Tengku Abdullah Sultan Ahmad
Shah (tengah) menyampaikan sijil kepada sebahagian jurulatih hoki pada Majlis
Persidangan Jurulatih dan Pengadil di Kuantan, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI
JILAN
KUANTAN - Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) tidak pernah membincangkan soal pengambilan pemain naturalisasi
untuk mewakili negara seperti yang disarankan beberapa pihak sebelum ini.
Menurut Timbalan Presiden FAM,
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, proses naturalisasi adalah dasar kepada
individu dan bukan bergantung kepada kehendak badan induk bola sepak negara.
Saya tak kata takkan berlaku,
kalau dia dapat pasport (Malaysia) atas sebab-sebab tersendiri, mungkin dia
kahwin dengan orang Malaysia atau dia ada anak orang Malaysia.
Tapi kalau nak ambil orang
luar nak bagi pasport Malaysia, maaf saya pun tak setuju. Kalau dia bagus
sangat mungkin kita boleh tengok, hes got to be extraordinary," kata
Tengku Abdullah selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Seminar
Jurulatih dan Pengadil Hoki di sini semalam.
Tengku Abdullah diminta
mengulas mengenai hasrat seorang pemain kelahiran Brazil dan penyerang
Selangor, Paulo Rangel untuk menyarung jersi Harimau Malaya.
Pemain berusia 29 tahun itu
mempamerkan prestasi cemerlang apabila meledak 10 gol dalam 13 penampilan
bersama skuad Red Giants dalam saingan Liga Super musim ini.
Terdahulu, Menteri Belia dan
Sukan, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa beliau tidak menyokong sebarang
usaha untuk menggunakan khidmat pemain luar bagi memperkuatkan skuad
kebangsaan.
Tengku Abdullah menambah,
beliau tidak bercakap mengenai mana-mana individu sebaliknya bercakap mengenai
dasar dan polisi.
Kami tak pernah berbincang
pasal itu (naturalisasi) dalam FAM, tapi kita tak tahu masa depan, walau siapa
pun presiden baharu (FAM)," titah baginda yang juga merupakan calon untuk
jawatan Presiden FAM pada Kongres ke-50 FAM, 25 Mei ini.
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140505/su_04/Isu-naturalisasi-tak-pernah-timbul#ixzz30snsyFb1
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment