Ad

Wednesday, 2 July 2014

Lukaku tukar rentak Belgium

Salvador (Brazil): Penyerang Chelsea, Romelu Lukaku, bantu Kevin De Bryune memperoleh gol pembukaan sebelum menyumbat gol kemenangan bagi membantu Belgium ke suku akhir, di Arena Fonte Nova, pagi ini.

Kemenangan 2-1 ke atas USA itu menyaksikan Beligum akan bertemu Argentina dalam saingan suku akhir, pada Ahad, 6 Julai, 12 tengah malam.
  Foto
Lukaku, yang masuk menggantikan Origi, memperoleh gol kedua pada minit ke-105, selepas menerima hantaran dalam kawasan penalti daripada De Bryune.

Belgium memperoleh gol yang dicari menerusi De Bruyne selepas memperoleh bola daripada Lukaku, pada minit k-93. 
Bagaimanapun, Belgium tersentak sedikit apabila pemain muda USA, Julian Green berjaya mencari ruang di kawasan penalti Belgium untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-107.


USA yang dilatih bekas pemain antarabangsa Jerman, Jurgen Klinsmann memperoleh peluang terbaik pada minit ke-90, tetapi dipersiakan Wondolowski yang menendang bola melepasi palang Belgium.

Babak pertama dan kedua perlawanan menyaksikan USA menguasai kira-kira 51 peratus perlawanan tetapi hanya mempunyai tiga peluang keemasan untuk mencipta jaringan.

Belgium yang kian memberikan tekanan pada babak kedua memperoleh sekurang-kurangnya sembilan peluang keemasan untuk mendahului USA.

Belgium memperoleh peluang pertama menerusi Origi tetapi rembatan kemas yang dilakkan pemain itu turut ditampan dengan baik oleh Tim Howard.

Selain penjaga gol Everton menampan kemas rembatan Origi, aksi mendebarkan babak pertama adalah menerusi Dempsey yang melakukan rembatan rendah tetapi diselamatkan Courtois.

Perlawanan terganggu seketika apabila lelaki lari masuk ke padang sebelum ditahan pengawal keselamatan.

Sebelum dibawa keluar dari padang, lelaki itu sempat menunjukkan baju-t yang dipakainnya yang tertera ’Save Favelas children’ dan sempat berjabat tangan dengan pemain Belgium, Eden Hazard dan Kevin de Bruyne.

Belgium melakukan enam pertukaran apabila memasukkan Kompany, Witsel, De Bruyne, Hazard dan Origi.

USA pula melakukan dua pertukaran berbanding pertemuan mereka dengan Jerman, apabila menyenaraikan Bedoya dan Cameron menggantikan Davis serta Beckerman.

BELGIUM: Thibaut Courtois; Toby Alderweireld, Daniel Van Buyten, Vincent Kompany, Jan Vertonghen; Axel Witsel, Marouane Fellaini, Kevin De Bruyne, Dries Mertens; Divock Origi (Rumelu Lukaku), Eden Hazard.

USA: Tim Howard; Fabian Johnson, Omar Gonzalez, Matt Besler, DaMarcus Beasley; Geoff Cameron, Jermaine Jones, Alejandro Bedoya (Wesley Green), Michael Bradley, Graham Zusi; Clint Dempsey.

PENGADIL: Djamel Haimoudi (Algeria) Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

JDT II, T-Team lengkapi slot ke Piala Malaysia

 
Pemain JDT ll, Mohd Zaquan Adha, (kiri), dihalang pemain Selangor PKNS, Helmi Remeli, ketika beraksi pada perlawanan playoff bagi melayakkan diri ke Piala Malaysia di Stadium Perbandaran Selayang, semalam. - UTUSAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN
SELAYANG - Pasukan Liga Perdana, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) melakar kejutan apabila menyingkirkan PKNS yang terpaksa beraksi dengan sembilan pemain pada saingan playoff Piala Malaysia di Stadium Selayang, semalam.

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak, dan Mohd. Akmal Ishak menjadi watak penting kepada kemenangan JDT II dengan dua jaringan masing-masing pada setiap separuh masa, sementara gol tunggal PKNS disumbangkan Karlo Primorac

PKNS terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-43 selepas Shahurain A. Samah menerima kad kuning kedua apabila mengasari pemain import JDT II, Jose Manuel Carrasco.

Menerusi kelebihan seorang pemain yang ada pada JDT II, Mohd. Zaquan Adha akhirnya meletakkan JDT II di hadapan pada penghujung separuh masa pertama selepas bijak memanfaatkan kedudukan kelam kabut di hadapan kotak penalti PKNS.

Babak kedua menyaksikan pemain gantian, Mohd. Akmal Ishak meledakkan gol kedua buat JDT II menerusi serangan balas pada minit ke-63.

Tersentak dengan dua jaringan JDT II, PKNS cuba bangkit mengejar dengan jaringan daripada pemain import, Karlo Primorac pada minit ke-74 yang bijak memperdayakan penjaga gol, Mohd Anis Faron.

Ketika PKNS FC cuba mendapatkan gol penyamaan, mereka sekali lagi kehilangan seorang pemain apabila Muhamad Zulhariz Mohd. Noor dilayangkan kad merah ekoran menerjah keras ke atas pihak lawan, Mohd. Zaquan Adha pada minit ke-79.

Di Stadium Shah Alam, T-Team memenuhi ramalan apabila menang 1-0 ke atas Negeri Sembilan melalui jaringan tunggal Ramzul Zahini Adnan pada minit ke-42.

Dalam permainan yang banyak dikuasai oleh T-Team, Leandro Dos Santos terlebih dahulu menguji gawang Negeri Sembilan pada minit ke-35 dari luar kotak penalti yang sedikit tersasar ke kanan.

Jaringan The Titans terhasil melalui tendangan deras daripada Jimmy Mulisa yang gagal ditangkap kemas penjaga gol, Mohamad Yatim Abdullah sebelum ditolak masuk oleh Ramzul.

Dua minit kemudian, Negeri Sembilan berpeluang menyamakan kedudukan, namun sepakan percuma cantik oleh Ivan Basic ditolak keluar penjaga gol T-Team, Wan Azrai Wan Teh.

RUJUKAN-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140629/su_04/JDT-II-T-Team-lengkapi-slot-ke-Piala-Malaysia#ixzz36J5MqLK5 © Utusan Melayu (M) Bhd

FAM bertindak tepat lantik Dollah bimbing Harimau Malaya

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
sukan@utusan.com.my
 
Khairy Jamaluddin (barisan kedua, tiga dari kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Jamil Salleh (lima dari kiri), Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkeples Embong (dua dari kiri) dan Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama pasukan Piala Thomas negara pada majlis panyampaian Shakam dan berbuka puasa bersama atlet negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI
KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan tahniah sambil menaruh harapan tinggi kepada Dollah Salleh atas pelantikannya sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak negara pada 28 Jun lalu.

Beliau turut bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai pelantikan itu, sekali gus menolak khidmat jurulatih asing yang dianggapnya tidak berbaloi dengan kemampuan pemain negara sedia ada.

"Kalau itulah keputusan FAM, saya ucapkan tahniah buat Dollah dan menaruh harapan tinggi kepada beliau.

"Saya setuju FAM lantik jurulatih tempatan dan tidak berapa setuju kalau cari jurulatih luar negara sebab saya rasa tidak berbaloi dengan skuad kebangsaan yang sedia ada.

"Memadailah kita gunakan khidmat jurulatih tempatan dan beliau akhirnya boleh buat persiapan rapi untuk menghadapi Kejohanan AFF (November ini)," katanya selepas majlis penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada skuad naib juara badminton Piala Thomas di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil semalam.

Skuad Piala Thomas yang dibarisi oleh Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Liew Darren, Goh Soon Huat, Tan Boon Heong, Hoon Thien How, Tan Wee Kiong, Goh V Shem, Lim Khim Wah dan Chang Peng Soon menerima ganjaran Shakam sebanyak RM8,000 seorang atau keseluruhannya, RM80,000.

Bagi barisan jurulatih, Rashid Sidek, Tey Seu Bock, Pang Cheh Chang dan Jeremy Gan, mereka menikmati RM16,000 di bawah Skim Galakan Jurulatih (SGAR) dan RM8,000 buat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di bawah Skim Kecemerlangan Pengurusan Sukan (Sikap).

"Walaupun naib juara, kita tidak lupa untuk berikan insentif dengan harapan mereka dapat melakukan yang lebih baik dalam Sukan Komanwel Glasgow (akhir bulan ini) dan Sukan Asia Incheon (September)," kata Khairy.

Sementara itu, ketua jurulatih negara, Rashid berkata, mereka akan cuba memenangi empat pingat emas Sukan Komanwel untuk mengatasi sasaran dua emas oleh MSN iaitu menerusi perseorangan lelaki (Chong Wei) dan berpasukan campuran.

"Memang saya tahu sukar dapatkan empat emas malah MSN cuma sasar dua emas tetapi kalau boleh, nak lebih daripada itu termasuk menerusi beregu lelaki dan beregu campuran," katanya.

Bagi Sukan Asia katanya, persaingan di Incheon bakal mirip Piala Thomas dengan kehadiran Indonesia, Jepun, China dan Korea Selatan.

"Saingan ini memang yang pa-ling sengit dan macam main Piala Thomas. Sebelum ini (Guangzhou 2010) kita juga kalah suku akhir berpasukan dan Chong Wei hanya dapat perak individu," katanya.
RUJUKAN-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140702/su_02/FAM-bertindak-tepat-lantik-Dollah-bimbing-Harimau-Malaya#ixzz36Il7OqDv © Utusan Melayu (M) 

'Tunggu FAM, PDRM bincang'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
DOLLAH Salleh mengakui beliau masih menunggu keputusan rasmi mengenai status sebenarnya selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh terdekat.

Bekas jurulatih Pahang dan Selangor itu memberitahu, beliau dipilih oleh FAM sebagai pengganti kepada Datuk K. Rajagobal yang tidak disambung kontrak pada Disember lalu, telah bersedia untuk memberikan fokus kepada tugasannya terbaharunya.

Begitupun, Dollah tidak dapat memberikan jawapan terperinci sebagaimana beliau sendiri mengakui pening menyaksikan situasinya biarpun telah bersedia untuk membimbing skuad kebangsaan.

“Ikut kiri salah. Ikut kanan pun salah. Mungkin itulah nasib saya buat masa ini.

“Saya tidak boleh berikan jawapan lebih tepat kerana saya sendiri masih menunggu kata putus dari FAM dan PDRM.

“FAM tengah berusaha bersama PDRM dan FAM kena buat sesuatu kerana mereka telah menarik saya pada waktu ini.

“Ini kerana saya masih ada baki kontrak bersama PDRM dan seperti yang saya katakan, FAM akan mencari jalan yang terbaik untuk mencari penyelesaian positif,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sabtu lalu, Dollah telah dipilih sebagai jurulatih baharu Harimau Malaya selepas FAM mempertaruhkan kredibiliti Dollah sebagai salah seorang jurulatih tempatan yang berjaya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, FAM telah mengubah pendirian untuk melantik jurulatih tempat sebagai pengendali baharu Harimau Malaya.

Pemilihan Dollah berjaya mengetepikan calon-calon import yang turut dikatakan berminat dengan jurulatih kebangsaan, antaranya, Gert Engels, lan John Harris (England), Hatem Souissi (Tunisia) dan seorang lagi warga Perancis, Claude Le Roy.

Dalam perkembangan sama, Dollah menyifatkan beliau telah bersedia untuk memberikan perhatian kepada skuad kebangsaan dengan melepaskan skuad Sang Saka Biru yang bakal beraksi dalam Piala Malaysia bermula 12 Ogos depan.

“Saya tidak boleh memimpin dua pasukan dalam satu masa yang sama. Saya percaya FAM dan PDRM akan membuat satu keputusan yang lebih baik.

“Jika saya dah mendapat pengesahan secara rasmi, saya hanya fokus satu pasukan sahaja,” katanya.

RUJUKAN-KOSMO ONLINE 2.7.2014

Tuesday, 1 July 2014

Piala Dunia: Penentuan AS, Belgium diheret ke masa tambahan –Belgium 2-0 Amerika


2014/07/02 - 06:01:26 AM Cetak Emel Kawan
SALVADOR: Perlawanan pusingan kedua antara Amerika Syarikat dan Belgium diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan seri 0-0 selepas 90 minit permainan di Arena Fonte Nova, sebentar tadi.

Walau pun buntu jaringan namun aksi menyerang antara kedua-dua pasukan tidak putus-putus dan perlawanan ini boleh dianggap terbaik dan yang menghiburkan tontonan global setakat ini. Penjaga gol AS, Tim Howard dan rakan sejawatannya dari Belgium, Thibaut Courtois turut menjelmakan persembahan bertaraf dunia.

Sumber- BH online dan Astro Arena.

Argentina tewaskan Switzerland selepas masa tambahan


SAO PAULO 2 Julai - Jaringan Angel Di Maria, dua minit sebelum tamat permainan masa tambahan membawa Argentina melangkah ke suku akhir Piala Dunia selepas menumpaskan Switzerland 1-0, sebentar tadi.

Switzerland, pilihan keenam kejohanan berpeluang melakar kejutan selepas melakukan beberapa percubaan menerusi Granit Xhaka dan Josip Drmic pada babak pertama, namun pada akhirnya Argentina memastikan tiket suku akhir tetap milik pasukan gergasi.

Penyerang Barcelona, Lionel Messi melepasi kawalan pertahanan lawan, sebelum melakukan hantaran cantik yang disudahkan oleh Di Maria untuk memastikan kemaraan bekas juara Piala Dunia itu.

Argentina kini akan berdepan pemenang di antara Belgium atau Amerika Syarikat yang berentap dalam satu lagi perlawanan pada jam 4 pagi ini. - AGENSI
Sumber-

ArtikelPenuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140702/sl_14/Argentina-tewaskan-Switzerland-selepas-masa-tambahan#ixzz36Ftpu5nd © Utusan Melayu (M) Bhd

Jerman cemas sebelum ke suku akhir

PORTO ALEGRE, Brazil 1 Julai - Juara tiga kali, Jerman diheret dalam permainan masa tambahan dan dipaksa berhempas pulas sebelum melangkah ke suku akhir Piala Dunia dengan menyingkirkan Algeria 2-1, sebentar tadi.

Pemain gantian, Andre Schuerrle menjadi inspirasi Jerman apabila membuka jaringan pasukannya pada minit ke-92, sebelum Mezut Ozil menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-120.

Walaupun ketinggalan dua gol ketika wisel penamat hampir ditiupkan, Algeria tetap menunjukkan semangat juang tinggi dengan merapatkan kedudukan 2-1 menerusi Abdelmoumene Djabou, seminit memasuki waktu kecederaan masa tambahan.

Namun begitu, kebangkitan yang cuba dilakukan oleh wakil Afrika itu sudah terlalu lewat dan mereka akhirnya tersingkir dengan penuh bermaruah.

Jerman kini bakal berdepan satu lagi gergasi Eropah, Perancis pada suku akhir di Rio de Janeiro, Sabtu ini. - AGENSI

SUMBER-Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140701/sl_18/Jerman-cemas-sebelum-ke-suku-akhir#ixzz36DHWOpde © Utusan Melayu (M) Bhd