Ad

Tuesday, 1 July 2014

Argentina tewaskan Switzerland selepas masa tambahan


SAO PAULO 2 Julai - Jaringan Angel Di Maria, dua minit sebelum tamat permainan masa tambahan membawa Argentina melangkah ke suku akhir Piala Dunia selepas menumpaskan Switzerland 1-0, sebentar tadi.

Switzerland, pilihan keenam kejohanan berpeluang melakar kejutan selepas melakukan beberapa percubaan menerusi Granit Xhaka dan Josip Drmic pada babak pertama, namun pada akhirnya Argentina memastikan tiket suku akhir tetap milik pasukan gergasi.

Penyerang Barcelona, Lionel Messi melepasi kawalan pertahanan lawan, sebelum melakukan hantaran cantik yang disudahkan oleh Di Maria untuk memastikan kemaraan bekas juara Piala Dunia itu.

Argentina kini akan berdepan pemenang di antara Belgium atau Amerika Syarikat yang berentap dalam satu lagi perlawanan pada jam 4 pagi ini. - AGENSI
Sumber-

ArtikelPenuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140702/sl_14/Argentina-tewaskan-Switzerland-selepas-masa-tambahan#ixzz36Ftpu5nd © Utusan Melayu (M) Bhd

Jerman cemas sebelum ke suku akhir

PORTO ALEGRE, Brazil 1 Julai - Juara tiga kali, Jerman diheret dalam permainan masa tambahan dan dipaksa berhempas pulas sebelum melangkah ke suku akhir Piala Dunia dengan menyingkirkan Algeria 2-1, sebentar tadi.

Pemain gantian, Andre Schuerrle menjadi inspirasi Jerman apabila membuka jaringan pasukannya pada minit ke-92, sebelum Mezut Ozil menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-120.

Walaupun ketinggalan dua gol ketika wisel penamat hampir ditiupkan, Algeria tetap menunjukkan semangat juang tinggi dengan merapatkan kedudukan 2-1 menerusi Abdelmoumene Djabou, seminit memasuki waktu kecederaan masa tambahan.

Namun begitu, kebangkitan yang cuba dilakukan oleh wakil Afrika itu sudah terlalu lewat dan mereka akhirnya tersingkir dengan penuh bermaruah.

Jerman kini bakal berdepan satu lagi gergasi Eropah, Perancis pada suku akhir di Rio de Janeiro, Sabtu ini. - AGENSI

SUMBER-Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140701/sl_18/Jerman-cemas-sebelum-ke-suku-akhir#ixzz36DHWOpde © Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, 30 June 2014

Piala Dunia: Jerman, Algeria gagal cari gol babak pertama

2014/07/01 - 04:56:37 AM Cetak Emel Kawan
Foto
PERTAHANAN Jerman, Per Mertesacker (kiri) bersaing dengan penyerang Algeria, Islam Slimani pada aksi Piala Dunia 2014 di Stadium Estadio Beira-Rio di Porto Alegre, sebentar tadi. - Foto AFP

PORTO ALEGRE: Juara dunia tiga kali, Jerman dipaksa bekerja keras oleh Algeria sepanjang babak pertama perlawanan pusingan dua di Stadium Beira-Rio, sebentar tadi menyaksikan perlawanan berakhir 0-0 pada 45 minit pertama.

Hadir selaku juara kumpulan, Jerman begitupun lebih banyak diasak Algeria yang terlebih dulu mencipta peluang seawal minit ke-8 selepas menggunakan kesilapan Shkodran Mustafi namun larian menarik Islam Slimani berjaya dipatahkan Manuel Neuer.

Seakan tersentak dengan gerakan menarik Algeria, Jerman menambah tekanan dan berhasil mencipta peluang namun cubaan Bastian Schweinsteiger beberapa minit kemudian berjaya dihalang Rais M’bolhi.

Gawang Neuer begitupun bocor pada minit ke-16 namun tandukan Slimani hasil hantaran Sofiane Feghouli dibatalkan akibat ofsaid dan cubaan Mesut Ozil untuk Jerman dengan satu sepakan chip berjaya ditepis M’bolhi pada minit ke-23.

Pada minit ke-40, Jerman sekali lagi memperoleh peluang terbaik apabila Toni Kroos berjaya melepaskan rembatan padu ke gawang Algeria yang gagal ditangkap kemas M’bolhi namun gerakan susulan oleh Mario Goetze mudah dipatahkan.

Jerman tumbang dalam dua perlawanan menentang Algeria sebelum ini termasuk di Piala Dunia 1982 yang berakhir dengan keputusan 2-1.

Pemenang perlawanan ini akan menempah aksi suku akhir menentang Perancis. - Agensi

SUMBER- BERITA HARIAN ONLINE 1.7.2014

Dollah optimis PDRM juara Piala Malaysia 2014

29 Jun 2014
Dollah Salleh Dollah Salleh
KETUA jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dollah Salleh optimis skuad 'The Cops' mampu muncul juara buat kali pertama pada saingan Piala Malaysia 2014, bermula Ogos ini.

Jurulatih berusia 50 tahun itu berkata ia sasaran realistik berdasarkan persembahan cemerlang pemainnya musim ini yang menyaksikan mereka muncul juara Liga Perdana buat kali kedua selepas 2007.

"Kehadiran kita dalam Piala Malaysia musim ini bukan sekadar tangkap muat sahaja...sudah tentu kita harap dapat muncul juara," katanya kepada Bernama hari ini.

Dollah, yang pernah membawa pasukan Majlis Perbandaran Petaling Jaya FC (MPPJ) muncul kelab pertama menjulang Piala Malaysia pada 2003, menyifatkan tiada apa yang mustahil untuk dilakar pemain namun meminta mereka kekal fokus dalam setiap perlawanan yang bakal dihadapi.

Pengendali kelahiran Melaka itu berkata pemain 'The Cops' kini bebas daripada sebarang kecederaan dan akan melaporkan diri untuk persediaan menghadapi saingan Piala Malaysia pada 14 Julai ini.

Dalam pada itu, Dollah berkata beliau masih belum menerima sebarang maklumat daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai pelantikannya sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya yang baharu.

Beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi beberapa laporan akhbar hari ini, katanya mengenai keputusan pelantikan itu yang dibuat pada mesyuarat pertama exco FAM sesi 2014-2018 yang dipengerusikan Presidennya, Tengku AbdullahSultan Ahmad Shah, semalam. - Bernama

SUMBER- sinar  HARIAN ONLINE 29.6.201

Piala Dunia: Perancis layak suku akhir atasi Nigeria

2014/07/01 - 02:02:02 AM Cetak Emel Kawan
Foto
PEMAIN Nigeria, Kenneth Omeruo (kiri) bersaing dengan penyerang Perancis, Olivier Giroud pada aksi Piala Dunia di Stadium Nasional Mane Garrincha di Brasilia, awal pagi ini. - Foto AP

PERANCIS 2     NIGERIA 0
(Paul Pogba, m-79)
Joseph Yobo, m-90 (gol sendiri)
BRASILIA: Perancis bangkit garang pada lewat babak permainan dengan dua gol dalam tempoh 11 minit sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan juara Afrika, Nigeria 2-0 dalam saingan pusingan kedua di Stadium Nasional Mane Garrincha, sebentar tadi.

Nigeria berjaya menyekat juara dunia 1998 itu pada babak pertama tetapi Perancis membuat satu langkah besar selepas rehat untuk memastikan tiket ke kelompok lapan terakhir menjadi milik mereka.

Gol pertama The Bleus dijaringkan Paul Pogba pada minit ke-79 hasil tandukan selepas gawang Nigeria terbuka luas selepas penjaga gol, Enyeama terdahulu menepis usaha Mathieu Valbuena hasil sepakan sudut.
Gol kedua Perancis menyusul pada minit terakhir perlawanan selepas pemain pertahanan lawan, Joseph Yobo tertampan bola yang bergolek masuk ke dalam sendiri.
Perancis akan menentang Jerman atau Algeria dalam suku akhir nanti. - Reuters

SUMBER- BERITA HARIAN ONLINE 1.7.2014

Los Ticos jumpa Oranje

Recife (Brazil): Costa Rica yang beraksi dengan 10 pemain lolos ke suku akhir selepas menumpaskan Greece 5-3 dalam penentuan penalti, pada perlawanan pusingan kalah-mati 16 pasukan, di di Arena Pernambuco, awal pagi ini.

Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1, selepas 120 minit perlawanan, masing-masing menerusi jaringan Bryan Ruiz pada minit ke-52 dan gol di minit akhir perlawanan Greece oleh Sokratis Papastathopoulos.


Kemenangan itu itu menyaksikan Costa Rica yang layak pertama kali dalam sejarah ke suku akhir piala dunia bertemu Belanda pada saingan suku akhir, 6 Julai ini.

