JOHOR BAHRU - Biarpun musim
Liga Malaysia 2014 belum menutup tirainya, namun seperti sebelum ini, Presiden
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah pun
mempunyai perancangan untuk musim hadapan.
Tunku Mahkota Johor yang nyata
teruja mengenai perancangan PBNJ itu memberitahu, mereka sedang berusaha untuk
mendapatkan khidmat pemain Boca Juniors yang berasal dari Argentina, Juan
Manuel Martinez , 28.
Pada masa sama, Tunku Ismail
berkata, beliau turut berminat dengan penyerang import berbisa Selangor,
Paulo Rangel.
PBNJ menawarkan RM11 juta
(AS$3.5 juta) kepada Kelab Boca Juniors untuk melepaskan Juan Manuel dan kita
sedang menunggu perkembangan mengenai perkara tersebut," katanya pada
sidang akhbar di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini semalam.
Tunku Ismail memberitahu, Juan
Manuel yang disifatkan sebagai pemain serba boleh kerana mampu beraksi dalam
pelbagai posisi itu dilihat sangat sesuai untuk bermain dengan pasukan Johor
Darul Ta'zim (JDT) dan yakin dia mampu menyesuaikan diri.
Namun, katanya, semua itu masih
berada pada tahap perancangan termasuk membayangkan tiga atau empat pemain
tempatan akan ditukar sekali gus memaklumkan peruntukan untuk pasukan musim
depan tidak sebesar yang disediakan musim ini.
Sementara itu, Tunku Mahkota
Johor turut memaklumkan, PBNJ juga sedang merancang beberapa program termasuk
perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Serie A, AC Milan selain perlawanan
amal dengan pemain Barcelona Lionel Messi dan Neymar.
Mengulas perkembangan lain,
beliau juga menyatakan hasrat untuk membawa JDT II beraksi dalam Liga Singapura
musim depan dalam usaha untuk memberi pendedahan kepada pemain pasukan itu
sekali gus mahu mereka mencari pengalaman di liga lain.
Sambil menyatakan kesediaan
membayar denda RM300,000 kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya
perancangan itu direalisasikan, Tunku Ismail berharap pemain JDT II menambah
baik mutu permainan mereka di masa akan datang.
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140507/su_05/Rangel-pemain-Boca-diburu-JDT#ixzz30zSZNVED
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment