Ad

Sunday, 4 September 2016

Bernhardt puji karakter positif pemain

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
1 SEPTEMBER 2016
 Bernhardt puji karakter positif pemain
Pemain negara, Matthew Davies cuba melepasi halangan Salman Ali Abdulla pada perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad B22 Malaysia menentang B22 Bahrain di Stadium Shah Alam, kelmarin.
PENGENDALI skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Frank Bernhardt tetap memuji barisan pemainnya walaupun mereka hanya seri tanpa jaringan menentang Bahrain dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Bernhardt berkata, kekecewaannya terhadap keputusan itu sedikit terubat apabila barisan pemainnya memberikan aksi terbaik dalam perlawanan menentang anak didik Marjan Eid tersebut.

Menurutnya, nasib menjadi penentu apabila barisan pemainnya gagal memanfaatkan peluang

“Saya cukup bangga dengan apa yang telah pemain tunjukkan sepanjang perlawanan. Mereka bermain dengan amat baik seperti yang telah diarahkan.

“Kami mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi malangnya, pemain gagal menyempurnakannya. Namun mereka bermain dengan baik dan konsisten sehingga ke wisel penamat," katanya.

Kedua dua pasukan akan bertemu sekali lagi di Stadium UiTM, Shah Alam jam 4.30 petang, Jumaat ini.

Mengulas lanjut, pengendali dari Jerman itu tidak menolak kemungkinan akan melakukan perubahan bagi memastikan kemenangan dapat dicapai.

“Saya akan lakukan beberapa perubahan dalam pasukan untuk mendapatkan keputusan positif Jumaat ini.

“Walaupun permainan baik dipamerkan pemain pemain namun jika tiada jaringan, ianya tidak akan bermakna.

"Jadi, ianya sesuatu yang perlu diperbaiki bagi menghasilkan keputusan yang lebih baik,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Jurulatih Bahrain, Marjan Eid berkata, Malaysia memiliki pemain yang baik selain kekuatan fizikal yang konsisten sehingga ke akhir permainan.

“Pemain saya sukar membolos gawang Malaysia tetapi saya puas hati dengan persembahan skuad saya," ujarnya.

SUMBER-SINAR  HARIAN 1 SEPTEMBER 2016

Saturday, 3 September 2016

‘Drama’ pendrive kini semakin menarik


ZAZALI JAMIAN  |  04 September 2016 12:51 A

Khalid Ali

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Siri isu panas pendrive sudah hampir ke episod akhir dan kini kebanyakan ‘orang lama’ dalam bola sepak tanah air sudah tidak sabar ingin mengetahui isi kandungannya malah ada yang anggap ia umpama satu drama yang menyeronokkan.
Bagi legenda bola sepak negara, Khalid Ali dirinya bersetuju dengan cadangan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kepada umum dokumen dalam pemacu pena atau pendrive yang didakwa mengandungi maklumat salah urus dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas selesai siasatan.
Kata Khalid, isu tersebut telah menarik perhatian orang ramai malah dirinya sendiri juga tidak sabar ingin mengetahui isi kandungan sebenar dokumen di dalam pendrive tersebut.
Tambah Khalid, sesuatu aib yang dibuka harus dibuktikan tambahan pula apabila ia melibatkan persatuan seperti FAM sendiri.
“Buat masa ini tiada siapa yang tahu isi kandungan di dalam pendrive tersebut dan perkara ini umpama satu drama yang menyeronokkan dan semua orang ingin mengetahuinya.
“Jika benar wujud salah laku dalam FAM sudah tentu saya juga ingin perkara tersebut di adili namun semuanya perlu ada bukti yang kukuh.
“Bagi saya ini umpama satu perang saraf, siapa yang percaya dialah yang kalah,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Khairy pada semalam meminta SPRM mendedahkannya sama ada terdapat penyelewengan atau sebaliknya selepas siasatan selesai.
Menurut Khairy, pendrive serta laporan yang diserahkannya kepada SPRM itu merupakan bahan asal tanpa diubah sejak di­terimanya daripada Tunku Ismail.
Malah beliau tidak membuat sebarang pengesahan kepada SPRM sama ada kandungan pemacu pena tersebut mempu­nyai kaitan dengan individu ter­tentu di dalam FAM atau wujud­nya sebarang penyelewengan dan rasuah.
Khairy juga memberitahu dokumen itu banyak menceritakan isu teknikal bola sepak negara seperti struktur FAM, pembangunan bola sepak akar umbi, isu kejurulatihan serta pembangunan skuad bola sepak wanita.
Dalam pada itu, bekas pemain kebangsaan era 1970-an Hassan Sani berpendapat dirinya selesa mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap isu pendrive tersebut selain mengharapkan yang terbaik buat bola sepak negara.
“Saya tidak mahu memberikan komen panjang berhubung isu ini dan kita tunggu dan lihat sahaja nanti,” kata Hassan.
Sementara itu, tokoh bola sepak negara Datuk Peter Velappan yang juga bekas Penolong Setiausaha FAM dari 1963 hingga 1980 berpendapat SPRM wajar diberikan ruang untuk menyiasat isu ini.
“Ya isu ini semua ingin tahu dan kita tunggu apa keputusan daripada SPRM nanti dan mungkin dalam dua atau tiga hari nanti kita akan mengetahuinya,” kata Velappan.


- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/8216-drama-8217-pendrive-kini-semakin-menarik-1.378136#sthash.NvgZCXGx.dpuf

Penyudah tumpul sekali lagi kecewakan Bernhardt

03 September 2016 12:17 AM
 Pemain Malaysia, Muhammad Shafiq Ahmad (kiri) menanduk bola sambil
Pemain Malaysia, Muhammad Shafiq Ahmad (kiri) menanduk bola sambil
Pemain Malaysia, Muhammad Shafiq Ahmad (kiri) menanduk bola sambil diasak oleh penjaga gol Bahrain, Yaqoobb Saleh dalam perlawanan persahabatan Bawah 22 di Stadium UiTM, Shah Alam semalam. utusan/Suriya Bonma
SHAH ALAM 2 Sept. – Ketua jurulatih skuad bawah 22 negara (B-22), Frank Bernhardt menyalahkan kesilapan individu sebagai punca kepada kekalahan saat akhir pasukannya kepada Bahrain B-22 dalam perlawanan persahabatan di Stadium UiTM Shah Alam hari ini.
Bernhardt berkata, berdasarkan persembahan yang dipamerkan, pasukannya mampu mencatat keputusan sekurang-kurangnya seri namun disebabkan kesilapan individu pihak lawan berjaya menjaringkan gol kemenangan 2-1 pada penghujung permainan.
“Apa yang saya pasti, kami tidak sepatutnya tewas dalam perlawanan ini. Perlawanan pada hari ini tidak begitu bagus seperti sebelum ini. Kami ada peluang untuk menjaringkan gol namun gagal melakukan penyudah yang baik.
“Kekalahan ini tidak mempunyai kaitan dengan tahap kecergasan pemain cuma kesilapan individu telah menjadi punca kepada pasukan lawan dapat menjaringkan gol dan akhirnya kami terpaksa akur dengan keputusan perlawanan. Kami akui, jentera serangan perlu dipertajamkan lagi,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/penyudah-tumpul-sekali-lagi-kecewakan-bernhardt-1.377712#sthash.hNbQkKJa.dpuf




