Ad

Wednesday, 24 July 2019

Baddrol idam gelaran keempat

 BADDROL BAKHTIAR (depan) bersama rakan sepasukan menjalani latihan
BADDROL BAKHTIAR (depan) bersama rakan sepasukan menjalani latihan di Stadium Darul Aman semalam menjelang perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Perak Sabtu ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
24 Julai 2019 9:28 PM
KUALA LUMPUR - Selepas membantu Kedah merangkul gelaran Piala FA sebanyak tiga kali sebelum ini, kapten Baddrol Bakhtiar mengintai peluang untuk melakukan buat kali keempat pula apabila Lang Merah turun menentang Perak dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pemain kebangsaan itu yang meraih trofi Piala FA bersama Kedah pada 2007, 2008 dan 2017 menjangkakan saingan sengit bakal ditampilkan Bos Gaurus yang kali terakhir mendakap Piala FA pada 2004.


Pemain tengah skuad Lang Merah itu pada masa sama turut mengakui, aksi kali ini agak istimewa kerana melibatkan dua wakil utara selepas edisi 2007 yang menyaksikan Kedah mengatasi Perlis 4-2 menerusi sepakan penalti pada aksi final di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

“Persediaan kami berjalan seperti biasa dan saya berharap rakan sepasukan dapat teruskan momentum cemerlang dalam saingan Liga Super ke final Piala FA dan saya harapkan keputusan positif pada kali ini,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Dalam pada itu, Baddrol mengakui undian mudah yang diterima Kedah dalam saingan Piala Malaysia 2019 yang bermula awal bulan depan, dapat dijadikan dorongan untuk memburu keputusan positif kali ini.

Baddrol bagaimanapun, mengingatkan rakan sepasukan untuk tidak memandang rendah keupayaan tiga pasukan lain dalam kumpulan A iaitu Terengganu FC, PKNS FC dan Negeri Sembilan yang turut mempunyai peluang sama rata.

“Apabila diletakkan sebagai pasukan pilihan dalam kumpulan A, ia sedikit sebanyak memberi satu motivasi kepada saya dan rakan sepasukan, dan kami seharusnya tidak mengambil mudah saingan sengit daripada tiga pasukan ini,” jelas Baddrol.

Pada aksi separuh akhir, Perak menewaskan Pahang dengan aggregat 4-3, manakala Kedah mengatasi Felda United menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas terikat 3-3. – BERNAMA
SUMBER-UTUSAN ONLINE 24 Julai 2019 9:28 PM

Tuah jemaah berusia 101 tahun

 SYED Saleh Syed Abd. Rahman (kiri),  Sheikh Hisham Damanhouri
SYED Saleh Syed Abd. Rahman (kiri), Sheikh Hisham Damanhouri (dua dari kiri, belakang), Sheikh Mohamad Amin Andaqiri (tiga dari kiri belakang) bersama jemaah tertua, Abdul Gapak Mahmud dan isterinya, Siti Mainmun Hassan pada majlis memotong kek sempena sambutan harijadi Abdul Gapak di bangunan Abraj Al-Janadriyah, semalam. - UTUSAN ONLINE
Mohd. Ridzwan Iman

22 Julai 2019 4:37 PM

MEKAH 22 Julai - Siapa tidak terkejut. Seorang nelayan dari sebuah kampung di Kudat, Sabah, tiba-tiba diberi layanan seperti tetamu kenamaan sebaik sahaja menjejak kaki ke tanah suci, Mekah Al Mukaramah.

“Kami disambut macam Tun Dr. Mahathir Mohamad pula,” kata Siti Maimun Hassan, 60, isteri kepada jemaah tertua dari Malaysia, Abdul Gapak Mahmud, yang berumur 101 tahun.

Selepas diberi sambutan sebaik tiba di sini kelmarin dan kemudiannya diiringi petugas Tabung Haji dan Muassasah Asia Tenggara ke Masjidilharam untuk menyelesaikan umrah, satu lagi sambutan diberikan kepada pasangan jemaah itu.


Semalam, pihak Muassasah telah mengadakan majlis khas memotong kek sempena sambutan harijadi untuk Abdul Gapak yang dilahirkan pada 3 Julai 1918.

Ketua Muassasah Asia Tenggara, Sheikh Mohamad Amin Hassan Andaqiri berkata, sambutan diberikan kepada Abdul Gapak kerana mereka begitu berbangga berpeluang melayan jemaah berusia melebihi 100 tahun.

Katanya, kerajaan dan rakyat Arab Saudi sememangnya sangat menghargai warga tua dan berharap mereka berada dalam keadaan sihat sehingga selesai menunaikan ibadat haji.

“Dia seperti bapa kepada kita semua, setakat ini Abdul Gapak merupakan jemaah tertua dalam kalangan jemaah haji Asia Tenggara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis itu yang diadakan di Maktab 79, Abraj Al-Janadriyah di sini.

