2014/01/13 - 05:24:39 AM Oleh
Aziz Ngah
'Bukan nak berperang'
Khairy bersama mahasiswa MASCA
selepas merasmi majlis penutup 1st Down Under Camp 2014 di UKM, Bangi, semalam.
Putrajaya: Menteri Belia dan
Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan setiap teguran dan cadangan yang
dilontarkannya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan kerana ingin
mencari gaduh, tetapi demi kemajuan bola sepak negara.
“Apa yang saya cakap, komen
saya adalah untuk kebaikan pembangunan bola sepak negara, bukan nak berperang
dengan FAM, cuma cakap apa yang ketara pada mata rakyat.
“Bukan tak sokong FAM, saya nak
mereka sedar ada beberapa perkara dan faktor yang perlu diperbetulkan. Saya
bukan hanya cakap akan melabur banyak untuk menjayakan program pembangunan bola
sepak, saya tak nak rakyat cakap menteri hanya pandai cakap, tapi tak buat
apa-apa. Kita buat untuk negara,” katanya dalam satu pertemuan dengan BH.
SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE
13.1.14
No comments:
Post a Comment