejarah. Saya ingin lihat persembahan sekarang. Jadi saya tunggu laporan Michael (Michael Feichtenbeiner) ketua jurulatih Selangor 2. Berdasarkan laporan dan pemerhatian, saya sudah pilih lima pemain," katanya.

Jurulatih berusia 62 tahun itu berkata kapten skuad B-18 negara, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi antara salah seorang daripada lima pemain muda Selangor 2 yang berada dalam radarnya.

Peluang Luqman Hakim yang dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran menyertai pasukan Liga Profesional Belgium, KV Kortrijk, selain dilaporkan dirisik beberapa kelab Eropah, untuk diserapkan ke dalam skuad utama Selangor tampak cerah jika beliau cemerlang dalam kempen Liga Premier bersama Selangor 2.

Menurut Sathianathan, pemain muda perlu mencabar diri untuk membuktikan kemampuan merebut posisi yang kebiasaannya diisi pemain import jika mengintai peluang menembusi barisan pemain utama.

"Jadi ramai ada peluang, tetapi kena tunjuk. Jangan atas nama saja, pemain kena tunjuk aksi dalam padang untuk saya serap bersama Selangor. Tidak kira sesiapa pun, kalau Selangor 2 ada pemain tua pun saya boleh ambil kalau dia beraksi dengan baik.

"Istilah pemain muda kalau dia sekarang berumur 18 atau 19 dia bukan muda lagi, tetapi apa yang buat saya masukkan seseorang berbakat tinggi itu dalam pasukan...adakah dia lebih baik daripada pemain import yang kita ada di posisi itu. Kedua, adakah dia menyinar bersama Selangor 2?" jelasnya.

Selangor kini berada di kedudukan kelima, ketinggalan lima mata di belakang pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas bergelut di permulaan musim dengan sekadar mencatat satu kemenangan dan dua seri dalam empat aksi pertama Liga Super.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2020 @ 9:26 PM.[1]


[1] https://www.hmetro.com.my/arena/2020/06/593582/selangor-buka-pintu-kepada-luqman

TUN ABDUL RAZAK BERTEMU SUHARTO