Turut hadir Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd. Rahman dan Ketua Maktab 79, Sheikh Hisham Damanhouri.

Syed Saleh berkata, sejak tiba, pemeriksaan doktor mendapati keadaan kesihatan Abdul Gapak dalam keadaan baik.

Abdul Gapak yang pertama kali menunaikan haji melahirkan rasa syukur dengan sambutan dan layanan yang diberikan oleh pihak Muassasah dan Tabung Haji.

“Mana ada orang tua datang buat haji disambut begini,” katanya sambil berseloroh.

Dia juga berkata, mungkin tuah isteri keduanya menguatkan semangat dan kesihatannya untuk menunaikan haji di usia tua, selepas kematian isteri pertama.

Ditanya rahsia kekal sihat, Abdul Gapak berkata, tiada apa-apa rahsia diamalkannya tetapi hanya makan nasi dengan ikan, ayam dan daging yang tidak digoreng serta tidak menggemari sayur.SUMBER - UTUSAN ONLINE 22 Julai 2019 4:37 PM

Tuesday, 23 July 2019

JULAI 1973 BANGUNAN ASAL SMK JENGKA 2 SIAP DIBINA [SIRI 5]

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
 Pada bulan Julai 1973 bangunan Sekolah Menengah LKTP Jengka 2 telah siap dibina. Oleh itu 87 orang pelajar telah dipindahkan ke bangunan baru ini.Bangunan baru ini terdi dari Blok A, Blok B, Kantin Sekolah dan sebuah Bengkel Seni Perusahaan. Pada tahun 1973 SMK LKTP Jengka 2 mempunyai 13 buah Bilik Darjah, dua buah Bilik Makmal Sains, dua buah Bilik Sains Rumah Tangga, Dua Buah Bilik seni Perusahaan, sebuah Bilik Perpustakaan san sebuah Kantin.[1]











[1] Majalah Jata 1979,14.

SULTAN ABDULLAH MENANDATANGANI PENGISYTIHARAN MEMBERI KUASA MEMUNGUT CUKAI KEPADA RESIDEN


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada hari ini 24.07.1874, Sultan Abdullah yang dilantik menjadi Sultan Perak berikutan dengan pengisytiharan memberi kuasa memungut cukai kepada Residen. Pengisytiharan ini telah diketepikan buat beberapa waktu kerana keengganan baginda menandatanganinya akibat daripada perlantikan dan perselisihan yang berlaku dengan J.W.W. Birch iaitu Residen Inggeris yang pertama di Perak. Kedatangan Birch di Perak sebagai Residen Inggeris tidak menyenangkan hati Sultan Abdullah dan Pembesar-pembesar Negeri kerana sikap dan tindakannya yang dianggap melampau batas. Perselisihan Sultan Abdullah dengan Birch menjadi rumit apabila Birch tidak bersetuju dengan tindakan Sultan Abdullah memajakkan kuasa memungut cukai di Muara Sungai Perak kepada seorang saudagar Cina. Birch berpendapat kuasa memungut cukai itu hendaklah diserahkan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik olehnya. Dalam bulan Februari dan Mac, Birch telah mendesak Sultan Abdullah supaya menandatangani pengisytiharan yang membolehkan beliau mengambil alih tugas-tugas memungut semua cukai. Sultan Abdullah dengan disokong oleh Laksamana dan Menteri Larut enggan menandatangani pengisytiharan tersebut. Sultan Abdullah telah bertindak menulis surat dan cuba menghantar wakil menemui Sir Andrew Clarke untuk meminta supaya Birch ditukarkan ataupun dihadkan kuasanya. Tetapi tindakan Sultan Abdullah itu telah gagal. Satu lagi perselisihan antara Sultan Abdullah dan Pembesar-pembesar Perak dengan Birch telah terjadi apabila Residen bertindak melindungi hamba abdi yang melarikan diri. Orang-orang besar menganggap perbuatan ini sebagai satu cabaran kepada hak turun temurun mereka. Sementara itu Birch sekali lagi meminta Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan berkaitan dengan kuasa memungut cukai tersebut dan Sultan diberi tempuh sehingga 20hb. Julai, untuk berbuat demikian kalau tidak jawatan baginda akan diturunkan. Memandangkan kepada ancaman ini, satu mesyuarat telah diadakan pada 21hb. Julai di Durian Sebatang dengan dihadiri oleh pembesar-pembesar Perak atau wakil-wakil mereka kecuali Raja Yusof. Hasil mesyuarat ini satu rancangan telah diatur untuk membunuh Birch yang dianggap telah merosakkan adat istiadat yang lama. Maharaja Lela sanggup menjalankan pembunuhan tersebut. Sultan Abdullah pula pada zahirnya akan menunjukkan perhubungannya yang biasa dengan Residen, dan bersetuju menandatangani pengisytiharan yang memberi kuasa memungut semua cukai kepada Residen. Dalam pada itu dengan cara sulit, Sultan Abdullah telah menghantar orang-orang baginda ke Pulau Pinang untuk membeli senjata bagi pemberontakan yang akan dijalankan. Akhirnya rancangan ini sampai ke puncaknya apabila Birch dibunuh dalam bulan November 1875 di Pasir Salak.[1]


[1]http://www2.arkib.gov.my/hids

SMK 2 MENUMPANG DI SK JENGKA 2

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka pada 1 januari 1973 di kawasan seluas 15 hektar dan merupakan sekolah menengah pertama di Wilayah Pembanggunan Jengka. Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 bermula dengan empat orang guru dan lapan puluh tujuh pelajar sahaja. Sekolah ini memulakan operasinya sehari selepas pengetua pertama iaitu Tuan Haji Ibrahim Haji Mohamad melaporkan diri pada 1 januari 1973. Menurut Haji Ibrahim ketika itu bangunan SMK Jengka 2 belum siap dibina sepenuhnya. Beliau diarahkan untuk untuk membuka kelas sementara di Sekolah Kebangsaan Jengka2. Dengan jasa baik Guru Besar Encik Ahmad Osman, dua buah kelas disediakan untuk SMK Jengka 2.[1]


[1]Temu ramah dengan Haji Ibrahim Mohamad pada 7.Ogos 2015.

NOVEMBER 1992 RAMBUT AWIE DAN AMY KENA GUNTING


(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 108)

Kenangan 8 November 1992 Rambut awie san Amr  Search kena gunting oleh Tok Mat.Walaupun sepanjang dua tahun ‘berdegil’ tidak mahu memendekkan rambut dan penampilan mereka diharamkan oleh kerajaan, Awie berkata, perkara itu tidak memutuskan rezeki mereka. Katanya, mereka masih mampu menjana pendapatan melalui undangan persembahan di fun fair dan pesta-pesta yang rata-ratanya dihadiri ribuan peminat.

Namun mengorbankan identiti bukan sesuatu yang mudah. Sisipan Mingguan Malaysia, Panca pada 8 November 1992 melaporkan, Amy dan Awie menangis selepas dipotong rambut pada upacara itu. Gambar mereka berpelukan sambil menangis yang dibidik jurugambar, Jefri Iran juga dipaparkan.

Wartawan terkenal, Juwie melaporkan, Amy berasa sedih kerana dia sudah 10 tahun membela rambut tersebut dan menganggap imej tersebut sebagai satu da­ripada perjuangan mereka selama terlibat dalam bidang seni.

Penampilan kedua-dua kumpulan itu selepas memotong rambut masih ada imej rock kerana syarat kerajaan ketika itu, rambut lelaki tidak boleh panjang melepasi paras bahu. Rambut mereka masih panjang dan muzik mereka masih pekat irama rock.

Cuma selepas peristiwa itu, populariti mereka tidak lagi sehebat dulu. Genre lain seperti balada juga sudah mula mendapat tempat di hati peminat. Di Barat pula, muzik hip hop perlahan-lahan mengumpul pengaruh.

Search dan Wings turut merasai kesuraman muzik rock sehingga Amy dan Awie masing-masing mula mengatur langkah membina kerjaya secara solo. Amy tampil dengan album solo pertamanya, Magic pada 1994 dengan imej botak manakala Awie juga menghasilkan album solo berjudul Awie pada tahun yang sama.[i]


[i] https://www.utusan.com.my/80-tahun-utusan/utusan-rakam-sejarah/rockers-menangis-rambut-dipotong-menteri-1.874451

Monday, 22 July 2019

PEMBUKAAN RASMI PUSAT LATIHAN HARIAN, KUANTAN 23.7.1965

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang berilmu dan kemahiran.  Sejak mencapai kemerdekaan, usaha-usaha sentiasa dijalankan bagi memberi pendidikan kepada penduduk di negara ini.

Pada hari ini, 23.7.1965, Menteri Pelajaran, YB Encik Mohd. Khir Johari telah merasmikan Pusat Latihan Harian Kuantan Pahang.

Di bawah Rancangan Lima Tahun Kedua (19610-1965) pelbagai kemudahan pelajaran telah disediakan di negeri Pahang.  Dalam tempoh tersebut sebanyak 133 buah sekolah baharu, 2 pusat latihan harian, 3 sekolah pelajaran teknik, 5 buah asrama dan 191 rumah guru telah didirikan.

Dengan penubuhan Pusat Latihan Harian ini, pelbagai kemahiran telah dapat diberikan kepada para penduduk dan ini telah membawa kepada wujudnya tenaga pekerja yang berkemahiran, berdikari dan berpengalaman dalam memenuhi kehendak negara.[1]


[1]http://www2.arkib.gov.my/hids