Ad

Friday, 9 August 2019

Malaysia juara B-15 AFF di Thailand


BARISAN skuad B-15 negara. - Foto ihsan Facebook Football Association Malaysia
Malaysia juara B-15 AFF di Thailand
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Rentak cemerlang skuad muda negara berakhir dengan nota gembira apabila berjaya menjulang trofi Kejuaraan B-15 (Persekutuan Bolasepak ASEAN) selepas menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Kampus, Chonburi, sebentar tadi.

Sekali pun tuan rumah terlebih dulu berada di depan, semangat yang ditunjukkan oleh anak buah P Maniam terutamanya di babak kedua wajar dipuji hingga pamer kebangkitan luar biasa untuk mengesahkan kemenangan.

Pada perlawanan itu, Muhammad Izrin Ibrahim mencetuskan kebangkitan ketika meledak gol penyamaan sebelum Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin tampil dengan jaringan kemenangan untuk memastikan kejuaraan kali kedua selepas melakukannya pada 2013.

Terdahulu, Thailand yang beraksi di depan penyokong sendiri jelas bertenaga dan akhirnya berjaya membuka jaringan menerusi Theekawin Chansri pada minit ke-16.

Bersambung babak kedua, skuad muda negara tampil dengan aksi lebih agresif yang menyaksikan lawan mereka terpaksa bekerja keras mengekang serangan pemain negara.

Hasilnya, minit ke-69, Muhammad Izrin mempamerkan aksi lincah melepasi tiga pertahan lawan sebelum melakukan rembatan leret dari luar kotak penalti untuk kembali menyamakan kedudukan.

Pada minit ke-79, Malaysia memiliki kelebihan apabila Phukphum Kunkungmee diarahkan keluar padang dan skuad negara hanya perlu menunggu seminit untuk memperoleh gol kemenangan menerusi Muhammad Nabil.

Dua minit selepas itu, situasi tegang apabila berlaku pergaduhan pemain kedua-dua pasukan namun ia pantas dihentikan sekali gus memastikan kemenangan buat Malaysia
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 9 Ogos 2019 | 9:08pm

RON97 turun lima sen, RON95 dan diesel kekal


Jumaat, 9 Ogos 2019 | 6:29pm
Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bh.com.my
 
PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun lima sen seliter iaitu daripada RM2.54 kepada RM2.49, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter berkuat kuasa jam 12 tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga runcit produk petroleum itu bagi tempoh 10 hingga 16 Ogos adalah berdasarkan penepatan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama masing-masing sepatutnya RM2.19 dan RM2.28 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lalu yang mana harga runcit petrol RON95 berada pada paras RM2.24 seliter dan diesel pada RM2.33 seliter,” katanya.

Bagaimanapun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter, selaras keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Selain itu, menurut kenyataan itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 10 hingga 16 Ogos berjumlah ialah RM59.28 juta.
SUMBER BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 9 Ogos 2019 | 6:29pm

Thursday, 8 August 2019

TRAGEDI HIGHLAND TOWERS DISEMBER 1993.


(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 132)

Tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993. Sepanjang operasi menyelamat dari 11-22 Disember 1993 RTM dan TV3 bersiaran 24 jam. Seronok juga dapat melihat perbagai drama Melayu ketika itu sambil mengasuh anak setiap hari.

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.[1]
Highland Towers terdiri daripada tiga blok 12 tingkat, dibina secara berperingkat antara tahun 1974 dan 1982 di pangkalan barat bukit curam curam yang kemudiannya teres meluas pada awal 1980an. Setiap blok telah masing-masing bernama:

Blok 1 (dibina 1977, paling selatan)
Blok 2 (dibina 1979, utara-barat laut blok 1, sedikit tinggi daripada dua yang lain, lebih dekat masuk ke bukit)
Blok 3 (dibina 1981, barat laut blok 1, barat blok 2).
Sebuah kolam renang terletak di antara barat laut Blok 2 dan timur laut belakang Blok 3. Blok 1 runtuh selepas 10 hari hujan berterusan membawa kepada tanah runtuh selepas tembok penahan di belakang tempat letak kereta Menara gagal.

Menara-menara adalah rumah kepada keluarga kelas pertengahan mewah; peratusan besar penduduk adalah ekspatriat. Highland Towers terkenal pada 1980-an dan awal 1990-an untuk menjadi tempat yang popular untuk orang-orang kaya untuk menyembunyikan perempuan-perempuan simpanan mereka.
Angka kematian rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa adalah 48, walaupun sumber-sumber lain memberi nombor lebih besar daripada 55. Mangsa kebanyakannya rakyat Malaysia, dengan 12 warga asing (Britain, satu Jepun, 2 India, 2 Korea, 3 Filipina dan 3 Indonesia). Antara mangsa ialah Carlos Abdul Rashid (anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam) dan isterinya, Rosina Datuk Abu Bakar.[2]


[1]https://ms.wikipedia.org/wiki/Tragedi_Highland_Towers.
[2]https://ms.wikipedia.org/wiki/Tragedi_Highland_Towers.

Tonik baharu Harimau Malaya

| | 2 Ogos 2019


Baddrol Bakhtiar & J Partiban
PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sedia membuka pintu kepada kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar dan pemain sayap lincah Perak, J Partiban mengikuti kem latihan pusat menjelang Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 5 dan 10 September depan.

Partiban yang terkenal dengan gelaran Kinta Express dalam kalangan penyokong The Bos Gaurus telah menampilkan prestasi cemerlang sepanjang saingan Liga Super musim ini sehingga berjaya memukau Cheng Hoe ketika aksi final Piala FA menentang Kedah di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu lalu.

“Ramai yang mengatakan Partiban bermain begitu baik dan saya juga nampak (aksi cemerlang Partiban). Bukan pada final Piala FA sahaja, malahan dalam liga (Liga Super) juga dia bermain agak konsisten,” kata Cheng Hoe.

Pada masa sama, Cheng Hoe tidak menolak kemungkinan untuk kembali menyenaraikan Baddrol bersama Harimau Malaya selepas kapten skuad Lang Merah itu diketepikan dalam beberapa tugasan antarabangsa.

“Bagi saya, Baddrol juga bermain dengan begitu baik. Setiap pemain yang berpotensi, tidak kira pemain muda atau senior, semua akan diberi peluang jika bersesuaian dengan (corak permainan) pasukan,” jelasnya.


SUMBERArtikel Penuhhttps://www.sinarharian.com.my/article/41050/BERITA/Sukan/Tonik-baharu-Harimau-Malaya© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Wednesday, 7 August 2019

Skuad B-15 gah mara ke final

MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
 
SKUAD muda negara terus mengekalkan rentak cemerlang apabila menempah tiket ke final Kejohanan B-15 AFF selepas menewaskan juara tiga kali Vietnam 3-1 dalam aksi separuh akhir di Chonburi, Thailand hari ini.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad kendalian P Maniam bakal bertemu sama ada Thailand atau Indonesia yang dijadual beraksi malam ini.

Pada perlawanan petang tadi menyaksikan Vietnam terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan menerusi Pham Van Phong pada minit 9.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad muda negara menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Nabil Qayyum selang lima minit kemudian.

Sebaik sepak mula separuh masa kedua, Nabil menjadi duri dalam daging kepada Vietnam apabila menyumbat gol kedua untuk kedudukan 2-1.

Skuad B-15 negara menutup peluang Vietnam untuk melangkah ke pentas final apabila Muhammad Aliff Izwan menyumbat gol ketiga pada minit 78.

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Malaysia berpeluang menjulang kejuaraan dengan hanya perlu menempuh satu lagi halangan yang akan berlangsung 9 Ogos nanti.