Kejayaan Costa Rica berpunca daripada penjaga golnya, Navas yang menampan percubaan penalti Theofanis Gekas, sebelum Michael Umana menyempurnakan percubaannya untuk memberkan kemenangan 5-3.
 Foto
Costa Rica yang menjaringkan 12 daripada 16 gol pada babak kedua sepanjang kempen piala dunia kali ini memperoleh jaringan pembukaan pada minit ke-52.


Ruiz yang tidak dikawal menolak masuk jaringan itu selepas menerima hantaran daripada Balanos yang sebelum itu menerima tolakan daripada Campbell.

Pertemuan kedua-dua `underdog' itu menyaksikan pemain Costa Rica, Oscar Duerta dllayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua apabila dia membentes
Cholevas pada minit ke-66.

Babak pertama perlawanan berlalu dengan kedua-dua pasukan saling menyaingi menguasai bahagian tengah.

Bagaimanapun, tidak ada satu pun usaha dapat memberikan hasil kepada kadua-sua pasukan.

Bagi perlawanan kali ini, penyerang, Christian Bolanos dan pemain pertahanan, Michael Umana kembali dalam kesebelasan utama Costa Rica.

Bolanos masuk sebagai pemain gantian ketika Costa Rica seri 0-0 dengan England, minggu lalu.

Pemain Celtic, Georgios Samaras, yang menjaringkan penalti dalam pertemuan yang menyaksikan Greece menang 2-1 ke atas Ivory Coast, mengetahui barisan depan bergandingan dengan Dimitros Salpingidis.

COSTA RICA: Keylor Navas, Christian Gamboa, Oscar Duarte, Giancarlo Gonzalez, Michael Umana, Junior Díaz, Bryan Ruiz, Celso Borges; Yeltsin Tejeda, Christian Bolanos; Joel Campbell.

GREECE: Orestis Karnezis; Vasilis Torosidis, Konstantinos Manolas, Sokratis Papastathopoulos, Jose Holebas, Dimitrios Salpingidis, Ioannis Maniatis, Andreas Samaris, Giorgos Karagounis, Lazaros Christodoulopoulos, Georgios Samaras.


PENGADIL: Benjamin Williams (AUS) sumber-Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/30

PENJARING TERBANYAK PIALA DUNIA SEHINGGA 30.6.14

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
LIMA GOL
 
JAMES RODRIGUEZ-COLOMBIA
EMPAT GOL


Neymar-Brazil
Lionel Messi-Argentina
Thomas Mueller-Jerman
James Rodriguez- Colombia
TIGA GOL
Robin van Persie-Belanda
Karim Benzema-Perancis
Arjen Robben-Belanda
Enner Valncia-Ecuador

DUA GOL
Arjen Robben-Belanda
Luiz Suarez-Uruguay
Gervinho- Ivory Coast
Tim Cahill-Australia
Mario Mandzukic-Crotia
Andrew Ayew – Ghana
Clint Dempsey-Amerika Syarikat
Alexis Sanchez –Chile
SATU GOL
Oscar-Brazil
David Luiz-Brazil
Oribe Peralta-Mexico
Stefan de Vrij-Belanda
Xabi Alonso-Sepanyol
Jorge Valdivia- Chile
Vedad Ibisevic-Bosnia
Haris Seferovic-Switszerland
Admir Mehmedi- Switzerland
Enner Valencia- Ecuador
Mats Hummels-Jerman
Pablo Armero- Colombia
Teofilo Gutierrez - Colombia
Juan Quintero- Colombia
Wilfred Bonny –Ivory Coast
- Ivory Coast
Kesiuke Honda-Jepun
André Ayew-Ghana
Clint Dempsey -USA
John Brooks Jr-USA
Marouane Fellaini-Belgium
Dries Mertens-Belgium
Sofiane Feghouli-Algeria
Alexander Kerzhakov-Russia
Lee Keunho-Korea
Wayne Rooney-England
Olivier Giroud-Perancis
 Blaise Matuidi-Perancis
Mathieu Valbuena-Perancis
 Moussa Sissoko -Perancis
Blerim Dzemaili-Switzerland
Granit Xhaka-Switzerland
Bryan Ruiz-Costa Rica 
Carlo Costly- Honduras
Enner Valencia- Ecuador
Odenwingie-Nigeria
Mario Goetze-Jerman
Miroslav Klose-Jerman
Andre Ayew-Ghana
Asamoah Gyan-Ghana


GOL SENDIRI
Marcelo-Brazil
Sead Kolasinac-Bosnia
Noel Valladares-Hoduras