Allardyce buat tiga pertukaran

04 September 2016 12:10 AM
 JORDAN HENDERSON (kiri) bersaing dengan Danny Drinkwater dalam
JORDAN HENDERSON (kiri) bersaing dengan Danny Drinkwater dalam sesi latihan England di St. Georges Park, semalam. REUTERS
LONDON 3 Sept. – Pengurus England, Sam Allardyce membuat tiga pertukaran pertama ke atas barisan pemainnya bagi menghadapi kelayakan Kumpulan F Piala Dunia 2018 zon Eropah menentang Slovakia di tempat lawan esok.
Dia memanggil John Stones (pertahanan), Jordan Henderson (tengah) dan Adam Lallana (serangan) pada saat akhir, semalam.
Khidmat tiga pemain itu diperlukan bagi menggantikan Chris Smalling, Dele Alli dan Daniel Sturridge yang digugurkan selepas gagal membantu England ketika tewas mengejut 1-2 kepada Iceland pada pusingan kedua Euro 2016 di Perancis Jun lalu.
Bagaimanapun tempat Joe Hart sebagai penjaga gol utama dikekalkan walaupun tidak lagi bersama Manchester City yang meminjamkannya kepada Torino.
Ini merupakan perlawanan antarabangsa pertama buat Allardyce sejak menggantikan Roy Hodgson yang meletak jawatan selepas kegagalan memalukan di Euro 2016.
Slovakia dijangka menjadi penilaian awal sama ada pilihan Persatuan Bolasepak (FA) England memilih Allardyce tepat atau tidak.
Stone yang baru dibeli oleh Manchester City dengan harga 47.5 juta pound (RM256.5 juta) akan bergandingan dengan Tim Cahill di posisi bek tengah, manakala Kyle Walker dan Danny Rose di bek kanan serta kiri.
Eric Dier pula diletak sebagai pemain tengah bertahan di belakang Henderson, manakala Wayne Rooney mengetuai jentera serangan bersama Harry Kane selaku penyerang utama selain Raheem Sterling dan Lallana di bahagian sayap.
England dikat 0-0 oleh Slovakia di peringkat kumpulan Euro 2016, namun Allardyce menjanjikan kelainan kali ini.
"Saya tidak menyaksikan aksi Slovakia di Euro dan saya rasa mereka akan menggunakan taktik berbeza di laman sendiri,” kata Allardyce. – Reuters
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/allardyce-buat-tiga-pertukaran-1.378108#sthash.O10iPRr4.dpuf




























Indonesia masih berbisa

Harimau Malaysia waspada aksi Garuda
FADHILUL IZMEL ISHAK  |  04 September 2016 12:10 AM
ONG KIM SWEE (kiri) memberi arahan kepada pemain skuad kebangsaan
ONG KIM SWEE (kiri) memberi arahan kepada pemain skuad kebangsaan dalam sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. mingguan/FAISOL MUSTAFA
KUALA LUMPUR 3 Sept. - Biarpun Indonesia baru dibebaskan daripada penggantu­ngan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), namun jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee percaya mereka masih pasukan yang sama.
Kim Swee berkata, pertemuan di antara Malaysia menentang Indonesia dalam aksi persahabatan kelas A di Stadium Manahan Solo, Selasa depan merupakan aksi pertama skuad Garuda itu di pentas antarabangsa selepas digantung.
Namun, memandangkan lawan menggunakan khidmat Alfred Ried, dia percaya jurulatih dari Austria itu akan menggunakan corak permainan yang sama seperti dulu.
“Persiapan kami semua berjalan lancar. Brendan Gan dan Ahmad Hazwan (Bakri) sudah semakin pulih.
“Saya juga mencuba beberapa pemain dalam pelbagai posisi dan saya sudah ada gambaran pemain mana yang akan diturunkan.
“Bagaimanapun, semua bergantung kepada dua hari latihan di Solo sebelum saya memutuskan pemain mana yang bakal ber­aksi.
“Daripada senarai pemain Indonesia, saya dapati ada empat atau lima pemain pernah beraksi pada Piala AFF 2014 dan selebihnya pemain muda.
“Saya percaya Indonesia se­perti kita di mana mereka me­lakukan transisi dengan membawa masuk lebih ramai pemain muda,” katanya kepada pembe­rita di Wisma FAM hari ini.
Riedl, 66, pernah berkhidmat sebanyak tiga kali bersama Indonesia iaitu pada 2010 hingga 2011 kemudian 2013 hingga 2014 dan terbaharu 2016 hingga sekarang.
Malah, dia juga pernah mengemudi beberapa pasukan dari rantau Asia Tenggara seperti Vietnam dan Laos.
Dalam pada itu, Kim Swee memberitahu, dia tidak memberi fokus kepada mana-mana pemain Indonesia, sebaliknya menggesa anak-anak buahnya mengawasi skuad Garuda itu secara pasukan meskipun tiga daripada pemain mereka beraksi di luar negara iaitu Andik Vermansyah (Selangor), Irfan Haarys Bachdim (Jepun) dan Dedi Gusmawan (Myanmar).
“Pemain baharu yang dipanggil menunjukkan kesungguhan dan mereka juga bercampur gaul dengan senior di dalam dan luar padang.
“Bagi saya semua pemain harus diberikan tumpuan terutamanya sebagai satu unit.
“Indonesia beraksi perlawanan pertama selepas digantung dan kita bermain dengan pemain baharu.
“Situasi ini baik untuk kedua-dua pasukan di mana ia akan memberi kita gambaran tentang apakah kelemahan dan kelebihan kita,” katanya lagi.
“Saya harap penyokong Indonesia akan memenuhi stadium kerana saya percaya perlawanan menentang Myanmar dalam Piala AFF 2016 nanti stadium juga akan dipenuhi dengan peminat lawan.
“Ini memberi pengalaman yang cukup baik sebelum kita menghadapi Myanmar,” katanya lagi.
Tambah Kim Swee, pihaknya masih lagi menunggu keputusan satu atau dua lagi pasukan yang ingin mengadakan aksi persahabatan bersama Harimau Malaysia sebelum menghadapi Piala AFF 2016, selain Korea Utara dan Hong Kong.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/indonesia-masih-berbisa-1.378129#sthash.jXqhOfUo.dpuf