Untuk rekod, Malaysia pernah muncul juara kejohanan itu pada 2013 selepas menumpaskan Indonesia 3-2 menerusi penentuan penalti.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Ogos 2019 @ 7:19 PM

Tuesday, 6 August 2019

MU hilang kelibat Apek temu Pahang

Rabu, 17 Julai 2019 | 7:48pm
 
PENJAGA gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat. NSTP/Rasul Azli Samad
MU hilang kelibat Apek temu Pahang
Oleh Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
MELAKA: Melaka United (MU) terpaksa melupakan khidmat penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat ketika skuad itu berdepan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Selepas tidak dapat diturunkan ketika aksi bertemu PKNS FC pada perlawanan di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput semalam, kelibat penjaga gol kebangsaan itu sekali lagi tidak dapat disaksikan pada pertembungan di Kuantan.

Jurulatih MU, Zainal Abidin Hassan, berkata sekali pun ketiadaan Khairul Fahmi dirasai pasukan, dia berharap pemain yang diberi julukan Apex  segera sembuh daripada beberapa kecederaan yang dialami termasuk bahu dan tumit untuk kembali beraksi.

"Kami yakin dia akan dapat diturunkan pada saingan Piala Malaysia namun pengesahan berkaitan tahap kecederaannya akan diperoleh terlebih dulu daripada pegawai perubatan sebelum kembali beraksi.

"Apapun sedikit melegakan berikutan penggantinya Solehin Mamat bertindak cemerlang sepanjang 45 minit pertama ketika berdepan PKNS termasuk menangkis sekurang-kurangnya tiga percubaan bahaya pelawat.

"Pada babak kedua dia tidak banyak diuji cuma satu-satunya yang menghasilkan gol buat PKNS. Apapun semuanya amat positif buatnya yang pertama kali beraksi," kata Zainal.

Zainal berkata, ketiadaan Khairul Fahmi yang mengalami kecederaan ketika 10 minit terakhir berdepan PKNP dua minggu lalu dan ketika sesi latihan, seharusnya digunakan Solehin dan penjaga gol lain untuk meningkatkan keyakinan terutama ketika diberi peluang kelak.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 17 Julai 2019 | 7:48pm

Apek yakin kemampuan Melaka

MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
 
PENJAGA gol utama Melaka, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) yakin skuad terbabit mampu melepasi saingan peringkat kumpulan D untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Selepas berjaya mengutip kemenangan 3-1 berdepan PDRM pada aksi pembukaan kelmarin dia melihat keyakinan tinggi rakan sepasukan dan komitmen untuk membantu kejayaan MU amat memberangsangkan bagi meneruskan rentak kecemerlangan terbabit.

Katanya, mata maksimum berkenaan jelas penting dalam membina keyakinan dan motivasi pemain untuk berdepan ujian getir bertemu Selangor pada aksi kedua Khamis ini di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.

Menurutnya, apa yang menarik kebangkitan selepas ketinggalan kepada PDRM adalah tonik berharga untuk mendepani cabaran The Red Giants yang juga juara 33 kali piala berprestij berkenaan.

“Apapun masih terlalu awal untuk meramalkan kedudukan pasukan apa yang penting fokus pada setiap perlawanan bagi memastikan setiap keputusan memihak kepada skuad Hang Tuah.

“Saya mengharapkan kecederaan pulih segera bagi membantu pasukan bersaing di pentas Piala Malaysia musim ini," katanya.

Bekas pemain Kelantan itu terlepas tiga perlawanan setakat ini termasuk dua aksi Liga Super serta berdepan The Cops, kelmarin.

Malah dia kemungkinan besar terlepas aksi bertemu Selangor, namun keputusan akhir hanya diketahui menjelang pertemuan berkenaan.

Jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan sedikit lega berikutan Khairul sudah diberi kebenaran pegawai perubatan untuk menjalani latihan selepas lebih tiga minggu berehat.

Beliau berkata, dia mengharapkan kecederaan tendon penjaga gawang berpengalaman itu pulih sepenuhnya dan cergas untuk diturunkan.

Namun dia hanya menurunkan pemain terbabit sekiranya tidak menjejaskan tahap kecederaannya yang dibimbangi boleh menjadi lebih serius.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Ogos 2019 @ 5:02 PM