Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
sukan@utusan.com.my
Mohd. Amri Yahyah (kanan) cuba
melepasi halangan pemain Pahang, R. Gopinathan pada separuh akhir pertama Piala
FA di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.
JOHOR BAHRU - Kelebihan beraksi
di depan ribuan penyokong sendiri gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh Johor
Darul Tazim (JDT) apabila membenarkan Pahang memperoleh kelebihan gol di
tempat lawan dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA yang berkesudahan 1-1,
semalam.
Beraksi dengan sokongan 30,000
penonton di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, pasukan Harimau Selatan yang
mengasak hebat sebaik sepak mula menguji benteng Tok Gajah yang kelihatan
sedikit longlai dan kurang tersusun.
Kealpaan pertahanan Tok Gajah
akhirnya dihukum tuan rumah dengan gol pembukaan penyerang, Luciano Figueroa
pada minit ke-12 yang merembat dari jarak dekat umpanan cantik sepakan percuma
Safiq Rahim.
Tersentak dengan gol tersebut,
Pahang kembali bangkit mengatur permainan dan berjaya menyamakan kedudukan pada
minit ke-36 melalui penyerang Matias Conti.
Gol penyamaan Pahang hadir
menerusi sepakan Azidan Sarudin yang menemui Damion Stewart di bahagian kiri
pintu gol JDT, sebelum pemain Jamaica itu melakukan tandukan yang disudahkan
Conti untuk menewaskan Izham Tarmizi Roslan.
Aksi separuh akhir pertama
sedikit tegang di penghujung babak pertama setelah Damion melakukan terjahan
keras ke atas Figueroa yang menyaksikan pemain kedua-dua pasukan bercakaran
sesama sendiri sebelum pengadil melayangkan kad kuning kepada Norshahrul Idlan
Talaha dan Saiful Nizam Miswan.
Sebaik babak kedua bermula, JDT
terus menggandakan asakan bagi menambah jaringan menerusi jentera serangan yang
diketuai Figueroa, namun beberapa peluang yang diperolehi penyerang
antarabangsa Argentina itu disia-siakan terutama seawal minit ke-47.
Pahang mempamer corak bertahan
di sepanjang babak kedua bagi menyekat kemaraan Harimau Selatan mendapatkan gol
kedua.
Gerakan terbaik Pahang untuk
berada di depan hadir pada minit ke-63 melalui rembatan R. Gopinathan, namun
sedikit tersasar ke arah sebelah kiri gawang JDT.
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140506/su_02/Tok-Gajah-rantai-Harimau#ixzz30smCN9qF
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment