Ad

Monday, 15 March 2021

Solskjaer minat sambar Ronaldo

MyMetroArena

Agensi

London: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui berminat untuk mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo ketika masa depan bintang Portugal itu bersama Juventus terus mencetuskan persoalan.

Gergasi Serie A itu tersingkir pada saingan Liga Juara-Juara ketika bertemu Porto minggu lalu sekali gus menimbulkan persoalan berhubung masa depan Ronaldo.

Kelab Turin itu sedang mempertimbangkan untuk menjualnya pada hujung musim ini kerana masalah kewangan, menurut laporan di Itali.

Minggu lalu ejen Ronaldo, Jorge Mendes mendedahkan pernah menawarkan pemain berstatus bintang itu untuk kembali ke Manchester United pada musim lalu namun ia tidak menjadi kenyataan.

Namun Solskjaer kini menamakan bintang Portugal itu sebagai salah seorang daripada dua pemain legenda yang beliau idamkan untuk membarisi skuad bimbingannya.

"Terdapat beberapa pemain yang pernah saya beraksi bersama dan mahu mereka berada dalam pasukan sekarang.

"Saya berminat beraksi bersama Roy Keane tetapi tak pasti jika dapat mengurusnya.

"Saya juga pernah beraksi dengan Cristiano Ronaldo dan dia adalah pemain terbaik di dunia bersama Lionel Messi sejak 10 hingga 15 tahun lalu.

"Anda pasti mahu menggunakan khidmatnya dalam pasukan anda.

"Ketika ini dia adalah pemain Juventus dan beraksi dengan baik di sana. Saya tidak mahu bercakap perkara yang menjadi tumpuan sekarang.

"Saya hanya boleh katakan ialah dia pemain Juventus dan kami perlu menghormatinya," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 9:08 PM

Sunday, 14 March 2021

Kelantan United menang lagi

MyMetroArena



Nor Amalina Alias

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Kelantan United Football Club (KUFC) menamatkan aksi ketiga Liga Perdana dengan kemenangan tipis 2-1 mengatasi Perak II FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, hari ini.

Sebaik wisel perlawanan bermula, pelawat dikejutkan dengan gol pendahuluan tuan rumah seawal minit pertama menerusi sepakan penyerang import, Gassama Alfussainey.

Gol pertama itu hasil hantaran lambung cantik kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi.

Gassama tidak menunggu masa lama untuk melakukan rembatan ke gawang gol menewaskan penjaga gol Perak II, Muhammad Farhan Abdul Majid.

Perak II yang cuba bangkit bagaimanapun gagal mencari peluang menyamakan gol apabila kedudukan 1-0 kekal hingga babak pertama berakhir.

Bermula babak kedua, KUFC terus memburu kemenangan apabila gol kedua dijaringkan pemain, Mohd Amirul Shafik Che Soh pada minit ke-50.

Selang lapan minit kemudian, Perak yang mengatasi 'abang' KUFC, Kelantan FC minggu lalu bangkit dengan jaringan gol pertama pelawat menerusi Muhammad Aliff Zikri Zaini Anuar.

Namun kemenangan terus berpihak kepada KUFC sekali gus membawa senyuman kepada pengendalinya, Akira Higashiyama yang berjaya mengumpul tiga mata berharga buat kali kedua berturut-turut.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 8:46 PM

Arsenal benam Spurs, United menang tipis

MyMetroArena



AFP

London: Arsenal berjaya bangkit selepas dimalukan dengan gol pembukaan Erik Lamela melalui sepakan 'rabona' untuk menumpaskan Tottenham 2-1 yang beraksi dengan 10 pemain.

Lamela meledak salah satu daripada gol terhebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) melalui rembatan kaki bersilang pada separuh masa pertama di Stadium Emirates.

Bagaimanapun, penyerang Tottenham itu bertukar dari wira kepada pemusnah apabila diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua.

Martin Odegaard menyamakan kedudukan sebelum separuh masa pertama berakhir dan Alexandre Lacazette mengesahkan tiga mata buat pasukan tuan rumah melalui sepakan penalti pada separuh masa kedua.

PEMAIN tengah Scott McTominay (tengah) berlari membawa bola ketika aksi dengan West Ham pagi tadi. FOTO AFP

Sementara itu, Manchester United memperkukuhkan kedudukannya untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan selepas gol sendiri Craig Dawson membolehkan anak buah Ole Gunnar Solskjaer mencatat kemenangan 1-0 ke atas West Ham.

Kemenangan itu membolehkan United memintas Leicester untuk kedudukan kedua di EPL dan merapatkan jurang 14 mata dengan pendahulu, Manchester City