FAM sedia disiasat pihak berkuasa

FAM sedia disiasat pihak berkuasa
NOR AZAN FITRIAHMAD HIDZIR  |  02 September 2016 12:14 AM

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali lagi menegaskan bahawa mereka mengalu-alukan pihak berkuasa menjalankan siasatan sekiranya teradapat unsur rasuah atau salah urus melibatkan pegawai atau kakitangan di dalam badan induk sukan bola sepak negara itu.
Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyerahkan pemacu pena atau pendrive yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah urus oleh FAM kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, setelah meneliti sebahagian daripada kandungan pendrive itu semalam, Khairy memberitahu, pihaknya masih belum menemukan sebarang maklumat untuk mengaitkan FAM dengan perbuatan rasuah atau salah urus.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya terbuka jika pihak berkenaan ingin menyiasat FAM atau pegawainya.
Namun, katanya, beliau enggan mengulas lanjut berkaitan pendrive itu dan menyerahkan kepada Khairy untuk menelitinya sebelum membuat sebarang ulasan lanjut mengenainya.
“Saya rasa perkara ini mudah, sekiranya terdapat bukti mana-mana pegawai yang terlibat dengan perkara tidak elok, pihak berkuasa seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau polis boleh mengambil tindakan, sudah pasti.
“Khairy telah menerangkan apa yang sepatutnya. Kita tunggu dan lihat. Saya tak boleh komen lebih. Saya telah mengeluarkan kenyataan tentang pendirian FAM sebelum ini,” katanya selepas sidang akhbar perlawanan amal Hari Malaysia antara pilihan Harimau Malaysia dan Dugong All-Star di Wisma FAM, dekat sini hari ini.
Sementara itu, Hamidin tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan tegas terhadap dalang yang membocorkan maklumat dalaman FAM dan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
“Setakat ini kita tak tahu siapa yang sampaikan maklumat itu dan kita akan biarkan perkara itu disahkan (oleh KBS).
“Saya sedang melihat perkara itu, saya perlu dapatkan gambaran sebenar (apa) di dalam pendrive itu dan jika ada pegawai yang membocorkan rahsia sudah tentu tindakan tegas akan diambil. Perkara itu juga sudah dibincangkan dengan barisan Exco, jadi kita tunggu perkembangan selanjutnya,” katanya.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/fam-sedia-disiasat-pihak-berkuasa-1.377361#sthash.AyP81AjL.dpuf

Johor FC malukan Terengganu

ARKIB : 22/04/1998
Johor FC malukan Terengganu
JOHOR FC yang belum tewas dalam Perdana Dua menewaskan pendahulu liga itu, Terengganu 2-0 dalam pusingan pertama bola sepak Piala F.A di Stadium Larkin, Johor, malam tadi.

Gol pertama Johor FC dijaringkan oleh Fuad Adam pada minit ke-55 melalui satu tendangan hasil umpanan Armi Shariff dan gagal diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu, Zubir Ibrahim.

Pemain gantian Johor, Junaidi Latip yang dimasukkan bagi menggantikan Aytec Genc pada minit ke-59, menjaringkan gol kedua Johor FC pada minit ke-68.

Sembilan minit kemudian Junaidi yang berjaya menewaskan pemain Terengganu, Mustaffa Kamal mengelecek lalu merembat bola ke gawang setelah mendapat hantaran dari Armi Shariff dan gagal diselamatkan oleh Zubir.

Terengganu yang berjaya memasuki peringkat separuh akhir Piala FA tahun lalu tidak membuat serangan-serangan yang berbahaya sebaliknya banyak bertahan.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan bermain dengan agak lembap dan Terengganu hampir menjaringkan gol pertama pada minit ke-3 hasil tandukan Joszef Kovach setelah mendapat hantaran Anuar Jusoh tetapi tersasar.

Terengganu terus mengasak dan pada minit ke-16, Joszef sekali lagi mendapat peluang terbaik setelah salah faham antara pertahanan Johor FC, Suhaimi Jamil dan Mirco Jurilj berlaku di luar kotak penalti.

Johor FC kemudian membuat satu percubaan pada minit ke-27 melalui Ramlan Sarman hasil gerakan Aytec Genc, bagaimanapun bola tendangan Ramlan melepasi palang gol.

Sementara itu, pasukan NS Chempaka mengejutkan juara Piala FAM, Angkatan Tentera (ATM) 2-1 pada pusingan yang sama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Walaupun beraksi di tempat sendiri, NS Chempaka gagal memanfaatkan beberapa peluang terbuka untuk menjaringkan gol setelah kehilangan penyerang berbahaya Steven Aborowei.

NS Cempaka yang merupakan naib juara Piala FAM menghasilkan gol pertamanya pada minit ke-44 melalui Yustafizan Johar setelah menerima bola lantunan dan membuat sepakan kencang yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol, Aris Fadilah Aziz.

Pasukan tuan rumah memperoleh gol keduanya pada minit ke-53 melalui Mohd Khaidir Mohd. Dom.

ATM tertekan tetapi bangkit memberikan saingan apabila berjaya merapatkan jaringan pada minit ke-54 hasil tendangan penalti ketua pasukan, Azmi Mohd Nazir setelah pemain pertahanan NS Cempaka menjatuhkan Abdul Latib Mohd. Sharip dalam kawasan penalti.

Di Stadium Kubu, Melaka menewaskan Telekom Melaka 4-1 dalam perlawanan pertama pusingan awal.

Gol Melaka dijaringkan oleh Md. Nor Sheikh Ibrahim minit ke-65, Azmi Ariffin (70), Arfandy Lokman (88) dan bekas pemain Terengganu, Edward Dipreye pada minit ke-90 sementara gol tunggal Telekom Melaka melalui Isaac Kufour minit ke-80.

Di Stadium KLFA, Malay Mail menewaskan Polis 2-1 untuk mencerahkan peluang ke pusingan kedua.

Gol Malay Mail dijaringkan oleh K. Hemadass pada minit ke-58 dan Robert Paul Maniam minit ke-70 sementara jaringan tunggal Polis menerusi Okiyano Onyanbo pada minit ke-60.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_04.htm#ixzz4JBbUa5dH © Utusan Melayu (M) Bhd