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 8:13 AM

Luqman Hakim teruja sertai kem latihan Harimau Malaya

| | 14 Mac 2021




Luqman Hakim mendapat pelepasan KV Kortrijk untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya.
PEMAIN muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin cukup teruja dan bermotivasi apabila dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan pertama bermula 22 hingga 30 Mac ini, kata ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.
Beliau berkata, pemain berusia 19 tahun itu berada pada tahap baik dengan keyakinan diri berbekalkan latihan dan pengalaman bersama beraksi bersama kelab Liga Belgium, KV Kortrijk.
“Memang kita sudah lama merancang untuk memanggilnya ke latihan skuad kebangsaan dan ini merupakan masa yang sesuai, selain kelab pun bersetuju untuk melepaskannya.
“Namun, kita tidak mahu memberikan tekanan kepadanya kerana kali pertama menyertai skuad senior,” katanya yang akan mengumpulkan pemain selepas lebih setahun sebagai persediaan ke kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun ini.
Menerusi entri Facebook KV Kortrijk semalam, foto penyerang berbisa skuad Bawah-19 tahun negara berkenaan kelihatan dengan beg pakaiannya bersedia untuk pulang ke tanah air buat kali pertama sejak menyertai kelab tersebut pada Ogos lalu.
Sementara itu, Cheng Hoe berkata, pemain naturalisasi baharu, Guilherme De Paula juga bakal dipanggil ke kem tersebut manakala keputusan mengenai bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Liridon Krasniqi yang kini dipinjamkan ke kelab Australia, Newcastle Jets, perlu dikaji semula kerana beberapa kekangan seperti kuarantin.
Beliau berkata, senarai pemain yang dipanggil ke kem latihan yang akan diadakan dalam norma baharu di sebalik perjuangan menentang pandemik COVID-19 itu, akan diumumkan dalam masa beberapa hari lagi.
Pengendali berusia 52 tahun dari Kedah itu, turut mahu melihat status kecederaan pemain seperti Muhammad Safawi Rasid (JDT) dan Brendan Gan (Selangor FC) sebelum membuat keputusan.
“Pemain baru mula beraksi dalam tiga perlawanan Liga Malaysia selepas sekian lama dan ada yang cedera. Jadi saya akan buat keputusan dalam masa satu atau dua hari lagi.
“Selepas lebih setahun sejak kem latihan, fokusnya adalah untuk mendapatkan semula teknik dan rentak permainan. Kita perlu menggilap kembali kemahiran, berusaha dengan gigih dan mendapatkan semula rentak pasukan.
“Pada masa sama, kami tidak boleh memberi tekanan yang banyak kepada pemain kerana mereka baru sahaja memulakan liga...akan beraksi hanya lima perlawanan sebelum menyertai kem latihan,” katanya.
Skuad Harimau Malaya dijadualkan menyambung balik aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia itu, yang terganggu lebih setahun akibat Covid-19 menentang UAE pada 3 Jun, diikuti aksi menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).
Malaysia berada di landasan terbaik untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 apabila berada di kedudukan kedua Kumpulan G dengan sembilan mata selepas lima perlawanan. - Bernama
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/128429/BERITA/Sukan/Luqman-Hakim-teruja-sertai-kem-latihan-Harimau-Malaya© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Luqman Hakim teruja sertai latihan skuad Harimau Malaya

Mac 14, 2021 @ 10:43pm



Pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin.

KUALA LUMPUR: Pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin cukup teruja dan bermotivasi apabila dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan pertama bermula 22 hingga 30 Mac ini, kata ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Katanya, pemain berusia 19 tahun itu berada pada tahap baik dengan keyakinan diri berbekalkan latihan dan pengalaman bersama beraksi bersama kelab Liga Belgium, KV Kortrijk.

"Memang kita sudah lama merancang untuk memanggilnya ke latihan skuad kebangsaan dan ini merupakan masa yang sesuai, selain kelab pun bersetuju untuk melepaskannya.

"Namun, kita tidak mahu memberikan tekanan kepadanya kerana kali pertama menyertai skuad senior," katanya yang akan mengumpulkan pemain selepas lebih setahun sebagai persediaan ke kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun ini.

Menerusi entri Facebook KV Kortrijk semalam, foto penyerang berbisa skuad Bawah-19 tahun negara berkenaan kelihatan dengan beg pakaiannya bersedia untuk pulang ke tanah air buat kali pertama sejak menyertai kelab tersebut pada Ogos lalu.

Sementara itu, Cheng Hoe berkata pemain naturalisasi baharu Guilherme De Paula juga bakal dipanggil ke kem tersebut, manakala keputusan mengenai pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Liridon Krasniqi yang kini dipinjamkan ke kelab Australia, Newcastle Jets, perlu dikaji semula kerana beberapa kekangan seperti kuarantin.

Katanya, senarai pemain yang dipanggil ke kem latihan, yang akan diadakan dalam norma baharu di sebalik perjuangan menentang pandemik COVID-19 itu, akan diumumkan dalam masa beberapa hari lagi.

Pengendali berusia 52 tahun dari Kedah itu, turut mahu melihat status kecederaan pemain seperti Muhammad Safawi Rasid (JDT) dan Brendan Gan (Selangor FC) sebelum membuat keputusan.

"Pemain baru mula beraksi dalam tiga perlawanan Liga Malaysia selepas sekian lama dan ada yang cedera. Jadi saya akan buat keputusan dalam masa satu atau dua hari lagi.

"Selepas lebih setahun sejak kem latihan, fokusnya adalah untuk mendapatkan semula teknik dan rentak permainan. Kita perlu menggilap kembali kemahiran, berusaha dengan gigih dan mendapatkan semula rentak pasukan.

"Pada masa sama, kami tidak boleh memberi tekanan yang banyak kepada pemain kerana mereka baru sahaja memulakan liga...akan beraksi hanya lima perlawanan sebelum menyertai kem latihan," katanya.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan menyambung balik aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia, yang terganggu lebih setahun akibat COVID-19, menentang UAE pada 3 Jun, diikuti aksi menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

Malaysia berada di landasan terbaik untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 apabila berada di kedudukan kedua Kumpulan G dengan sembilan mata selepas lima perlawanan.

- BERNAMA-SUMBER SUKAN BH ONLINE

KEPUTUSAN PENUH UiTM 0-4 JDT.

OLEH-AHMAD YAAK0B



PERAK FC 0-1 TERENGGANU FC

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB